Thursday, 25 August 2011
samsungku sudah rosak..
uwaa... handphone saya rosak la pulak.. bukan la besar sangat rosaknya. masih boleh buat call, sms. yang rosaknya function yg selalu saya pakai jugak, dan kena-mengena dgn blog ni. kamera!! apa sudah jd.. tekan saja button kamera, keluar message 'camera failed'. adoi2.. saya fikir2 apa kemungkinan menyebabkan dia rosak. teringat jugak macam ada handphone ni jatuh 2, 3 ari lepas. tapi tak perasan apa2 la pastu. kemarin saya nak ambil gambar biskut raya yang saya buat, baru tau.. alala.. mcm mana ni.. ni saya duk fikir ada warranty lg ke tak. rasa macam ada tp tak tau la cover ke tak kerosakan handphone saya ni.. tak kan nak beli handphone baru.. sikit saja pun rosaknya.. ish3.. macam2 la bila dh dpt bonus ni.. ada saja yang nak minta..
Friday, 19 August 2011
Diari Ramadhan 2011-6
Hari ketiga belas, bersamaan hari Sabtu in bracket hari cuti. Bestnya dapat berehat di rumah. Buat2 la apa yang patut apabila bercuti. Bila dah tengah hari, saya dan hubby mula berbincang masak apa. Hubby cakap dia nak masak ayam bakar black pepper. Cantik la tu. Dia pun start masak kuah untuk perap ayam berkenaan. Setelah diperap, tunggu la sampai petang. Bila dah petang, hubby masak nasi goreng dan sambal bilis. Pastu dia pun bakar ayam yang dah diperap tengah hari tadi. Hampir waktu berbuka, makanan sudah tersedia. Saya hanya buat air ja. Hehe... bestnya bila hubby masak.
Hari keempat belas, kami pergi shoping. Barang2 biasa dan bahan membuat biskut dan kek. Aiseh.. databg pula semangat saya membuat biskut tahun ni. Harap2 jadi la. Balik dari shoping, saya terus masak. Disebabkan dah penat shoping, saya masak yang senang ja. Masak steamboat seafood tomyam. Pastu hubby tambah satu lagi menu, daging goreng kunyit. Siap.
Hari kelima belas, dah start kerja balik. Huwargh... malasnya. Di ofis, masa berbincang dengan hubby nak masak apa, saya cadang koew teow goreng. Tapi hubby request koewteow kuah. Sebenarnya menu ni belum pernah dibuat. Yang biasa dibuat, mi kuah. Boleh la, try saja. Balik ofis, terus la saya dan hubby memasak makanan yang senang dan pantas ini. Koew teow kuah. Resepi bonda saya.
Hari keenam belas, saya kurang sihat. Start semalam lagi macam tak sedap tekak dan badan. Jadi petang tu saya bagitau hubby tak mau masak. Jadinya, keluar ofis kami bincang2, pegi beli saja. Saya pun ada rasa teringin nak makan nasi kerabu. Maka pergi la kami ke D' Lengkuas membeli nasi kerabu Kelantan. Saya amik lauk ikan goreng dan telur masin. Hubby pun hari ni beli nas kerabu. Dia amik lauk ayam bakar dan paru. Sedap nasi kerabu di sini. Macam di Kelantan dulu. Cuma tak da solok lada saja.
Hari ketujuh belas, masih lagi belum sihat. Saya cakap kat hubby nak minum jus oren, sebab rasa macam nak selsema saja ni. Hubby cadang berbuka di Prapeni Thai. Ok gak tu. Lama dah tak pergi makan tomyam yang sedap kat situ. Saya pilih nasi goreng seafood. Hubby pula nasi goreng Singapore (daging merah) dan kami sama2 pilih tomyam campur, telur dadar.Anak saya pulun sangat dia makan nasi goreng dengan telur.
Hari kelapan belas, teruskan operasi makan di luar. Kami pegi makan di satu port yang selalu jugak kami makan waktu lunch hari kerja. Grace Point. Sini dia ala2 food court la. Macam2 makanan ada. Makanan etnik Sabah pun ada. Lagipun kat sini ada play ground. Bole la anak saya main sementara tunggu waktu berbuka. Saya pilih nasi goreng pataya. Hubby punya special dan one of favourite dia kat sini. Nasi goreng ayan berempah. Di samping itu, side order nya satay. Sebab sini satay dia kuah kacang. Tak banyak satay kuah kacang kat Sabah ni.
Hari kesembilan belas, saya plan masak saja. Menu simple lagi. Koew teow goreng. Sekejap saja dah masak.

Sambal bilis |
Nasi goreng dengan ayam bakar black pepper, made by hubby |
Steamboat seafood tomyam. Makan semasa panas. |
Daging goreng kunyit |
Koew teow kuah yang kuah dia dah diserap |
Tomyam putih di Prapeni Thai yang memang sedap |
Nasi goreng Singapore |
Nasi goreng seafood yang dah dimakan oleh anak saya sebelum sempat gambar disnap |
Satay ayam dan daging di Grace Point |
Nasi goreng Pataya Thai corner. Sedap jugak. |
Nasi goreng ayam berempah House of Rice kegemaran hubby |
Koew teow goreng rumah sendiri |
Wednesday, 17 August 2011
Dugaan berpuasa..
Saya baru balik dari check up for pregnancy. Dan saya baru dapat berita, yang saya rasa sedih jugak. Huuu... doktor tak benarkan saya berpuasa. Sebabnya, berat saya dah turun setengah kilo (sepatutnya naik sekilo), Hb jugak turun dan perut pun mengecil, bersamaan baby tu tak membesar ikut sepatutnya. Jadi kata doktor, "Tak wajib sudah kau ni puasa". Uwaaa... berkaca2 mata saya bila doktor cakap begitu. Saya dah bersemangat berangan2 tahun ni dapat la saya puasa penuh. Kata doktor lg, mungkin saya rasa kuat tapi ingat baby dalam perut tu. Baby tu kalau kurang makan dia boleh menggigil jugak. Bahaya untuk dia nanti. Saya tanya doktor, "Jadi sampai habis lah saya tak boleh puasa ni?". Doktor cakap, "Yaa.. maaflah. Terpaksa la kau ganti saja nanti. Tak boleh kau puasa ni." Huhu... sempat lagi doktor tu buat lawak. "Ganti kau mesti buat ar. Tu saya tak nak subahat".
Hmmm.. baik lah doktor. Hari ni hari terakhir la saya puasa. Malam ni boleh la saya bertakbir raya. Oh Tuhan, andai ini dugaanMu bagiku, aku redha, demi anak dalam kandunganku ini. Saya harap masih ada lagi kesempatan saya untuk berpuasa di tahun2 hadapan. Amin...

Saturday, 13 August 2011
Diari Ramadhan 2011-5
Hari kelapan puasa, saya dan suami ambil emergency leave. Sebabnya fawwaz batuk+selsema+demam sikit. Tapi sepanjang malam merengek saja, tak boleh tidur. Lepas subuh kami tidur, bangun pagi rasa badan fawwaz masih panas. Kami dua pun dah tak larat sangat sebab tak cukup tidur. Jadi telefon bos, minta cuti. Tengah hari tu, saya masak kanji (orang Kedah panggil) atau bubur lambuk untuk si kecik yang masih sakit tu. Tapi dia makan tak banyak pun. Jadi rezeki mak abah dia jugak la. Untuk berbuka saya masak rendang udang (resepi bonda saya, tapi dia selalu buat daging atau ayam). Tapi rendang saya tak da daun kunyit sebab saya tak suka daun kunyit. Dulu mak saya pun tak letak daun tu sebab saya tak berapa makan. Selain tu saya goreng ikan selayang/sardin lengat dan sayur baby sawi.
Hari kesembilan, dah keja balik. Jadi keja pun sangat banyak lepas tiga hari cuti. Jadi saya cakap dekat suami ari ni berbuka di luar. Suami pilih berbuka di Restoran Puteri Hang Li Po. Saya ok saja. Di sana kami pilih menu yang selalu dipilih. Tomyam, daging goreng mongolian style, tauhu jepun sizling dengan ikan masin. Selain tu ikan kami pilih siakap masa sweet sour. Ramai rupanya orang berbuka kat sini. Sampai kami kena duduk kat luar sebab tak book dulu.
Hari kesepuluh datang balik mood masak. Tapi simple ja. Saya dan suami masak sekejap ja. Sup siam ayam+bola daging+udang, ayam goreng kunyit, sambal kerang, dan pekasam yang diimport dari Kedah. Selain tu saya goreng samosa tuna segera.
Hari kesebelas, makan luar balik. Pagi tu saya baca paper ada iklan KFC Ole Pocketful. Jadi saya dah teringin. Petangnya berbuka la di KFC yang baru dibuka dekat rumah saya. Saya makan Ole Pocketful, hubby makan dinner plate. Dia share dengan anak saya. Fawwaz pun bila saya cakap kat dia nak makan KFC, bukan main suka dia. Senyum sepanjang jalan.
Hari kedua belas bersamaan hari Jumaat, dah ada plan berbuka dengan ofismate. Ada la dalam 10 orang termasuk kanak-kanak. Kami pilih berbuka di Restoran Choice di 1 Borneo. Ni 1st time makan kat sini. Restoran ni restoran mamak la. Semua pilih nasi beriani. Cuma beza lauk2 nya. Saya pilih ikan, hubby pulak ayam. Ada yang pilih daging, kambing dan udang. Selain tu ada member ambik extra dish puyuh goreng, rendang daging, peria goreng tepung. Bila dah berbuka dan makan tu, ada rasa upset sikit lah. Servis dia sedikit lembap. Rasa makanan pun kureng. Maybe saya tak pegi dah situ. Saya pernah makan di satu lagi cawangan dia di depan Wisma Merdeka. Yang tu puas hati makan.

Rendang udang |
Monday, 8 August 2011
Bonus oh bonus!
Wah... ini lah berita yang paling ditunggu2 saat ini. Dalam tv, radio, surat khabar, facebook, semua cakap pasal ni. Yahoo... dapat jugak bonus. Dah lama tak dengar perkataan 'bonus' untuk kakitangan awam. Duk dengar honororium (betul ke eja ni?) saja dua tiga tahun dah. Seingat saya, sejak saya menjadi kakitangan awam, sempat rasa bonus dua tiga kali ja kot, pastu tak da lagi. Alhamdulillah, tahun ni ada jugak rezeki dapat bonus.
Walau pun sedikit kecewa sebab bukan sebulan gaji, tapi saya tetap bersyukur dan berterima kasih kepada YB PM sebab bagi jugak bonus. Sebagai kakitangan awam yang setiap bulan gaji memang cukup2 tu, asal ada pertambahan walaupun setengah gaji, sudah cukup menggembirakan dan mengujakan. Memang dah ada dah ke mana nak disalurkan duit bonus ni. Bagi saya dan keluarga, persiapan raya mungkin tak seberapa sebab kami tak balik kampung beraya. Cuti pun ikut cuti umum saja. Tapi untuk perkara2 lain, banyak yang menuntut perbelanjaan. Banyak betul perbelanjaan yang di luar kebiasaan tu. Baru2 ni kami bayar duit maintenance rumah sewa di Petaling Jaya. Pastu beli barang untuk baby yang bakal menjengah dunia insyaAllah ujung bulan 10 atau awal bulan 11. Tu pun tak abis lagi barang untuk dia. Ada lagi nak dibeli. Hujung tahun jugak road tax kereta mati. Nanti selepas baby lahir, insyaAllah nak buat kenduri cukur rambut untuk dia jugak. Lagi.. lagi.. lagi..
Heh.. kalau nak disenaraikan semua, alamat panjang lagi la tulis ni. Memang tak cukup pun bonus tu. Kami suami isteri bukan la dari golongan yang bergaji besar. Tapi daripada tak ada, bagus dah ni. Kalau tak mesti kena korek duit simpanan yang tak berapa tersimpan pun. Lagi banyak keluar dari masuk.
Apa2 pun, terima kasih la PM. Emm.. ada saya terfikir. Ni namanya "Bonus Raya", barangkali ada "Bonus Hujung Tahun" kot Dato'? Hehe...
Sunday, 7 August 2011
Diari Ramadhan 2011-4
Hmm... sedar tak sedar ari ni dah masuk ari ketujuh puasa. Alhamdulillah, saya masih dikurniakan Allah kekuatan untuk berpuasa. Saya teringat kata2 doktor masa saya check up baru2 ni. Dia tanya, "kau puasa?". Saya cakap setakat ni saya puasa la. Dia cakap dekat saya, "boleh bah tu. atas niat kau jugak tu. kalau kau mau puasa, mesti boleh. kalau kau rasa tidak larat, baru kau buka". Betul kata doktor. Lagipun kandungan saya dalam 6 bulan, dekat2 7. Masih ok jugak lagi. Kalau dah sarat sangat tu, lain la. Cuma kelmarin saya sakit kepala. Dari Jumaat malam lagi saya sakit. Jadi waktu sahur ari Sabtu tu, saya pun makan panadol. Sahur tu pun cuma makan roti cicah sup krim ayam saja. Malangnya lepas makan panadol, saya muntah. Mungkin panadol pun tak sempat menyerap dalam badan. Tu la agaknya sakit tak hilang2 sampai satu hari.
Dah lama jugak saya tak masak. Ari keempat puasa, saya berbuka di Old Town White Coffee. Tak ramai pulak orang berbuka kat situ. Saya makan nasi dengan spicy fish fillet. First time try. Tak kena la dengan selera saya. Ikan tu sedap tapi kuah dia tu masam2. Kata hubby saya nak macam kuah asam laksa. Air saya minum soya cincau gula melaka. First time jugak saya try. Memang tak mengecewakan. Hubby pulak makan nasi lemak supreme dgn air lemon madu. Fawwaz nak minum rose float pulak. Mungkin dia tengok gambar dalam menu tu menarik.
Ari Jumaat, member ofis ajak berbuka. Bincang2 nak pegi buka di mana, akhirnya decide la di Sala Thai Restoran di Harbour City, KK. Yang mengikuti aktiviti berbuka ni ada 8 orang termasuk kami sekeluarga. Sepatutnya ramai lagi tapi last2 minit ada yang cancel. Kat Sala Thai ni ada nasi lauk dan ala carte. Tengok2 lauk, maka semua pun sepakat nak makan nasi lauk. Air kebanyakannya pilih jus buah. Sementara menunggu waktu berbuka, sembang2 la dulu. Bila dah dekat nak berbuka, baru la masing2 pegi ambik nasi dan lauk.
Ni nasi saya. Kuah gulai kawah daging. Kacang kelisa (botol) goreng, ulam raja, cencaluk. |
Ni ikan kembung rebus ke kukus ntah. Dengan air asam. Isi ikan ni sangat manis. |
Ni ayam percik seorg rakan tu. Besar saiz ayam ni. Semua orang dapat rasa. |
Gulai kawah daging dgn umbut ntah kelapa ke pisang. |
Ni cucur. Tak da jumpa udang atau bilis, sayur yang banyak. Tapi sedap. Banyak biji juga saya makan. Seorang lagi rakan belanja untuk semua. |
Hubby saya makan ikan keli goreng dengan paru goreng. Saya tak sempat ambil gambar makanan dia sebab anak saya dah minta makan.
Gambar sebahagian ofismate yg join berbuka dan makanan masing2. Fawwaz pun tak ketinggalan. |
Ni nasi hubby. Dia minum jus honeydew. Saya pulak carrot susu. |
Fawwaz seronok dengan makcik2 dan pakcik2 |
Saya menunggu time berbuka |
Semalam kami sekeluarga dan seorang rakan pergi beli makanan di Bazar Ramadhan Lok Kawi. Lok Kawi ni kawasan kem tentera. Jadi kat situ banyak makanan semenanjung. Tempat ni agak jauh dari KK tapi demi mendapatkan citarasa semenanjung, kami pegi jugak. Kami beli nasi kerabu Kelantan, nasi tomato, murtabak, lamb chop, laksa penang. Air pulak tebu dan kelapa susu. Selalu tiap tahun puasa di sini macam tu la. Ari cuti baru pegi bazar ramadhan, sebab ari kerja malas nak bersesak kat bazar tu.
Ari ni kat umah, saya masak pulak. Selepas berfikir2, saya decide buat masak lemak cili api daging+kentang dan kerabu mangga. Kerabu mangga tu sekejap ja. Masak lemak tu yang susah sikit, nak kena kacau selalu.
Kerabu mangga |
Masak lemak cili api daging+kentang |
Thursday, 4 August 2011
Diari Ramadhan 2011-3
Setelah kecewa dengan berbuka puasa pada hari pertama, maka pada hari kedua saya dan suami pun decide berbuka di luar. Lagipun ada barang sikit nak dibeli. Lepas abis keja, pergi la kami shoping di Giant Central Plaza. Pilih2, bayar, then dekat pukul 6.00 bertolak la kami ke kedai makan. Malam ni kami pilih berbuka di D'Lengkuas kat Sembulan. Dulu nama kedai ni Tiara. Sekarang dah tukar. Dengarnya pentadbirannya dah bertukar. Entah betul tak saya pun tak tau.
On the way ke kedai tu, kami kena lalu Bazar Ramadhan Sembulan. Mak aii.. punya la ramai orang. Parking kiri kanan jalan penuh. Siap ada park kat divider lagi. Bila sampai di D'Lengkuas, kami pun order makan. Kami order tomyam campur, telur bungkus, ayam sweet sour dan sayur cendawan. Sebelum masuk time berbuka, fawwaz dah makan dulu. Memang favourite dia telur bungkus tu.
Kat sini jugak ada nasi campur. Banyak lagi lauk dia. Macam makan tengah hari. Nasi kerabu pun ada. D'Lengkuas ni makanan dia ada style Semenanjung sikit la, dan banyaknya Kelantan. Kat sini la nak makan nasi kerabu, nasi dagang yang best. Kalau peminat budu, kat sini la tempat nak makan budu. Kedai makan lain susah la nak jumpa. Kalau saya datang sini, antara yang saya suka makan nasi kerabu, nasi dagang, sup (daging/ayam/campur. tulang pun ada tapi saya tak berapa pandai makan tulang), telur bungkus dan lain-lain lagi. Lauk-lauk nasi campur pun ok. Nak makan kari ke, asam pedas, masak lemak, sambal semuanya ada. Kalau makan tengah hari, memang rambang mata nak pilih lauk.
Kat sini kalau minum saya suka teh c special. Teh c special ni teh susu+gula melaka. Paling famous katanya kat Kuching. Kat semenanjung saya dengar baru2 ni dah ada. Masa saya masih kat sana tiga tahun lalu, tak da rasanya.
Ni la teh c special. Lapisan gula merah, susu dan teh. |
Gambar-gambar makanan lain saya tak sempat ambil. Lupa sebab sekejap lepas makanan sampai, masuk waktu berbuka. Lagipun sibuk melayan fawwaz yang nak itu ini.
Hari ketiga terasa nak masak pulak. Saya berkira-kira nak masak ayam masak beriani, tapi style simple dan pantas punya. On the way balik rumah, saya bgtau hubby nak masuk tu. Pastu dia request masak gulai (kari telur) jugak sebab masak beriani tu tak banyak kuah. Saya dengan hubby kalau makan nasi takda kuah, kurang berselera sikit. Saya tambah lagi satu menu, sayur kubis supaya menjadi makanan seimbang (konon la..). Sampai di rumah, saya dan hubby pun menggembleng tenaga memasak. Mujur fawwaz tak banyak hal. Dah besar jugak dia. Paling-paling pun minta makanan dalam peti sejuk. Setelah bertungkus-lumus sejam lebih, siap la masakan kami, ngam2 maasuk waktu berbuka. Untuk minuman, disediakan air ais krim soda susu by my hubby. Sedap tu...
Ni la kari telur rebus. Tak nampak dah telur dalam tu, sebab ada banyak kuah. |
Ayam masak beriani. Sorry, i'm not good in garnishing. Takda hias-hias dah. |
Monday, 1 August 2011
Diari Ramadhan 2011-2
Hmm.. awal pulak saya nak menulis ni.. saya ingat nak tulis pasal pengalaman saya berbuka semalam..
Semalam keluar dari ofis jam 5.00. Sampai rumah lebih kurang 5.20 mcm tu, selepas meredah sedikit jem. Masuk saja dalam rumah, saya terus buka langkah pendekar. Buka fridge, keluarkan barang basah untuk dimasak. Entah kenapa, saya rasa teringin sangat nak makan kensom. Kensom ni makanan Thai. Ada kata ni asam pedas Thailand. First time saya nak cuba masak ni, selepas saya mencari resepi dari dalam internet. Yang saya penah makan kat Kedah, kensom ikan siakap dan kensom ikan puyu. Tapi ternyata kedua-dua ikan tu tak available kat rumah sekarang ni. Maka saya pun fikir masak kensom ikan pari. Tu pun selepas berdiskusi secara santai dengan hubby semalam.
Saya pun terus la menyinsing lengan, memotong2 dan memblend apa yang perlu. Pastu saya pun terus letak periuk atas dapur. Kensom ni tak perlu tumis. Rebus ja (Boleh jadi makanan sihat la ni, tak pakai minyak). Bila dah mendidih bahan rebus dia tu (cili apa, bawang, serai) terbit la aroma yang agak menaikkan semangat. Pastu suami saya yang tengah menolong pun masukkan ikan. Bila dah mendidih lagi, bau yang kedua ni macam kurang sikit. Emm... sebab apa ye.. Mungkin ikan pari ni tak sesuai kot masak kensom. Takpa la. Terus saja masak.
Selepas abis memasak dua jenis lauk, nasi dan buat air, ngam2 masuk la waktu berbuka. Selepas baca doa, saya sekeluarga makan kurma dan minum air. Fawwaz pun makan jugak kurma tapi dia gigit sikit, terus buang. Tak pandai pulak dia makan kurma. Pastu kami terus makan nasi. Bila mula2 rasa kensom tu, emm.. ada yang kurang. Asam garam kot. Pastu makan ikan pari tu. Saya terasa macam pelik pulak rasa ikan pari ni, tapi tak tau tak kena tang mana. Terus saja makan, tapi saya memang macam dah terpotong selera. Makan pun slow saja. Mujur ada jugak udang goreng tepung, boleh la cover. Suami saya pun cakap, macam tawar kot, pastu tak pedas. Tapi dia makan jugak. Masuk ketul ikan yang kedua dia makan, dia buang ikan tu. "Ikan ni berbau la". Saya pun terstop makan. "Ikan ni kencing ni. Bau hancing". Oo... patut la. Pernah jugak saya terdengar sebelum ni. Ikan pari ni kadang-kadang kalau dapat yang dia kencing, memang bau tu busuk. Katanya ni salah satu self protection dia la. Sebelum ni saya tak pernah terkena. Suami saja saya pernah tau macam mana, sebab dia memang penggemar ikan pari. Hmm... patut la pelik saja rasa ikan pari ni. Ingat kan sebab kensom saya tu. Rasa nak termuntah pun ada. (tengah saya tulis ni pun kembang lagi tekak).
Saya dengan suami terus berenti makan nasi. Meratah udang saja la. Hmm.. tak da rezeki kami di hari pertama Ramadhan tahun ni. Tak pe la, ada jugak udang tu. Fikir balik, ada orang yang lagi susah, entah2 makan nasi dengan ikan kering ja. Dalam jam 10.00, kami berdua dah lapar balik. Suami saya yang rajin tu pun goreng la nasi. Emm.. lagi sedap dari saya yang masak sampai pecah peluh. Kenyang jugak. Dapat la saya masuk tidur lepas tu. Kalau tak memang saya duk terpikir lapar ja.
Ini udang goremg tepung. Rupanya tak menarik macam kedai (sebab saya tak pakai soda kot) tapi rasa boleh diterima la. Macam cucur udang pun ada. |
Diari Ramadhan 2011-1
Hmm.. diam tak diam, ari ni dah masuk 1 Ramadhan. Dah lama saya tak tulis dalam blog ni. Macam takda idea mengarang. Topik2 ada jugak dalam kepala, tapi bila dah taip sikit, dah tak tau lagi nak sambung macam mana. Jadi delete saja la. Tunggu saja idea baru datang.
Kali ni buat kali kedua saya akan berpuasa dalam keadaan 'bawak perut'. Mudah-mudahan dipermudahkan olehNya. Kalau yang pertama dulu, alhamdulillah saya dapat berpuasa. Sehari saja saya tinggal. Tu pun dipaksa oleh nurse sebab nak saya buat test gula. Harap-harap kali ni dapat la puasa penuh. Yang penting mesti sahur, insyaAllah, tahan la satu hari. Baby dalam perut ni ari ni banyak betul bergerak. Mungkin dia lapar. "Sabar ye baby, ari ni kita puasa. Kan pagi2 buta mak dah makan. Jadi sekarang kena tahan la. Tak lama dah. Lagi dua jam lebih masuk la waktu berbuka".
Bila dah puasa ni, mula la keinginan untuk makan melonjak2. Dah duk pikir ni buka puasa nak makan apa. Masak kah? Makan kat kedai kah? Keinginan nak masak pun menjadi2. Semalam saya cakap dekat husband nak masak itu ini, dia senyum saja. "Ye la tu", dia cakap. Hehe.. takpe la. Plannya ada. Jadi tak jadi belakang kira. Kalau larat dan rajin, baru masak (Mesti ada kedua2 faktor ini. Kalau larat tapi malas, tak jadi, kalau rajin tapi tak larat, pun tak jadi). Hehe.. Kalau untuk sahur selalunya takda banyak karenah. Saya dan suami makan simple2 je. Ikan pekasam, ikan masin pun boleh. Kadang2 roti pun ok dah.
Pasal makan dah pikir. Sekarang pasal beribadah pulak. Asyik makan je pikir nombor satu. Mudah-mudahan saya akan rajin menunaikan ibadah2 dalam bulan puasa ni. Masa ni la nak tambah pahala sebab pahala berlipat ganda. Bukan senang tu. Setahun sekali ja datang. Tahun depan belum tentu bersua lagi. Mudah-mudahan dipanjangkan umur.
Dalam bulan yang mulia ini juga, saya berdoa semoga saya mudah melahirkan baby ni. Saya juga berdoa saya bersalin secara normal. Tak nak la caesar. Takut saya. Banyak pengalaman kawan2 yang dah merasa kedua-duanya, cakap bersalin normal jauh lebih senang nak dijaga. Memang sakit masa nak bersalin, tapi alhamdulillah lepas tu hilang sakit.
Ok lah. Officemate pun dah bersiap nak balik. Diorang banyak minta balik 4.30. Saya dan suami malas pulak. Rasa tak rajin nak masak setiap hari. Lagipun malas nak datang ofis awal2. Hehe.. Saya balik jam 5 jugak. Balik ni, pantas ke dapur, masak apa yang patut. Selamat Berbuka!
Subscribe to:
Posts (Atom)