Sweet.. sweet... sweet memory..

Sunday 20 March 2011

Menu hari ini..

Pagi tadi saya tengok satu drama kat tv. Tak penting cerita apa atau jalan cerita tu. Selalu jugak ulang2 kat tv, dan kalau takda cerita lain, saya tengok jgk la. Tp ari ni ada sesuatu pulak yg memberi kesan pada saya. Saya tengok depa ni makan... NASI BERIANI!!
Saya rasa mcm sedap ja. Terus saya cakap dekat suami saya, "Macam nak masak nasi beriani". Suami pun ok. Tapi rempah dan bahan2 lain takda, jadi suami pun dgn senang hati menawarkan diri pegi supermarket. Saya pun cek beras basmati yg ada kat rumah, sayangnya beras tu dah kena masuk banyak bubuk. Jadi buang saja la.
Takda beras basmati pun takpa, janji ada rempah, susu, dan lain2..
Kemudian suami saya dan diekori oleh anak saya pergi supermarket. Saya di rumah bertungkus lumus sediakan bahan dan masak apa yg dh ada. Potong bawang, halia, cili, goreng ayam, rebus telur dan sebagainya. Bila suami dah balik, dia pun turut menyumbang tenaga di dapur. Kemudian saya pun terus sukat beras dan air, basuh beras dan mula menumis. Ini lah menu saya makan tengah hari ini. NASI BERIANI dan lauk-pauk ala Tiqah dan Farul..

Inilah nasi beriani. Tp tak guna beras basmati. Tp ok la jgk..

Kacang panjang goreng. Sayur kegemaran fawwaz.

Kari (org kedah ckp gulai) telur. Masak ni sbb nak ada kuah. Kalau takda kuah, tak best saya makan nasi.

Ni sambal ayam/ayam goreng berlada. Mesti ada yg pedas jgk kalau makan nasi beriani. Untuk fawwaz, ayam goreng dia tak masuk sambal.

Monday 14 March 2011

mahalnya buah di Sabah...

kemarin saya pegi court case di Ranau. tp tggu punya tggu kes tak dapat jalan. ada masalah sikit. jadi saya pun balik lah. saya pegi Ranau dengan sorang ofismate AI. dia yg drive, sbb saya ni lesen utk direnew saja. bkn utk drive. aha... 
jadi alang2 kami dah pegi Ranau, apa lagi, kami singgah lah Kundasang. ofismate lain pun ada yg mengirim. bukan susah pun. tepi jalan saja pasar buah dan sayur. kalau tak berenti pun kami boleh terbau kesegaran buah dan sayur. jd daripada teringat2 bila dh kat rumah nti, baik kami berenti beli. jangan kata kami mengular/curi tulang dan sebagainya, sbb dh petang pun (yg nak kata ni pun dua tiga org saja..). klu kami terus balik tanpa berenti pun kami tak sempat jgk sampai time office hour.
dipendekkan cerita kami pun usha2 dan survey2. sama ja semua gerai, jadi pilih lah gerai yg tak ramai org. maka AI pun memulakan operasinya menunaikan amanah org. satu demi satu sayur dia pilih, masuk plastik. plastik ni puan A, plastik ni puan B, plastik ni puan C dan plastik ni puan D. wah... seronoknya tengok.. org sabah ni memang suka makan sayur agaknya.. selesai membeli utk org, saya dan AI pun shoping utk diri sendiri. saya dan AI tak banyak sgt membeli sayur. saya paling tak tahan di sini kalau tengok cendawan tiram, sebab biasanya memang segar sgt. kdg2 memang baru petik. maka saya pun membeli cendawan tu RM5, nti boleh masak cendawan goreng tepung. pastu masak tomyam atau sup pun sedap. slurp... 
selepas abis sayur2, saya dan AI dah tak muat tangan pegang plastik2, maka kami simpan dulu dlm kereta. seterusnya mulakan operasi kedua, beli buah2 pulak. ada jgk seorg kirim buah. lainnya saya nak beli utk saya sendiri. awal2 lagi saya sudah ternampak mangga masak yg berwarna kekuningan. jadi saya pun bertanya harga. "Sekilo 12 ringgit". "Aaaaa???" mahal jgk. saya sangka murah lah di sini. di KK saya tau la mahal. saya pegang, letak, pegang, belek2 buah tu. "bagi la setengah kilo". bila budak tu timbang, dua biji ja dpt. adui.. sebiji 3 ringgit la maknanya.. mak ai.. mahalnya.. kalau tak kerana saya dah terpesona dengan keharuman, kecantikan dan kegebuan mangga tu, nescaya saya tak akan beli.  selain tu saya beli mangga muda, betik (fawwaz suka betik), jambu batu+jambu air. semua ni saya beli serba sedikit saja.
dalam perjalanan balik saya bercakap dgn AI, "mahal kan buah di Sabah ni. klu sayur murah". "ya kak, memang mahal buah di sini. sini sayur dan seafood murah la". huhu... saya sangka di KK saja mahal. rupanya Kundasang ni pun mahal. ada org pernah cakap, pegi area Sipitang, musim buah, murah lah. tp tak da la pulak saya kena panggil pegi court di sana time musim buah. takkan la semata2 nak pegi buah saya nak pegi sana. campur duit minyak, sama la saya beli di KK.
Tak pa la. mujur la jugak saya ni bukan la penggemar/penggila buah. saya makan kdg2 ja. klu tidak, mesti budget beli buah lagi mahal dr budget beli seafood. haha.. mana tak nya, udang sederhana besar pun sekilo 12 ringgit. sekilo saya 3 beranak makan 2,3 kali, kdg2 4. tp buah mangga 4 biji, sekali hadap pun boleh abis. haha... kira-kira beli mangga mcm beli ketam la.. formula hari ini 3xudang=1xketam=1xmangga. haha...

Saturday 12 March 2011

time to feel like a princess..

Yesterday my friend AA and I went to a place to pamper ourselves. Taraa... we went to my favourite beauty centre in Kota Kinabalu. I don't go there frequently (no budget lah..), just once in a blue moon. The last time before this visit is on October. It's already five months I don't treat myself.
The place that I like is Lisa Beauty Centre (LBC). Here I can do normal facial, treatment facial, resdung (sinus) facial, massage, sauna and many more. I like this place mainly because the staffs there are very friendly, very experience, full of skill and let me feel like I'm at my own place. Everytime I visit there, I feel like a princess! I can lay down and other people is cleansing my face gently and massage it, which sometimes make me fall asleep. They also give treatment to neck, shoulder and back. It is the moment which I enjoy it very much. 
Before this, LBC situated in Karamunsing Complex but this March, they have moved to Kepayan Commercial Centre, Jalan Pintas Penampang. It can be seen from the main road. The place now more spacious and got more bed for treatment.
I always recommend my friend to go there. To Kak Lisa and all the beauticians, thank you so much!

Thursday 10 March 2011

Kasih Bapa..

Ari ni tengah bekerja di ofis, seorang ofismate bagitau saya. Ada orang telefon, mau minta tolong. Tolong, boleh.. tapi tolong apa?
Beliau yang menelefon merupakan bapa kepada seseorang yang kes dia dah masuk lab saya. Si bapa ni minta tolong apa2 yang patut, supaya anak dia tak kena jatuh hukum. Dia cakap anak dia ada empat orang anak, dan lain2 lagi. Susah la kalau anak dia kena buang kerja. Hmm...
Wah2.. mau minta tolong free2 saja ka? Kalau dibayar juta2 ringgit, boleh lah saya fikirkan. Boleh saya cabut lari dari negara ni. Hehe.. Astaghfirullahhaladzim.... Tidak pernah saya terfikir mau terlibat dengan perkara sebegini. Cukup lah dengan apa yang saya ada sekarang. Apa guna ada wang juta2 tapi hidup tidak senang. Itu baru di dunia, akhirat belum tahu lagi. Moga Allah menjauhkan saya dari semua ni..
Apa yang saya terfikir, itu lah kasih seorang bapa. Walaupun anak dia melakukan kesalahan, dia masih mahu membela anak dia, sehinggakan dia lupa akibat2 lain. Dia mungkin lupa, kalau saya tolong dia, saya yang bersalah. Apa jaminan dia saya tidak akan tertangkap. Kalau saya ditangkap, saya pun ada anak kecil. Apa nasib anak saya. Suami saya, bapa saya, keluarga saya yang lain... 
Kesian juga si bapa. Mungkin dia terlalu terdesak. Wahai anak2, sebelum melakukan kesalahan, fikirkan lah orang lain. Ibu, bapa, suami, isteri, anak dan lain2. Bukan kau seorang yang sengsara nanti..

Tuesday 8 March 2011

penyakit malas...

tak tau kenapa, ari ni ummu terasa macam malas nak buat kerja. ini lah masalah ummu apabila penyakit ni datang. bukannya setakat malas buat kerja ofis, kadang2 terbawak2 sampai ke rumah. kesian suami dan anak ummu. kredit kepada suami ummu kerana time ummu kena penyakit ni, dia tak bising. nasib jugak dia suka masak. jadi dia masak, ummu tolong aje (kadang2 tolong makan je..). teruk kan..
awat no penyakit ni mai? adakah memang ada gen2 malas dalam badan atau faktor luaran? datang pun tak kira masa. kadang2 time terlampau banyak keja, sampai tak tau nak buat mana satu, dia pun dtg. mcm beku kepala otak, nak fikir pun tak boleh. kalau dia datang time keja tak banyak, boleh lah diterima lagi. kadang2 penyakit ni disertai dgn lenguh belakang, lenguh tengkuk dan sebagainya...
siapa2 yang ada ubat ka, motivasi ka, boleh lah share dengan ummu. mungkin ada doa2 untuk menghilangkan penyakit ini.

Friday 4 March 2011

Restoran Hang Li Po..

This restaurant is one of the place in Kota Kinabalu that I love the food. The place also quite peaceful, nice and many dishes to choose. The price maybe a bit expensive but still affordable (for some people maybe it's cheap). I can have one set of meal (choice of noodle,rice + juice + fruit + tidbits) at about RM9.90. My choice is always family set. For 2-3 person, the rice is unlimited, four dishes, fruit and tidbits, the price is RM59.00. While step in, customer will be served with chinese tea. But if still want to have other drink, there are plenty choices. Here is the picture of dishes that I love.

 
This is Red Tomyam. Very delicious, thick and spicy. One of the best tomyam in Kota Kinabalu for me. But for person who doesn't like spicy, this is not a good choice.
 Beef in Mongolian sauce. This is chef recommended, that's why I chose it at first time. But now this become a must choice if I go there.
          This is Sizzling beancurd with salted fish, and also with egg. Very yummy. My son loves it very much.
There are so many dishes to choose. From variety of soup, beef, chicken, fish, prawn, beancurd, egg, vegetables. Go and experience it yourself!