Hari ini kandungan saya sudah 37 minggu lebih. Tarikh jangka bersalin saya 31/10. Emm.. lambat jugak lg tu. Ada dua minggu lebih lagi. Tapi entah kenapa kali ni lain pulak dari first pregnancy. Dulu macam sedar tak sedar dah sampai tarikh jangka, dan keadaan saya pun masih sihat walafiat. Tapi kali ni, saya menghitung hari2 bila la saya nak bersalin ni. Sebabnya kali ni belum sampai due tapi saya macam tak larat dah. Saya rasa perut ni berat, sakit sendi2 paha, jari2 dan tangan selalu kebas, dan perut pun kerap mengeras. Dan pagi tadi buat pertama kalinya kaki saya kejang. Sakit yang amat.
Isnin lalu saya jumpa doktor dan scan. Kata doktor, "Macam tua sudah tembuni kau ni". Kalau dilihat dari uri tu, macam tak lambat dah. Tapi kalau tak da tanda bersalin, tak boleh jugak. Jadi doktor suruh saya pantau betul2 gerakan baby. Takut sepatutnya dah bersalin tapi belum ada tanda, baby lemas. Risau jugak saya dengar. Kata doktor lagi, "Kau jaga betul2 ar.. Sembilan bulan sudah kau bawa ni,. Sayang kalau jadi apa2.."
Hari ni juga saya dapat berita, ada dua orang yang due selepas saya, sudah bersalin semalam. Wah.. saya bila lagi ni. Anak saya pun hari2 tanya, "Mak, adik belum keluar?" Saya terfikir jugak, agaknya macam mana dia fikir adik keluar tu kan. Kalau dia tanya saya nanti, macam mana saya nak jawab. Emm...
Saya doakan semoga Allah permudahkan saya bersalin dan saya bersalin secara normal. Dan juga semoga Allah panjangkan umur saya dan anak saya. Kadang2 saya tak dapat lari jugak dari terfikir sesuatu yang buruk berlaku terhadap saya dan saya tinggalkan anak2 saya yang masih kecil. Semoga Allah memberi saya peluang membesarkan anak2 saya bersama suami saya yang tercinta. Amin..
Ya Allah..Ya Tuhan ku..kau permudahkanlah segala urusan yang telah engkau berikan kepada kak Atiqah,..berikanlah dia kesakitan yang boleh di tanggung dan kesihatan yang berpanjangan buat dia dan sekeluarga..Amin
ReplyDeletenda sabar nak tengok baby ke-2 akak nanti..yeeheeii !
Terima kasih rayzerni.. Akak doakan pasni giliran 'makcik tawau' pulak..
ReplyDeleteLama x update
ReplyDelete