Mungkin sudah terlambat untuk saya tulis mengenai Hari Ibu di sini. Tak apa la jugak kan. Selain diucapkan kepada kawan2 atau sedara yg bergelar ibu, saya tak lupa juga kepada ibu mertua saya, tempat saya menumpang kasih selepas ibu sendiri sudah tiada. Alhamdulillah, saya mendapat ibu mertua yang baik. Bila saya dan keluarga balik kampung, beliau akan masak makanan kegemaran suami saya dan tak lupa juga makanan kegemaran saya. Bertuahnya saya..
Selain diucapkan pada orang lain, saya juga menerima ucapan sedemikian. Alhamdulillah, saya juga telah bergelar ibu. Dahulu, apabila saya ucapkan selamat hari ibu kepada ibu saya, ianya diiringi rasa sayang dan terima kasih yang tidak terhingga. Tapi kini andainya ibu saya masih ada, pastinya ucapan ini diiringi rasa sayang, terima kasih, terharu, empati dan perasaan lain yang sukar saya gambarkan. Saya sudah tahu macam mana susahnya menjadi seorang ibu. Sedangkan saya baru bergelar ibu kira-kira dua tahun setengah. Bagaimana rasanya ibu saya membesarkan saya sehingga dewasa.
Sewaktu mengandung, pelbagai rasa dan pengalaman saya rasakan. Sakit pening, letih, muntah, sukar tidur malam dan macam-macam lagi. Semua tu dilalui selama sembilan bulan lebih. Saat melahirkan, bagi saya satu saat yang amat sakit dan genting, sehingga dulu saya rasa serik nak bersalin lagi. Patut lah Datuk Fadilah Kamsah pernah cakap, kalau seorang anak lihat video seorang ibu melahirkan, pastinya dia takkan menjadi anak derhaka. Tapi alhamdulillah, lama kelamaan perasaan serik tu hilang. Kemudian menjaga anak dalam pantang juga amat memenatkan. Ditambah pula saya dan suami jauh dari keluarga, maka kami perlu berdikari. Selain bertanya kepada keluarga melalui telefon, mujur ada juga rakan-rakan di sini yang membantu serba sedikit. Segalanya saya dan suami harungi bersama. Pantang larang untuk saya dan bayi, cara-cara mandi bayi, jaga bayi dan seterusnya berjaga malam kerana anak susah tidur. Kesian suami saya, siangnya beliau perlu pergi kerja lagi.
Dan kini, bila anak makin besar, lain pulak cabarannya. Macam-macam pulak perangai anak saya ni. Banyak betul akal dia. Kalau yang bagus, bijak memang saya dan suami gembira sangat. Tapi kadang-kadang perangai dia boleh mendatangkan marah. Sukarnya saya rasa memahami sikap anak ni hingga kadang-kadang hilang sabar saya. Dan bila saya hilang sabar, selepas tu saya akan rasa menyesal dan sedih sebab dah marah anak saya. Dan ketika ini juga saya fikir, macam mana mak saya jaga saya dan adik-beradik saya yang lain. Susahnya saya rasakan. Saya yang baru seorang anak ni pun dah penat sangat kadang-kadang melayan karenah dia.
Apa-apa pun, ini lah cabaran sebenarnya menjadi seorang ibu. Terlalu panjang lagi masa untuk saya membesarkan anak ini. Jika diberi kesempatan oleh Tuhan, saya doakan saya menjadi ibu yang sabar untuk berdepan dengan karenah anak-anak yang macam-macam, dan dapat melihat hingga anak saya dewasa.Buat ibu saya, semoga ibu sentiasa tenang di alam sana. Saya tidak pernah melupakan ibu. Anak ibu kini telah mula merasa apa yang ibu pernah rasa, dan semoga saya menjadi setabah ibu. Amin...
Selamat Hari Ibu..
No comments:
Post a Comment