Sweet.. sweet... sweet memory..

Wednesday 22 February 2012

Happy 4th month birthday to my baby...

Hari ni, 22 Februari 2012 genaplah umur baby saya 4 bulan. Sekejap ja saya rasa. Esok saya akan bawa dia untuk check up untuk timbang berat dia. Berapa la agaknya berat dia sekarang. Saya bersyukur kerana dia telah sihat. Saya juga bersyukur kerana sehingga kini, awatif masih lagi menyusu badan sepenuhnya. Berbanding dengan semasa abang dia dahulu, kali ni saya dapat menyediakan stok susu dengan banyak sekali. Semasa saya mula bekerja, stok yang ada lebih kurang 40 bekas, which every bekas 2 atau 3 auns. Bila saya dah start keja, setiap hari saya akan perah susu di ofis dan pergi menyusu dia di nursery time lunch. Dia juga dapat minum susu yang diperah walaupun tidak terlalu banyak berbanding abang dia dahulu. Mula2 saya risau jugak tapi mengikut kata cikgu dia awatif ni banyak tidur. Dia juga tak da la asyik menangis macam tak cukup susu.
Saya harap awatif akan terus sihat dan membesar dengan baik. Saya juga mahu meneruskan penyusuan secara ekslusif sampai 6 bulan seperti yang digalakkan oleh Kementerian Kesihatan. Sesungguhnya tiada susu yang lebih baik selain susu ibu.
Stok susu awatif sehingga kini
Happy birthday baby

Monday 20 February 2012

mencuba blogging dr handphone..

Tujuan utama saya tulis kali ni adalah mencuba blogging dari handphone.mungkin sudah ketinggalan agaknya saya ni,tatkala ramai orang dah lama menggunakan android ni.

Di saat ni saya berada di hotel di kk kerana berkursus. Tp saya rasa mengantuk yang amat sebab tidur lambat semalam. Saya abis kelas dah jam 10.30,pas kelas saya balik,tak tidur hotel sebab nak susukan baby. Pagi2 datang balik ke kelas dan perlu hadamkan banyak ilmu2. Tu agaknya dah letih betul ni..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday 8 February 2012

Happy 4th Anniversary..

Alhamdulillah, tanpa disedari semalam, 8 Februari 2012 genap empat tahun usia perkahwinan saya dan hubby. Sooo touching... Kali ni kami sambut dengan bertambah lagi seorang zuriat kami, si puteri. Makin berseri2 keluarga kami. Saya juga bersyukur kepada Allah kerana dikurniakan suami yang penyayang dan memahami, walaupun saya bukanlah isteri yang sempurna. Kasih sayangnya pada saya membuatkan saya tidak pernah merasa rugi menolak sesuatu yang boleh dikatakan amat bermakna dalam hidup seseorang iaitu sambung belajar. Kini impian saya, saya ingin menjadi isteri yang baik dan seterusnya ibu yang dikasihi anak-anak saya. Saya juga amat menyayangi suami saya. Walaupun kami ni tak pandai nak beromantik-romantik, cukup lah perbuatan menunjukkan betapa saya sayangkan dia. Saya berdoa semoga cinta dan sayang kami terus mekar dan berpanjangan hingga ke akhir hayat dan dia terus menyayangi saya sampai bila-bila. Juga tidak lupa semoga Allah menjadikan anak-anak saya anak yang soleh dan solehah dan keluarga kami aman bahagia hingga ke syurga. Baiti Jannati. Amiinn....

Sedikit lirik dari lagu yang popular, ditujukan kepada suami saya (juga ringtone handset saya untuk dia)...

For the rest of my life, I’ll be with you
I’ll stay by your side, honest and true
Till the end of my time, I’ll be loving you, loving you

For the rest of my life, through days and nights

I’ll thank Allah for opening my eyes
Now and forever I, I’ll be there for you
I know it deep in my heart

 

Sunday 5 February 2012

Ikan Siakap Tiga Rasa

Baru2 ni juga ada saya masak siakap tiga rasa. Bila masak ni, saya teringat ayahanda saya. Ni antara makanan yang dia minta saya masak bila saya balik. Takda la sedap sangat tapi mungkin sebab saya orang pertama dalam keluarga yang masak makanan tu. Jadi tu kira signature dish saya la kot dalam keluarga. Hehe...
Bahan2 dia, ikan siakap, garam, kunyit, tepung jagung (ada bole, takda pun bole), sos cili, sos tomato, cili padi (hiris nipis), serai (hiris nipis), nanas (potong dadu), bawang merah (potong dadu), bawang putih (cincang), garam.
Cara nak masak, goreng dulu ikan yang dah disapu dengan garam, kunyit dan tepung jagung. Bila dah garing, angkat. Pastu, tumis dua2 bawang, serai. Bila dah kekuningan, masukkan dua2 sos, kacau2. Pastu masukkan cili padi, nanas, garam. Masak la sampai siap. Kalau nak banyak kuah, masukkan banyak sos dan air. Bila dah masak, tuang la atas ikan tadi. Sedia untuk dimakan.
Versi saya banyak kuah

Udang Masak Butter

Baru2 ni saya masak udang masak butter. Saya dapat resepi ni dari majalah dan saya alter sikit2 la sebab saya nak kuah dia banyak. Ini bukan udang goreng butter yang famous di kedai2 tu sebab dia berkuah. Cara ni juga boleh diguna untuk masak ketam. Ok la jugak rasa dia. Sekali sekala tukar selera.
Bahan2 dia juga sikit saja. Udang, susu cair, santan, mentega, daun kari, garam, kunyit, serbuk perasa (kalau suka).
First sekali gaul udang dengan garam dan kunyit macam goreng biasa tu. Then goreng la sampai kekuningan. Untuk masak kuah dia, campur la semua bahan lain, masak sampai mendidih. Last sekali masuk udang yang dah digoreng. Kalau tak goreng udang tu dulu pun boleh jugak tapi saya lebih suka dia goreng. Kalau untuk ketam, tak goreng yang sedap.
Udang masak butter sedia dimakan

Wednesday 1 February 2012

Akhirnya Dia Pergi...

Hari ni ada dua pulak yang saya nak tulis. Yang kedua ni cerita sedih. Bila saya dan keluarga keluar nak pergi kerja dan nursery pagi tadi, nampak ada sesuatu di tepi jalan. Anak saya yang nampak dulu. "Dia tanya apa putih2 tu mak". Dekat tepi benda tu pulak ada anjing. Jadi saya pun jawab anjing, sebab saya ingat tu pun anjing. Bila dilihat dari dekat, suami saya cakap, "Putih la mak".. Saya pun "Huuu.... Putih.." Rupanya macam dengan kucing yang kami pelihara. Sebab posisi dia macam berdiri dan menunduk, tak sangka rupanya itu adalah kucing mati. Nak berhenti, dah lambatjugak.
Jadi bila dah balik, sampai saja rumah terus saya pergi check bangkai tersebut yang dah dihurung lalat. Huhu... berdasarkan bentuk badan, warna dan bentuk ekornya yang characteristic, sah itu kucing kami, Si Putih. Huuuu.... badan dia semua elok, kepala pun ok. Cuma mata dia mata tersembul dan muka dia macam luka la. Tak nampak jelas sangat sebab muka dia terlungkup ke rumput. Nak angkat, saya tak sanggup. Kesian. Suami saya, Pergi tengok pun tak nak. Sebab dia pun sedih jugak. 
Huuu... akhirnya dia pergi tinggalkan kami. Selepas dua tahun lebih dia tinggal dengan kami, takda sudah dia. Tinggal la dua adik dia dari generasi kedua. Tiada lagi mata yang amat biru itu. Huhu....
Ni lah gambar si Putih dan adik2nya. Putih yang tengok kamera tu

Hari Pertama Kembali Bekerja...

Hari ni 1 Februari 2012 saya telah kembali bekerja, selepas 3 bulan lebih bercuti bersalin+cuti rehat. Semalam cakap dengan anak sulung esok kena pergi nursery, dia sekejap mahu sekejap tak mahu. Sekejap suka sekejap sedih. Pagi tadi bila bangun, dia nak mandi. Kebiasaannya dia mandi di nursery. Bersemangat pulak dia nak pergi nursery. Anak kecil saya pun excited naik kereta pagi2 ni. 
Sampai di nursery, bila teacher dia ambil, si adik biasa saja. Tak nangis. Tapi abangnya, mula2 cool, bila salam saya terus nangis. Kesian dia...
Saya hari ni terus pulak ada kursus. Wah... hebatkan. Jadi satu hari terisi dengan ceramah dan praktikal. Saya juga ada curi2 masa untuk perah susu. Tengah hari, lepas makan, pergi melawat anak kat nursery. Mujur nursery sangat dekat dengan ofis. Jalan kaki pun dalam 5 minit ja. Sampai sana. abangnya dah masuk bilik untuk tidur petang, jadi dia tak nampak saya. Adik, baru tidur. Bila saya sampai dia terjaga. Saya susukan lah dia. Sembang2 dengan penjaga dia, katanya, adik belum biasa lagi. Tadi ada dia nangis kuat. Dia juga ada cari2 susu badan. Oh ya, lupa saya tulis sebelum ni. Adik dah ada puting yang sesuai dengan dia, selepas beberapa jenis dicuba. Dan lagi, dia tak nyenyak tidur. Bila dia dengar baby lain nangis, dia pun ikut nangis. Takpa la adik, pandai2 la bawak diri ye...
Awatif terus dapat hisap dengan cemerlang bila dapat puting yang sesuai dengan dia. First time try terus abis dua auns