Sweet.. sweet... sweet memory..

Friday 22 April 2011

Kasih adik beradik..

Ini kisah kucing2 yang menumpang kasih di rumah saya. Sekarang ni mereka ada 3 ekor, iaitu 3 beradik. Mereka ni bukanlah dilahirkan sekali. Batch pertama ialah Si Putih, yang bermata biru. Seingat saya dulu mak dia bawak mcm ada dua ekor, tp sekejap ja hilang yg sekor lagi. Tinggal la si Putih seekor diri, menumpang kasih dengan kami setelah ditinggalkan ibunya. 
Selepas beberapa ketika, datang lagi mak dia, membawa tiga ekor anak kucing. Betul la mak dia ni. Pandai pulak dia cari rumah untuk tinggalkan anak dia. Tiga2 pun warna putih, tp agak keperangan dan gelap sikit berbanding si Putih. Tapi tak lama kemudian seekor hilang, tinggal la dua. Jadi saya namakan Si Manja (sebab dia sangat manja dengan Si putih) dan Si Tina (sebab tu la satu2 nya betina). Maka membesar la mereka bertiga di rumah kami, sampai sekarang. Si Tina pun dah dua kali beranak, tp setakat ni anak dia tinggal satu ja.
Apa yang saya nak kongsikan di sini, kasih sayang antara mereka tu. Si Putih ni memang abang yang baik. Boleh pulak dia layan adik2 dia yang suka bergesel dengan dia tu. Padahal mereka bukan lah lahir sekali. Saya pun tak tau Si putih ni dia tahu kah itu adik2 kandung dia. Ataupun dia layan mereka sebagai adik angkat yang menumpang kasih. Mereka hanya bergaduh masa berebut makan ja, tu pun hanya bunyi mcm mengiau/mengerang, dan sekejap saja. Tak pernah pulak mereka pukul sesama sendiri. 
Alangkah bagus jika sifat mereka ini dijadikan contoh untuk manusia. Adik beradik janganlah bergaduh sesama sendiri. Pepatah pun ada mengatakan, Air dicincang takkan putus. Berbaik lah sesama saudara, apatah lagi adik beradik sendiri.

Ni lah kucing2 saya. Tina yang dah terbaring tu, Manja di depan Tina, Putih yang sedang tayang mata dia yang biru tu Selalu jugak mereka tidur rapat2 macam ni

Where Am I?

fasfisfus menyemah nyemah

bejebah jebah biyu meyah

hakuto dan minami
Hah? apa la yang saya merepek kat atas tu? sebenarnya saya pun tak faham apa yang tertulis kat situ, jadi saya labelkan saja mengikut apa yang terlintas di fikiran dan pernah fawwaz sebut. Di manakah saya ambil gambar ni? majalah? mimpi? tidak sama sekali. ini dia alam nyata. Di negara manakah saya? Saya bukan di Korea, Jepun atau China. Saya di Malaysia. 
Ini sebenarnya adalah gambar permainan di sebuah shopping complex yang terkenal jugak di KK ni. Anak saya la ni, dia nak naik kenderaan tersebut. Saya pun temankan dia. Ketika itulah saya ternampak label2 di kenderaan tersebut, yang langsung saya tak faham. Sememangnya kenderaan ni diimport, dari Jepun la agaknya. Gambar dalam tu pun Ultraman. Tak kisah lah mana, cuma yang saya pelik tiada pulak explanation/translation untuk difahami. Saya pun tak expect la tulis Bahasa Melayu kat situ. Paling kurang pun English education.. Sekurang2nya guna huruf rumi la..
Mungkin perkara ni tidak lah besar. Jadi orang kedai tu pun tak terfikir untuk diterjemah.. Atau mungkin org KK ni banyak yg faham Tulisan Jepun. Saya saja yg tak tau..

Sunday 17 April 2011

Prapeni Thai..

Baru2 ni saya pergi makan di restoran ni. Ni la lagi satu restoran yang saya suka di Kota Kinabalu, dan antara yang awal juga saya tahu sejak mula saya di KK. Letaknya dekat Putatan, lebih kurang 20 minit dr KK kalau tak jem. Restoran ni makanannya Thai style. Tu pasal la saya suka. Mula2 saya tengok nama dia, Prapeni Thai, tak confident jugak nak masuk. Tapi lepas diberitahu sorang kawan pasal restoran ni, dan tengok banyak pekerja dia pakai tudung, saya pun berani. Lagipun first time saya pergi saya dibawa oleh sorang kawan husband yang dah lebih lama tinggal di sini.
Kalau dah masuk restoran Thai, tak sah lah kalau tak order tomyam. Dan ternyata tomyam dia memang sedap. Tomyam ni bukan jenis yang pekat, yang agak cair tapi rasanya cukup. Kata kakak saya yang pernah saya bawak makan kat sini, ni tomyam putih. Tak kisah lah putih ke merah, janji sedap. Sebab tu kalau saya makan kat sini, makan nasi goreng pun saya order tomyam. 
Kalau saya makan nasi putih di sini, antara yang saya suka order ialah ikan tiga rasa. Pilihan ikan siakap, kerapu atau putih. Ikan putih tu saya pun tak tau orang semenanjung panggil apa. Kata bapa saya macam nyok2. Tapi sedap la ikan tu. Ikan tiga rasa ni sangat sedap sebab ikan dia digoreng garing dan sos dia cukup rasa. Saya ratah ikan ni sampai tinggal tulang dan kepala saja. Selain tu antara yang best kat sini daging merah, ayam padpek, telur bungkus, udang goreng tepung, kangkung goreng belacan, cendawan goreng, dan lain2 lagi. 
Ini lah tomyam kegemaran saya...

Ni ikan putih tiga rasa

Cendawan goreng

Sambal belacan pun sodap..
Anak saya suka sangat makan situ. Mesti banyak dia makan. Pernah sekali dulu lalu jalan tu, dia nangis sebab tak behenti makan kedai tu. Bankrap la mak dengan abah kalau hari2 makan kedai..
Kalau ada kawan2 atau keluarga datang, ni la antara restoran yang saya bawa untuk diorang makan. Ada sorang kawan saya orang semenanjung dan kerja di Kuching, kalau datang sini mesti nak makan sini. Harga kat sini pun tak terlalu mahal. Macam kebanyakan restoran jugak. Kalau mahal sangat saya pun tak termampu nak makan. Hehe...

Tuesday 12 April 2011

kecurian lagi...

Di satu pagi Isnin yang hening, seperti biasa saya dan suami bersiap2 nak pergi keja. Wah, hari pertama dalam minggu ni, jadi mesti kuatkan semangat untuk melawan Monday Blues. Apabila suami siap, dia pun keluar rumah membuka pagar dan sebagainya. Seperti biasa jika ada jiran di situ, mereka akan bertegur sapa. 
Apabila suami masuk semula ke dalam rumah, dia bagitau. "Tengok tu, penutup longkang rumah jiran depan dan rumah kita dah kena curi." "Haa??" Saya pun intai ke luar rumah. Astaghfirullahaladzim... itu pun kena curi. Sebenarnya kami tidak lah mengalami kerugian sebab penutup longkang tu bukan la dibeli sendiri. Cuma ia mendatangkan kebahayaan saja la. Dalam lagi tu longkang dia. Kalau budak jatuh memang teruk la. Saya tengok jiran depan rumah dah proaktif. Awal2 lagi dia dah tutup dengan papan dan pasu bunga. Untuk rumah saya, disebabkan dah nak pergi kerja, tak sempat kami cari apa2 untuk tutup. Tapi bila balik, tengok longkang tu dah kena tutup dengan batang2 kayu. Barangkali jiran sebelah yang tutup, sebab longkang yang terbuka tu lagi banyak bahagian rumah dia.
Hmm.. saya terus teringat penutup longkang di kampung. Ada sekali saya balik, saya tengok penutup longkang di rumah dah kena rantai sesama sendiri (tiga ke empat, saya lupa) dan ada mangga. Saya tanya ayahanda kenapa rantai macam tu. Kata ayahanda, ada orang duk curi. Tu yang dia rantai sekaligus, jadi berat la pencuri nak angkat. Oooo.... macam tu.. Tapi yang last saya balik kampung, saya tengok longkang dah kena tutup dengan papan. Aik? Saya tanya ayahanda. "Tak larat beli la tqah ai.. Duk kena tibai (curi) ja.." Laa.. dah rantai macam tu sekali pun hilang? Ish3...
Memang dahsyat la orang ni. Apa saja pun nak curi, asal boleh dapat duit. Ni mesti gara-gara besi mahal. Asal besi ja, balun. Peduli la nanti ada orang jatuh longkang ka, apa ka.. tak patut betul..

Friday 8 April 2011

budak 'pandai'..

beberapa hari lalu, saya dan family pi shopping di satu hypermarket yang glamer jugak la kat KK ni. bukan la nak cerita apa yang saya beli, tapi apa yang berlaku sebelum saya masuk membeli belah tu. 
kat hypermarket ni, nak ambil troli kena guna token yang ditukar dengan duit seringgit. saiz token tu macam duit seringgit syiling dulu atau duit 20 sen. suami saya pun pi tukar token dan ambil troli. tapi masa tengah masukkan token ke slot troli tu, ketat la pulak. suami saya tukar dari satu troli ke satu troli. dalam masa yang sama ada jugak brader lain pun mengalami masalah yang sama. tapi depa dua masih mencuba. pastu tiba2 mai la sorang budak, dengan baik hati nak tolong. dia pi dekat brader tu dulu, tp brader tu menolak. pastu dia mai dekat suami saya, minta nak tolong. maka suami saya pun bagi token tu dekat dia. dia pun dengan susah payah menekan dalam slot troli tu, at last berjaya jugak. suami saya pun tolak nak masuk kedai tp terperasan troli tu ada rosak sikit. tempat duduk budak dah punah. jadi suami saya pi la tukar. dia keluarkan token dan cuba masukkan dalam troli lain. tapi rupa-rupanya token tadi telah bertukar menjadi duit 20 sen. ajaib kan. suami saya pun pelik, jadi dia pergi balik di kaunter dan bagitau pasal token tu. orang kaunter tu pun terpinga2. takkan dia salah bagi token. tp dalam kebingungan dia pun tukar balik dengan token. suami saya pun ambil la troli lain. bila tengah jalan2 suami saya cakap, "abang rasa budak tadi tukar token tu dengan duit 20 sen. takkan kaunter tu salah bagi kan". ya jugak. saya dan suami saya baru terfikir.
dipendekkan cerita, lepas abis beli barang, kami pun berjalan ke kereta. kebetulan, Tuhan Maha Kuasa, terserempak budak yang menolong tadi. belum sempat cakap apa, dia terus buka langkah seribu. hmmm.. awat dia lari. memang betul la apa yang suami saya cakap. tak sangka sungguh. budak lagi tu. macam budak sekolah rendah ja. ish3... pandai sungguh budak tu, tapi pandai tak bertempat. dia guna duit 20 sen, dapat token seringgit. tukar balik, untung la dia 80 sen. boleh la jugak. buat banyak kali dapat la lebih. tak tau la apa yang menyebabkan dia buat begitu. memang takda duit atau nak cari duit lebih. entah lah...

Saturday 2 April 2011

Beijing BBQ Steamboat

I just discover one new place to eat in Kota Kinabalu. Last week I went to Beijing BBQ Steamboat, Kota Kinabalu. It is situated at Bukit Padang, in Tun Fuad Stephen Park. It is the place where I can eat steamboat and grill the food. There are quite a lot of fresh food to choose, from meet, chicken, seafood, noodle, rice, vegetable and also the sauce. The food is unlimited. You can take and cook as much as you can, but with condition you finish all the cook food, or else you have to pay extra for the leftover.
A pot to grill and to boil the food
This place is an open air and floating restaurant. Beside having the food, I also enjoy the scenery.Thank you to my friend who give us a treat that night. All of us eat a lot and sit longer than usual.

Pengalaman keduaku..

Sudah beberapa hari saya tidak mengunjungi blog ini. Ada jugak cerita yang nak saya kongsi tapi keadaan kesihatan tidak mengizinkan. Di ofis, sibuk dengan pelbagai aktiviti, sampai nak buat kerja hakiki pun tak sempat. Petang ja, saya dah penat sangat. Sampai rumah, awal saya dah tidur. Masak pun kadang2 tak larat. Mujur suami saya memahami. Dia la yang selalu masak dan layan anak saya. Saya bersyukur dikurniakan suami yang sedemikian.
Baru2 ni ada berita dalam satu akhbar tabloid, mengenai seorang wanita dipukul suaminya, sebab mengidam satu jenis buah. Mengikut berita tu, suami ni baru pulang kerja dan isteri minta dia keluar semula untuk cari buah tersebut. Buah tu pulak jenis yang susah didapati di ibu kota. Jadi suami sudah hilang sabar, pukul isteri dia. Member2 di ofis yang sama2 baca berita tu banyak yang menyalahkan lelaki tersebut (member ofis tu lelaki jugak..), kata suami tu tak sabar dan sebagainya. Ada juga yang mengatakan ini masalah orang kahwin muda (walaupun umur suami isteri ni tak la terlalu muda).
Bila baca berita ni, macam2 perkara yang saya fikir. Ya, mungkin betul macam ofismate cakap, suami ni tak sabar. Tapi kita tengok jugak keadaan suami masa tu. Mungkin terlalu letih pulang dari kerja, disuruh pulak keluar balik, mungkin dia pun hilang pedoman. Kalau masa saya kecik2 dulu, arwah mak selalu pesan, kalau abah baru balik kerja, jangan terus kacau dia contohnya minta macam2, cerita benda tak best atau apa2 yang akan menambahkan kepenatan. Kata mak, biar abah duduk, minum, rehat2 dulu. Lagi elok kalau malam baru cakap. Sebab saya sendiri akui, kalau penat ni, kadang2 otak tak rasional berfikir. Benda kecik pun rasa nak marah.
Kalau dilihat pulak keadaan isteri, mungkin keadaannya yang mengandung menyebabkan dia minta bukan2. Ya, ini saya akui. Dulu semasa mengandung anak pertama, saya langsung tak rasa alahan mengandung dan mengidam apa2. Cuma letih saja. Sedar tak sedar perut dah makin besar. Kalau dulu saya baca berita ni, mungkin saya tak akan memahami keadaan isteri tersebut. Tapi, bila mengandung kali kedua ni (Alhamdulillah masih ada rezeki saya), saya dah rasa alahan. Mula2 dulu selalu loya, ter uwek2 (tp tak muntah) ja kat rumah, ofis, sampai member2 dah gelak2 tengok saya. Sekarang ni dah muntah2, terutama lepas makan, Tapi syukur tak la selalu, kadang2 ja. Selain tu badan juga teramat letih. Dan kali ni juga saya dah terasa apa yang orang cakap mengidam. Masa saya tengok iklan McD breakfast, saya rasa teringin nak makan. Padahal dah berpuluh kali saya tengok iklan tu sebelum ni. Satu lagi iklan Ajinomoto kot, yang dia tunjuk lala tengah dimasak, dan terbuka. Geram saya tengok. Dah la KK ni susah dapat lala. Selain tu, saya ada cerita kat suami pasal mak mengandung dulu mengidam telur apa ntah, tuntung kalau tak salah. Pastu saya pun teringin nak makan telur, nasib bukan telur tuntung tapi telur itik. Dan yang paling saya gemar sekarang ni ialah buah (padahal saya bukan penggemar buah). Tak pernah2 saya beli epal, sekali saya nampak kat kedai macam kecur liur saya tengok epal merah2. Semalam waktu lunch saya pergi kedai dengan member, buah jugak yang saya borong. Jambu batu, betik, tembikai susu. Sampai kawan saya cakap, "Akak tak nak makan nasi ke?". Pagi tadi pulak suami beli mangga muda, punya la best saya rasa, sampai saya tidur tadi mimpi makan mangga. Baru2 ni jugak saya buat benda pelik, makan asam jawa. Hairan suami saya. Baru saya tau macam mana kadang2 orang mengandung ni boleh pelik2 perangai dia. Ni saya tengah tulis pasal mangga dan asam ni pun saya telan air liur. Pelik...
Usia kandungan ni masih baru. Tak tau la apa lagi yang akan berlaku sepanjang tujuh bulan ni. Apa2 pun, saya terima kasih sangat2 kepada suami sebab layan perangai saya yang pelik kali ni. Saya juga berdoa kepada Allah semoga kandungan ini selamat dan dipermudahkan saya bersalin. Mengenangkan pengalaman pertama bersalin, takut pulak saya rasa. Alhamdulillah saya dan anak selamat. Semoga kali ini pun kedua-duanya selamat dan sihat. Amiin...