Alhamdulillah.. selepas beberapa hari yang getir, akhirnya puteri saya semakin sembuh dari sakit kuning tu. Tapi agak lama la dari kebanyakan bayi. Kata doktor, keadaan bayi saya dinamakan "Prolonged Jaundice". Di sini saya nak kongsi pengalaman saya menghadapi keadaan ini.
Selepas last saya tulis ari tu, esoknya 6/11 bersamaan hari raya aidiladha saya bawa bayi saya cek darah macam biasa. Saya mengharapkan turun la kuning dia hari tu. Tapi mengejutkan saya, kuning dia naik lagi, iaitu 250, sedangkan hari sebelumnya 236. Saya tak dapat lagi menahan air mata. Kat hospital tu jugak saya menangis. Esoknya, saya bawa lagi bayi cek. Tengah tunggu keputusan, nombor saya dipanggil jumpa doktor. Saya dah tau sesuatu yang luar biasa sebab kat hospital ni, kalau result biasa, terus ja balik atau masuk wad, takda jumpa doktor. Bila saya jumpa doktor, doktor tunjuk result, 279. Untuk photo level, 280. Pastu result anak saya pulak jumping. Jadi doktor cakap dia pun dilema nak bagi saya balik atau masuk wad. Dia tanya saya macam mana. Saya cakap, masuk wad lah, sebab saya risau, Anak saya minum susu banyak tapi kuning dia tak turun. Maka tengahhari tu terus anak saya masuk wad dan diberi lampu.
Petangnya, datang la doktor pakar kanak2 melawat. Bila dia tengok anak saya yang dah berumur 16 hari, dia cakap anak saya dah tak perlu lampu lagi dan saya boleh balik. Saya cakap kat doktor, saya risau. Jadi doktor tu terangkan pada saya dengan panjang lebar, dan saya cuba fahami sebagai bukan orang medical. Untuk keadaan yang biasa, kuning ni akan hilang dalam masa 14 hari. Bila dah lebih 14 hari, treatment untuk bayi tu bukan lampu lagi walaupun level dia tinggi. Ada dua sebab yang boleh sebabkan kuning panjang ni. Satu, keadaan yang perlu dirisaukan iaitu kalau direct bilirubin yang tinggi, menunjukkan something wrong dengan fungsi hati, dan ini memerlukan pembedahan. Kedua, indirect bilirubin yang tinggi, menunjukkan hati berfungsi dengan baik, cuma mungkin hatinya belum cukup matang. Jadi doktor ambil darah anak saya untuk test tu, Liver Function Test (LFT). Malam tu jugak saya dibenarkan pulang.
Selepas dua hari, saya pergi hospital untuk dengar result LFT. Doktor cakap, kuning anak saya memang naik dari paginya, iaitu 300. Tp ada berita baik. Anak saya tiada masalah, cuma mungkin hati dia belum matang. Syukur. Tapi doktor nak saya datang lagi minggu depan untuk buat test lain dan tengok kuning tu turun ke tak. Minggu depannya, saya bawa lagi anak saya ke hospital. Masa pergi tu jugak, saya terus disuruh bawa sampel air kencing anak saya. Di hospital, tiga tiub darah anak saya diambil. Sedih saya melihat tangan anak saya dicucuk dan ditekan untuk keluarkan darah. Ujian kali ni pulak untuk Urine FEME, Tiroid, PBF (keadaan darah) dan monitor unconjugated hyperbilirubinemia.
Selepas seminggu, bersamaan 23/11, saya pergi hospital lagi untuk tau result test2 sebelum ni. Bila jumpa doktor, alhamdulillah, doktor cakap berita baik lagi. Semuanya normal, dan level bilirubin juga dah turun dari minggu sebelumnya, iaitu 250. Jadi kata doktor, dia akan transfer saya ke Klinik Kesihatan, so tak perlu saya pegi jauh2 ke hospital. Balik dari hospital, saya terus pergi klinik. Bila jumpa doktor di klinik, dia terus suruh saya cek level kuning. Bila dapat result, barulah hati saya lega sangat. Kuning dia dah turun jadi 147. Bila jumpa doktor, dia cakap tak perlu cek lagi pasni sebab kuning dia dah turun banyak, dan dia tak da masalah. Kata doktor, sesetengah bayi yang breasfeed memang kuning dia lambat turun. Lagipun, saya ni berdarah O.
Sekarang barulah hati saya tenang. Sebelum ni saya asyik fikir keadaan anak saya. Saya juga minum glukos dan susu kambing. Terima kasih kepada kawan2 dan saudara2 yang bersimpati, berkongsi petua dan berdoa. Sekarang puteri saya sedang membesar dengan sihat. Masa timbang untuk sebulan, berat dia sudah naik 1 kilo. Syukur...