Sweet.. sweet... sweet memory..

Saturday, 5 November 2011

Puteriku Masih Berjuang..

Untuk sesiapa yang pernah baca tulisan saya sebelum ni, kalau dilihat tajuk di atas, mesti macam pelik saja. Berjuang? Apa yang dijuangkan? Bayi tu? Ya.. bayi saya yang hari ni genaplah umur dia empat belas hari. Berjuang apa? Sehingga hari ni, anak saya masih berjuang membebaskan dirinya dari jaundis atau orang kita panggil sakit kuning. Dan dia kini boleh dikatakan mengalami prolonged jaundice, sebab untuk jaundis yang biasa bagi kebanyakan bayi, ia akan hilang dalam masa empat belas hari. Tetapi untuk puteri saya, bacaan dia hari ni masih agak tinggi, cuma alhamdulillah ia sedang menurun dan dalam tahap selamat.
Termasuk pagi tadi, anak saya sudah diambil darahnya untuk pemeriksaan sebanyak 11 kali. Banyak kan? Sebagai ibu, hati saya sangat luluh melihat jarum menyuntik anak saya setiap hari. Tapi saya pujuk hati saya dan katakan ini adalah untuk kebaikan dia. 
Saya mula bawa anak saya untuk pemeriksaan pada hari ketiga kelahirannya. Masa tu bacaannya masih dalam tahap tidak membahayakan. Esoknya, bacaan dia telah naik ke tahap membahayakan dan perlu diletak bawah lampu atau phototherapy, maka dia terus kena masuk wad. Secara automatiknya saya sendiri pun masuk, sebab prosedur hospital di sini, ibu mesti bersama bayi yang dalam wad untuk menjaga bayi dan menyusu badan. Alhamdulillah, anak saya bertindak balas pantas di bawah lampu tersebut. Hari pertama bacaan dia turun 6, dan hari kedua turun 90. Saya menitiskan air mata bila doktor maklumkan bacaan anak saya turun sampai begitu sekali. Hari itu kami dibenarkan pulang.
Esoknya, bacaan dia turun lagi. Saya rasa makin tenang. Doktor pun bagi dia rehat dari pemeriksaan satu hari. Hari kedua saya pergi cek, dan mengejutkan saya, bacaannya naik. Saya sangat risau masa tu. Suami saya juga demikian. Doktor juga mengatakan 'not good', dan menyuruh saya minum air empat liter sehari. Dan mulai esoknya, bacaannya naik, turun, naik, turun dan turun (hari ni). Walau bagaimanapun, bacaannya masih lagi perlu pemeriksaan setiap hari. 
Menurut kata doktor, sesetengah bayi tindak balas badan dia berbeza berbanding bayi lain. Kata doktor, kalau bacaan sampai Isnin ni turun, maka saya hanya perlu teruskan menyusu badan dan perlu menjalani pemeriksaan seperti biasa. Tetapi kalau ada naik balik, dia perlu diperiksa untuk penyakit lain. 
Di sini ada saya catat bacaan anak saya setiap hari. 25/10-242. 26/10-301. 27/10-295. 28/10-205.  29/10-180. 31/10-206. 1/11-224. 2/11-222. 3/11-248. 4/11-239. 5/11-236.
Saya berdoa semoga Allah sembuhkan anak saya, menghilangkan segala penyakit dari anak saya ini dan berikan dia kesihatan. Sedih saya melihat anak saya yang masih perlu dibangunkan setiap dua jam untuk menyusu, padahal dia nyenyak sangat tidur. Kepada saudara2 dan kawan2 yang baca tulisan saya ini dalam masa terdekat ni, tolong juga doakan supaya puteri saya, Nurul Awatif Binti Farulnizam sembuh dari sakit kuning ini. Amiiinn....

3 comments:

  1. Mak Teh doakan semoga atif cepat sembuh...amin...

    ReplyDelete
  2. Semoga baby akak cepat sembuh. Sabar banyak2 ya kak Allah sedang menguji akak kali ni insyaallah rahmat yg lebih baik akan muncul nanti kuatkan semangat

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum...saya ingn berkongsi pengalaman anak saya yang ada jaundis.Sebelum itu saya ingin meminta maaf jika nasihat saya menyinggung hati hati akak sebagai seorang ibu menyusu...jika anak akak masih megalami jaundis sehingga hari ini, saya syorkan akak memberi susu formula(sometime susu ibu tidak mencukupi) sehingga bilirubin level dlm badan ank akak kembali ke tahap rendah.Apabila sudah pulih, kembali menyusu badan seperti biasa.Nasihat ini pada mulanya diberikan oleh seorang senior nurse di kampung apabia saya mengalami masalah yang sama awal tahun lalu.Sekian, WaAllahua'lam.

    ReplyDelete