Sweet.. sweet... sweet memory..

Saturday 18 June 2011

malasnya sayaaa...

Adui.. malasnya saya fikirkan hal ni. Esok saya kena pi kursus la pulak. Kat Port Dickson. Naik flight lagi. Benci. Pastu sekarang ni tak leh check in online. Awal lagi dah kena pi airport. Benci, benci...
Pastu teringat lagi kursus tu nanti pagi sampai malam. Adui.. kalau saya tau tentatif ni awal2, tobat saya tak nak pi. Macam mana la saya nak bertahan sampai malam. Selalu kerja, lepas maghrib pun kadang2 dah 'padam'. Ni lagi la kursus, mesti banyak benda nak kena blajar. Wargh.. bikin stres ni.. Satu hari ni saya dah sakit kepala. Tak tau la sebab fikir kursus ke apa..
Lagi satu fikirkan nak kena tinggal fawwaz. Hmm.. kesian. Walaupun dia ni kadang2 (macam selalu je) tak nak dengan saya, memanjang nak abah dia je, bila nak kena tinggal ni, sedih la jugak. Kesian jugak abah dia nak kena layan dia sorang2. Kena dia buat perangai, lagi haru. Cuma harap2 diorang sihat la masa saya tak da tu. Kalau sakit susah nanti.
Sebenarnya kursus ni cuma tiga hari. Haha.. tiga hari pun saya dah rasa macam tiga bulan. Kalau lagi lama, tak tau la saya macam mana. Boleh kurus agaknya saya. Kursus=kurus. Elok sangat la tu..

Monday 13 June 2011

Kisah buah mangga..

Di rumah saya ada dua batang pokok mangga. Yang satu tu, dalam kawasan rumah. Tahun pertama saya tinggal di rumah ni, banyak betul pokok tu berbuah. Sampai saya dan suami tak larat makan. Banyaknya kami bagi orang saja. Kalau simpan pun buat rosak saja. Tapi musim seterusnya pokok tu macam merajuk. Kurang sangat buahnya. Sikit2 saja dapat makan. Bagi orang macam tak ada ja.  Musim lepasnya pun sikit, siap ada yang rosak2 lagi. Sampai sekarang macam tu saja pokok tu.
Pokok yang lagi satu tu, di luar pagar, sebelah rumah. Tapi tuan rumah dah cakap, "Itu pun pokok kau ar.. saya yang tanam itu pokok.." Tahun pertama saya di situ, langsung pokok tu takda berbuah. Bunga pun macam takda. Musim seterusnya, ada sikit. Tapi yang sedihnya, belum sempat saya ambil, buah tu hilang. Pernah juga saya terserempak orang ambil tu. Pagi2 lagi, siap bawak budak kecik masa tu. Tapi saya tak sempat cakap sebab saya dalam rumah masa tu. Kiranya saya tak sempat juga rasa macam mana buah pokok tu.
Baru2 ni pokok luar tu galak pula berbunga. Buah pun dah keluar sikit. Saya mula2 tak berharap, sebab chances untuk buah tu dicuri sangat tinggi. Ye la, buah tu kan kat luar rumah. Susah juga nak kawal. Takkan nak tulis kat pokok tu, 'Jangan Ambil' pulak. Tapi saya perasan kali ni, ada ranting yang masuk ke dalam kawasan rumah, dan ada buahnya. Saya pun suka la. Saya cakap dengan suami, "Kali ni dapat la kot makan buah tu. Dah sah2 dalam pagar. Kalau orang ambik jugak tak tau la". Saya pun jaga buah tu. Hari2 saya tengok, dan menunggu buah tu besar. Tapi... hari Jumaat baru ni, bila saya sampai saja dari pejabat, saya pun tengok la buah tu. Saya kehairanan. "Abang, mangga tu dah tak da la". Saya terus keluar kereta dan pergi dekat dengan pokok tu. Mana la tau saya dah rabun petang ke, tak pun buah tu jatuh ke. Huhu.. ternyata buah tu dah memang takda. Ada la kot 4,5 biji. Argh... mula la saya nak menyumpah ni. Tak cukup yang luar pagar dia ambil, yang dalam ni pun dia nak ambil. Barangkali sebab dia tengok yang dalam ni besar dari yang lain (Dah yang kat luar tu tak sempat besar kena ambil, macam mana nak besarnya).  Cheh.. kurang kesedaran sivik punya manusia. Agak2 la nak ambil pun. Ni sampai dalam pagar orang pun nak ambil.
Nak dijadikan cerita, semalam saya sekeluarga keluar jalan2. Ngam2 saya sampai, saya ternampak la ada seorang auntie ni bersama seorang budak sedang tertinjau2 di bawah pokok mangga tu. Saya pun dari dalam pagar terus pergi dekat pokok mangga tu. Kira2 saya mau sound la apa yang patut, sebab dia ambil buah tu. Sekali bila auntie tu nampak saya, dia dengan selamba baladanya cakap "Kau mau?", sambil menunjukkan beberapa biji mangga yang dalam tangannya. Saya yang nak marah rasa nak tergelak. Dalam hati saya berfikir, "Sapa tuan rumah ni? Saya ke dia?" Saya kat dalam pagar ni. Kereta pun dah ada. Saya yang terkesima tu hanya menggelengkan kepala, dan saya hanya mampu cakap "Kecil lagi oo buah tu kau ambil". Tapi dia jawab balik, "Sedap". Dan dia sekali lagi mempelawa saya ambil buah tu. Saya cakap "Nda apa lah". Selepas dapat beberapa biji, auntie tu pun berlalu dengan senang hatinya. Lalu saya pun mendekati pokok mangga tu, dan membelek2 buah yang masih ada. Dan saya pun ternampak satu biji buah mangga yang sederhana besar di celah2 mangga yang kecil. Mungkin auntie tadi tak nampak mangga tu. Lalu saya pun ambil, sebab saya pun nak rasa sedap sangat ke buah tu.
Ni la buah yang saya ambil dari pokok tu. Kecil kan. Saya dah makan. Patut la auntie tu ambil. Sedap juga rupanya. Tak masam sangat, manis2 sikit.
Saya pun dapat rasa dah sebiji buah tu. Tak tau la lepas ni dapat rasa lagi ke tak. Macam harus je nak tengok buah tu besar. Hehe.. Mungkin dah memang rezeki auntie tu. Ambil la auntie kalau kat luar tu. Cuma yang kat dalam tu, kalau boleh jangan la panjang sangat kaki dan tangan tu. Chek pun nak makan jugak. Chek dah la bawak perut ni..

Saturday 11 June 2011

Bercuti Bersama Keluarga..

Minggu lepas, 1 Jun keluarga saya datang dari kampung. Abah, kakak, adik dan maklong saya. Ada seorang lagi adik saya tak dapat datang. Dia belajar di Yaman. Lima hari mereka di sini. Tapi saya rasa macam sekejap saja. Kalau ikutkan saya, saya mau mereka tinggal di sini at least dua minggu. Sebulan pun takpa. Hehe..
Kebiasaan mereka di sini, mesti nak pergi pasar basah. Kalau orang Kedah cakap 'market'. Speaking london pulak. Seafood di Sabah ni kan murah compare dengan semenanjung. Apa lagi, abah saya beli udang, sotong, kepah, ketam, ikan jenahak, wahh.. hampir semua jenis seafood ada. Puas betul kami makan.
Ada satu hari tu, saya bawak keluarga saya pergi jalan2 Kundasang, Ranau. Full day trip. Bertolak dari rumah pukul 7 pagi, 11 malam baru balik. Nah.. puas hati berjalan. Saya pun tak pernah pergi jalan sana lama sampai macam tu. Macam2 tempat kami pergi. Kat sini saya nak kongsi gambar2 menarik sepanjang percutian ini.
Tempat pertama yang kami singgah. Jambatan Tamparuli.


Pekan Nabalu. Berlatar belakang gunung tertinggi di Asia Tenggara (betul ke aku ni..)

Kampung Luanti. Fish Spa

Kolam Air Panas. Tapi tak mandi pun. Tengahhari weh.. mandi air panas apanya..

Kundasang War Memorial. Beautiful Garden

Salah satu garden yang ada dalam Kundasang War Memorial

Tempat paling tinggi dalam KWM. Belakang tu sepatutnya nampak Gunung Kinabalu tapi dah petang, dah berkabus, tak nampak la

Nak turun dari KWM

Sempat lagi pergi Desa Cattle. Tengok lembu susu. Time petang2 ni lembu dah beratur nak perah susu. Pandai kan..

Dua beranak bergaya di Desa
Pondok Timpohon. First start untuk sesiapa yang nak daki Gunung Kinabalu. Sejuk sangat2 time ni. Grrr... 
Inilah perjalanan saya sampai sehari. Best betul. Malam tu turun dari banjaran terus pergi Perdana Park. Tengok Air pancut bermuzik dan berlampu. Cantik sangat. Lepas makan, baru balik rumah. Memang penat sangat, tapi puas.
Fawwaz pun suka sangat wan dan keluarga ada kat rumah. Menjerit2 dia main dengan paksu dia. Maklong dengan wan pun rajin lawan dia. Apa lagi dia. Time ni la jugak dia pun tunjuk perangai dia yang macam2 tu. dari perangai bagus sampai perangai nakal dia tu.
Pada 5 Jun malam, abah dan keluarga pun balik. Huhu.. sedih.. Tinggal la kami tiga beranak kat rumah. Fawwaz berhari2 lepas tu pun dia tanya lagi. "wan mana?" Saya cakap "wan balik kedah". Ada lagi dia sambung tu. "maklong pun balik kedah, paksu pun" Kadang2 dia cakap, "wan naik kapal terbang".
Bila la lagi ada orang nak datang rumah kami ni. Terasa la meriah sikit rumah kami ni. Tidak la balik2 suara saya, suara suami dan Fawwaz..

Thursday 9 June 2011

Adakah kami layak dimalukan?

Dua hari lepas, kami di pejabat digemparkan dengan satu berita panas yang terpampang dalam akhbar. Yang boleh mula tau berita tu, bapa saya telefon. Dia cakap dalam paper S**** ada berita pasal pegawai senior kami di ofis ibu pejabat kena tegur di mahkamah sebab tak hadir perbicaraan. Tak lama kemudian dia telefon lagi, dalam paper M**** lagi dahsyat. Detail jugak wartawan tu tulis, apa saja yang dilaser oleh hakim ditulisnya. Siap mention nama pegawai tu lagi. Saya pun bila time rehat cari la paper. Dalam paper Sabah pun ada, tapi ok lagi sebab lebih general. Saya baca pun tak da la panas. Bila saya cari paper M**** tu, cheh, kurang asam betul. Memang sakit hati apa yang dicakapkan oleh hakim tu. Maaflah, saya mungkin emosional, tapi saya rasa seperti tidak patut pegawai berkenaan menerima teguran/sindiran yang terlalu tajam demikian.  Apatah lagi, perkara berkenaan dipaparkan dalam akhbar. Saya tidak tau pulak seandainya alasan yang diberikan oleh pegawai berkenaan tidak boleh diterima. Tapi secara rasionalnya, saya rasa (mungkin saya buta undang-undang) alasan tersebut boleh diterima.
Hmm.. mungkin bagi sesiapa yang tidak tahu, percaya apa yang ditulis dalam akhbar berkenaan. Semestinya reputasi kami agak tercalar dan ada orang awam memikirkan 'standard' la penjawat awam, sebab ada orang menganggap penjawat awam ni banyak yang 'rileks', goyang kaki dan sebagainya. Dan mungkin ada yang cakap 'tu la, tak pergi lagi mahkamah', atau apa2 lagi la.
Di sini saya ingin meluahkan rasa sedih, bengang, risau hingga saya asyik terfikir perkara tu sampai hari ni. Bagi mereka yang tidak tau apa yang kami semua lalui sebelum ini berhadapan dengan mahkamah yang mulia, di sini saya senaraikan beberapa contoh peristiwa yang pernah berlaku pada kami.
1. Kami telah berada di hadapan mahkamah. Sapina tulis, 9.00 pagi. 8.30 pun ada yang dah sampai. Kami pun tunggu, tunggu. Kadang2 9.30 pun mahkamah belum jalan. Pastu mahkamah mula, tapi belum sampai turn kami. Kami pun tunggu lagi dengan berdebar2. Takpalah, kami kan ada 'banyak masa'. Tunggu saja, sampai kami dipanggil, yang kami tak boleh nak agak pun bila kami dipanggil (takda nombor giliran mcm bank dan sebagainya). Nak pergi minum, memang tak la. Toilet pun cepat2. Ohh.. penantian satu penyiksaan.. Nasib kami memang baik sekiranya dipanggil pagi berkenaan. Lega. Tapi kalau tak sempat, sambung petang, hmm.. agak baik la tu. Dan yang 'paling baik', tak dipanggil pada hari berkenaan. Pelbagai alasan diberikan. a) kes tangguh, nanti bagi tarikh lain. b) tak sempat hari ni, esok datang balik. c) tak jadi panggil. tak perlu keterangan kami pulak. d) kes tak jalan hari ni sebab (lawyer tak datang, hakim meeting/cuti). Oh.. bukankah itu masa kami atau sebetulnya masa kerajaan telah terbuang? Kalau kami travel dari jauh, duit pun dah terbuang. Tapi takpa lah, kami faham dengan mahkamah. Kita merancang, Tuhan menentukan. Paling2 pun, kami bebel dekat diri sendiri dan cerita dengan rakan seperjuangan. Setakat meluahkan perasaan. Belum la sampai masuk paper atau laser dekat orang di mahkamah.
2) Hampir setiap mingggu kami terima sapina. Sana-sini nak panggil kami. Tapi untuk sesetengah kes, bila tiba masanya, takda juga wakil polis atau mahkamah hubungi kami confirmkan kami akan dipanggil. Kadang2 kalau ada nombor boleh dihubungi, kami telefon juga tanya. Tapi banyak juga keadaan kami terima sapina tanpa nombor untuk dihubungi, dan ada juga kes tu selesai walaupun kami tak dipanggil. Kalau kami ni nak melayan terus semua sapina yang kami terima, alamatnya kerja makmal kami banyak la tertangguh. Sekarang pun dah ada complain kes kami lambat siap.
3) Kalau mahkamah dekat pejabat, kadang2 ada yang kami tak terima sapina pun, tiba2 polis telefon, 'Puan boleh datang mahkamah sekarang/esok?' Alahai.. jangan la begitu bos. Kami ni perlu jugak cari fail kes tersebut, nak baca balik. Kami ni buat baaaanyaaak kes,bukannya ingat semua. Kalau nak kena beli tiket flight lagi, bukannnya mudah.
Maaflah, saya tidak berniat memalukan sesiapa. Kita semua penjawat awam. Kita semua mahu menyelesaikan kes berkenaan. Kami pun tak nak kes berkenaan tertangguh. Apa guna kami melambat2kan perbicaraan, kalau last2 memang kami kena panggil juga. Kami seboleh mungkin akan cuba pergi mahkamah. Jika kami tak pergi, pasti ada alasan yang kukuh. Perlu juga diingat, kami bukanlah semata2 hamba kerja. Sekali sekala kami mahu luangkan masa dengan keluarga. Kalau kami bercuti dengan keluarga, berilah kami masa yang berharga. Sebab kami bila masuk pejabat, kerja, kerja, kerja. Macam dialog filem P.Ramlee, 'selagi belum tutup mata, kerja, kerja, kerja'.
Ini adalah luahan hati saya. Saya rasa sedih dengan apa yang berlaku. Pasti saya takut dengan sapina lepas ni. kepada pegawai senior berkenaan, 'Sabar lah kak. Biarlah orang nak cakap apa, yang penting kita sendiri faham. Jika saya dalam keadaan seperti kakak semasa terima sapina tersebut, saya pun akan buat perkara yang sama'..