Sweet.. sweet... sweet memory..

Sunday 29 January 2012

Nasi Daging..

Tak tau kenapa tiba2 kemarin saya terasa nak makan nasi daging. Saya tak ingat pernah makan ke tak nasi ni. Mungkin pernah dulu2. Yang saya ingat kakak saya pernah masak dan mak sedara saya juga. Tapi saya tak makan la pasal saya kat KK ni.
Maka untuk menjayakan keinginan saya ni, saya pun google resepi nasi daging. Dan saya pun jumpa beberapa resepi. Saya pilih yang paling senang dan rasa macam sedap. Kalau di utara ada jual rempah nasi daging kat kedai. Tapi disebabkan kat sini saya tak terjumpa rempah nasi daging, maka saya gunakan rempah kurma dan dicampur dengan halba dan lada hitam yang ditumbuk, jadi la rempah nasi daging. Bahan2 lain, bawang besar, bawang putih, halia (kisar sekali tiga2, untuk tumis), daun pandan, minyak, minyak sapi, kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, daging (potong kiub sederhana besar), susu cair, tomato puri, kiub lembu, air, beras basmati.
Bila dah masak, daging tu dikeluarkan dan dipotong nipis2. Biasa orang makan nasi daging ni dengan air asam kerisik dan tomato. Tapi untuk saya dan suami yang suka makan berkuah, saya masak lagi kari telur. Memang sedap makan ni. Anak saya pun bertambah2 makan.
Ini la rupa nasi daging saya. Sapa rajin n kreatif boleh la hias dengan bawang goreng ke, apa ke. Saya rajin masak je, menghias tak rajin dan tak pandai....

Friday 27 January 2012

Beringgis Beach Resort..

Cuti Chinese New Year baru2 ni, saya dan keluarga pergi bercuti di salah sebuah resort di Sabah ni. Tujuan asal ialah melarikan diri dari kebisingan mercun dan bunga api. Last year malam tu memang tak boleh nak tidur sampai pukul 1.00 lebih jugak. Jadi tahun ni nak cabut la. Sebelum malam kemuncak pun dah ada bunyi2 bong bang dan anak sulung saya dah takut2.
Jadi pada 22/1/2012, saya dan keluarga pun pergi ke Beringgis Beach Resort. Resort ni dalam daerah Papar, lebih kurang setengah jam dari Kota Kinabalu. Bila sampai situ, dah check in, masuk la dalam bilik. Bilik yang saya sewa tu paling murah la, Standard. Ada dua katil single. Facilities dalam bilik macam hotel2 lain la. Mini bar, tv, aircond, kipas, coffee making dan lain2. Yang saya suka, ada bath tub. Sebab saya tak boleh mandi kolam, jadi berendam dalam bath tub la. Lain2 facilities kat resort tu, kolam renang, spa (tapi saya tak pegi pun), cafe (pun tak pegi), jualan makanan ringan dan souvenir. Pastu ada buaian yang digantung kat pokok2 (yang anak sulung saya cakap, 'takut ayunan'). Kat sini first time la anak bongsu saya naik ayunan tu. Yang best lagi, ayunan ni kat tepi pantai. Memang best baring kat atas ayunan ni, sambil ditiup angin pantai.
Keseluruhannya, ok la jugak stay sini. Nak berehat2, lari dari kebisingan kota (cewah...).
Baru masuk bilik. Seronok anak sulung saya

 
Anak bongsu saya tak ketinggalan enjoy stay sini

Dua beranak bermandi di kolam

Aksi anak saya

Balkoni bilik

Nak balik dah

Tuesday 24 January 2012

Mini murtabak dan cucur udang..

Sekali sekala masak sarapan, best pulak. Hari Ahad lepas, saya masak mini murtabak dan goreng cucur udang yang dibancuh oleh suami saya. Sarapan banyak sebab nak pi jalan pastu. Inti murtabak dah disediakan hari sebelum tu. Jadi pagi tu lipat dan goreng saja. 
Mini murtabak ni pakai kulit popia ja. Inti dia, kentang, kubis, bawang besar, daging, rempah kurma+kari. Semua ni masak sekali. Bila nak lipat tu, masukkan telur yang dah dipukul, pastu lipat la jadi segiempat. Then goreng la.
Cucur udang suami saya. Tepung gandum, udang, tauge, kucai, kunyit, air buh garam, digaul sebati. Pastu goreng sampai garing. Sedaaapp...

Saturday 21 January 2012

Happy Birthday To Me...

Asyik tulis pasal anak, sampai lupa pada diri sendiri. Sebenarnya bukan lah hari ni birthday saya. Dah belated pun. Birthday saya bersamaan dengan hari yang disambut oleh seluruh dunia iaitu NEW YEAR!!! Ya, saya dilahirkan oleh ibu saya yang tercinta pada 1 Januari. Jadi hari ni sudah lepas 20 hari pun. Ada juga teringat nak tulis sebelum ni tapi takda masa.
Kali ni birthday saya berlaku masa saya di kampung suami. Tapi sedihnya... suami saya pun lupa birthday saya hari tu. Sebabnya, kami buat kenduri aqiqah puteri saya. Jadi start malam tu dah bertungkus lumus masak. Sampai saat bunga api berdentum menandakan bermula tahun baru, suami saya masih lagi sibuk mengacau kambing dalam periuk besar. Saya tunggu punya tunggu, sampai dah tidur pun takda ucapan dari suami saya.
Tapi saya ni takda la emo. Saya faham juga suami saya sibuk. Kesibukan dia mengurus untuk kenduri sudah cukup untuk menggantikan ucapan tu, sebab saya tak dapat banyak membantu kerana perlu jaga si baby. 
Kalau diimbas kembali, 1 Januari la tarikh pertama saya dan suami keluar bersama. Masa tu umur saya dua dozen. Nak kata dating tu, tak tau la sebab kami memang satu ofis cuma bukan satu lab. Pernah la jugak bertegur sapa. Tak tau macam mana tiba2 hari tu dia ajak saya keluar. Kebetulan cuti kan. Dan saya yang memang duk melangut saja kat rumah bujang tu sorang, sebab semua housemate dah keluar enjoy new year, bersetuju la. Tempat pertama, Sungai Wang. Masa tu, dia tak tau pun hari tu ialah birthday saya. Masa keluar tu la baru saya bagitau. Dia siap tak percaya, dan saya dengan confidentnya menunjukkan mykad. Itulah detik pertama saya keluar dengan dia, dan berpanjangan sampai kami kahwin. Pelik juga. Tak tau kenapa saya terima ajakan dia, sedangkan saya tak pernah keluar dengan lelaki yang saya tak berapa kenal. Mungkin itulah dikatakan jodoh. 
Saya berdoa moga Allah panjangkan umur saya agar saya dapat melihat anak2 saya membesar dan memberikan saya kesihatan yang sepenuhnya. Amin... To my hubby, "Abg.. nak hadiah..." Hehe....

Sunday 8 January 2012

Nursing problem...

Saya nak minta tolong sesiapa yang baca blog saya ni, dan ada advice yang sesuai pasal fully breastfeeding. Saya sedang hadapi masalah mengajar baby saya minum susu perah. Disebabkan anak saya akan masuk nursery nanti, maka dia perlu minum menggunakan botol susu. Masalahnya anak saya tak nak minum menggunakan botol. Dia macam geli dengan puting tu. Kalau puting masuk dalam sikit, dia nak termuntah. Saya tukar puting agak pendek tapi dia tak menghisap sangat jugak. Dia macam kemam saja. Mungkin puting tu keras sikit bagi dia.
Saya harap sangat kalau ada orang boleh bagi suggestion jenis / brand puting yang lembut dan pendek.  Saya rasa risau sangat ni....

Awatif dah 'sunat'...

Baru2 ni masa kat kampung, 6/1/2012, saya dah bawa baby girl saya 'sunat' di Klinik Dr Khalil di Kepong. Doktor yang sunatkan anak saya nama Dr Norlehan. Sekejap saja sunat budak perempuan ni. Darah pun tak banyak dan baby saya pun tak nangis.
Yang lucunya, anak lelaki saya pun nak sunat. Siap nak nangis nak sunat jugak. Saya cakap dah tak sempat sebab kita dah nak balik KK. Nanti tak sempat baik. Terpaksa suami saya pujuk dia bawa pergi minum kat kedai.
Cerita pasal ni, ada lagi satu kisah anak saya ni. Masa baby girl saya baru lahir, bila anak lelaki saya tengok saya tukar lampin adik dia, dia tanya, "Mak, adik tak dak k@#$? Saya cakap "adik perempuan, tak dak k@#$" Pastu dia cakap sendiri, "tunggu adik besar dulu baru ada k@#$". Hehe... Beberapa hari kemudian, dia tengok kartun Upin dan Ipin cerita pasal bersunat. Dia tanya abah dia, sunat tu apa. Abah dia cakap, potong k@#$. Pastu dia cakap sendiri lagi, "adik dah sunat, adik tak dak k@#$". Haha... Macam2 budak2 ni. Susah nak explain dekat dia beza lelaki dan perempuan...

Monday 2 January 2012

Awatif meniarap..

Hari ni, 3/1/2012, umur awatif dua bulan 12 hari. buat pertama kalinya hari ni awatif berjaya meniarap. dah banyak hari juga dia mengiring2. saya duk cakap dengan hubby, takkan nak meniarap dah, baru dua bulan. abang dia dulu meniarap tiga bulan setengah. tapi ternyata dia lagi cepat dari abang dia.
Sayangnya saya tak sempat ambik video dia meniarap. masa fawwaz dulu saya sempat ambik video, sebab dia menjerit2 masa cuba pusing tu. jadi sempat saya ambik kamera.
Berat awatif masa dua bulan ari tu 5.4 kg. ramai org cakap dia besar. masa kami buat kenduri aqiqah dan cukur jambul dia 1 januari baru ni, ramai terkejut dia baru umur 2 bulan lebih. tapi memang awatif ni kuat minum susu daripada abang dia. kenduri aqiqah awatif ni buat kat rumah mak mertua saya. masa abang dia dulu kat rumah abah saya.
Hari kenduri. bergaya dengan bakul bayi makteh dia

Selepas acara membotakkan awatif
 Lagi satu atif cepat dari abang dia, naik kapal terbang. Abang dia dulu, dua bulan setengah. dia masa genap dua bulan.
Awatif dalam kapal terbang, daari KK ke KL