Hari ni, 22 Februari 2012 genaplah umur baby saya 4 bulan. Sekejap ja saya rasa. Esok saya akan bawa dia untuk check up untuk timbang berat dia. Berapa la agaknya berat dia sekarang. Saya bersyukur kerana dia telah sihat. Saya juga bersyukur kerana sehingga kini, awatif masih lagi menyusu badan sepenuhnya. Berbanding dengan semasa abang dia dahulu, kali ni saya dapat menyediakan stok susu dengan banyak sekali. Semasa saya mula bekerja, stok yang ada lebih kurang 40 bekas, which every bekas 2 atau 3 auns. Bila saya dah start keja, setiap hari saya akan perah susu di ofis dan pergi menyusu dia di nursery time lunch. Dia juga dapat minum susu yang diperah walaupun tidak terlalu banyak berbanding abang dia dahulu. Mula2 saya risau jugak tapi mengikut kata cikgu dia awatif ni banyak tidur. Dia juga tak da la asyik menangis macam tak cukup susu.
Saya harap awatif akan terus sihat dan membesar dengan baik. Saya juga mahu meneruskan penyusuan secara ekslusif sampai 6 bulan seperti yang digalakkan oleh Kementerian Kesihatan. Sesungguhnya tiada susu yang lebih baik selain susu ibu.
Stok susu awatif sehingga kini |
Happy birthday baby |
Thanks ita
ReplyDelete