Bahan-bahan..
1 1/2 pot pulut
4 biji telur
1 biji kelapa (dibahagi dua - utk kepala dan pulut) - ambil santan
1 cawan gula
sedikit jintan manis (dlm 1 camca teh)
2 ulas bawang merah
5 helai daun pandan (lebih dalam 1,2 helai pun ok)
(jintan, bawang dan daun pandan ditumbuk bersama, then perah dengan kelapa yang untuk bahagian kepala)
Sedikit garam
1 camca besar tepung gandum (kalau nak kepala tu keras guna la dua)
Cara membuat:
1. Kukus pulut dengan santam dan garam (paras santan tu sampai tenggelam pulut)
2. Pukul telur hingga kembang, masukkan gula.
3. Pukul lagi, masukkan santan (yang dah warna hijau dan berbau jintan+bawang), kemudian tepung
4. Bila pulut masak, angkat dari pengukus. Tekan2 supaya pulut rapat dan padat. Then campuran no. 2 dan 3 (kepala) dituang ke atasnya.
5. Kukus lagi sehingga kepala masak (boleh check macam check kek tu, cucuk pakai lidi)
Kalau mahu warna kepala tu lebih terang, bole masuk sedikit pewarna hijau. yang penting jgn tinggal daun pandan, sbb ini lah yang memberi bau yang sgt sedap kepada kuih ni...
Dah masak, tunggu sejuk baru boleh potong dan makaaann...
ini lah pulut sekaya tersebut.. sangat lemak rasanya... |
No comments:
Post a Comment