Sweet.. sweet... sweet memory..

Thursday 20 March 2014

Cerita lepas hampir setahun..

Ari ni tengah online search something, keluar pulak blog aku. Eh ada lagi blog ni. Kesian ye, dah lama tak da entry. Entah la kenapa. Tak da idea plus tak sempat buka laptop kot..
Actually sekarang ni aku tengah MC. Cuti sakit. Ikut badan tu tak rasa sakit pun dan kalau orang tengok pun rasanya tak nampak macam sakit. Except kalau nampak aku pakai stokin dalam rumah siang malam dan baju lengan panjang atau sweater.
Opppss.. aku bukannya dalam pantang bersalin. Aku keguguran or miscarriage. 9 minggu. Aku share sikit la kronologi kejadian (cheh kronologi tu...) untuk panduan sapa2 lps ni.
Aku baru jugak la tau pregnant tu. Bukak buku klinik pun belum. Suddenly hari ahad 9hb mac ada spotting kat underwear. Coklat. Terkejut weh.. Aku terus pegi klinik jumpa doctor. Doktor takda scan apa2. Dia cakap warna coklat darah lama so insyaAllah takda apa2. Aku lega la sikit. Tapi esoknya darah keluar lagi. Aku pegi hospital terus la. Doktor scan dan dia cakap nampak kantung tapi isi dalam tak Nampak. Mungkin sbb kecil. Dia buat VE untuk cek pintu rahim dan still normal so aku discaj. Doktor nasihatkan aku jangan buat kerja berat, jangan angkat berat, banyak rehat. Dia cakap ni threaten miscarriage. Mungkin jadi mungkin tak.
Aku dapat mc dua hari untuk rehat. Rehat la kat rumah. Tak buat kerja apa2. Semua kerja rumah My Love yg uruskan. Thanks a lot to him. Pas abis mc masuk kerja eventhough masih ada sikit2 darah keluar. Masa tu ada jugak aku tanya kawan2 yg pernah experience spotting or bleeding during pregnancy. Ramai jugak yg pernah rasa dan ramai jugak yg survive. So aku sentiasa berdoa aku antara yang survive.
Tapi hari jumaat masa tengah kerja aku rasa tak selesa kat perut. Macam contraction tp sikit sgt. Dalam beberapa jam sakit tu dating dan hilang. So aku ajak My Love pegi hospital lagi. Doktor scan lagi dan result masih sama. Means tak membesar pun dari ari tu. Tapi kantung masih ada. Buat VE lg dan sama jugak. So doctor bagi aku balik. Tapi dia ada cakap kalau jadi apa2 kat kandungan tu kita tak bole buat apa2 la ya. Aku akur dengan apa yang doctor cakap.
Doktor bg mc lagi. Rehat kt umah. Pastu cuti sabtu ahad duduk ja kat umah tak pi mana2. At the same time aku tengok darah makin banyak. Jadi aku bgtau dekat My Love kalau ada, ada la. Kalau takda, terima ja la. Aku dah siapkan diri aku untuk sebarang kemungkinan.
Ahad 16hb Mac malam tengah baring nak tido, dalam 11 lebih aku pegi toilet buang air kecil. Sekali aku rasa ada macam ketulan yang keluar. Aku cek dan pegang macam ketulan daging. Aku panggil My Love dan dia tengok pun rasa macam daging. (Aku ada ambil gambar tapi tak berani upload cni nti ada yang tak sanggup tengok). Nak pegi hospital anak2 dah tido pulak. Aku pun takda rasa sakit apa so esok ja la pegi. Masa tu jugak aku perasan rasa tak selesa kat perut tu dah hilang.
Esoknya pegi hospital. Aku bawak jugak ketulan yang keluar semalam tu. Tunjuk kat nurse dan doctor diorang cakap betul la tu. Nurse scan dan dia check rahim dah bersih. Diorang buat VE lg untuk make sure bersih. Dah, selamat dah. Complete miscarriage. Tak perlu cuci atau D & C. Lega. Takut betul aku kena cuci tu. Pastu nurse cucuk ubat untuk kecut rahim. Lepas sejam cek balik untuk make sure rahim dah kecut dan pintu rahim dah tutup. Alhamdulillah dah tutup. So aku discaj dan mc 3 ari.
Jadinya sekarang ni berpantang la aku. Mesti pantang walaupun keguguran dan bukan bersalin. Tapi hanya Allah yang tau betapa bosan tahap gabannya pantang tanpa baby ni. Cepat la abis masa berpantang. Aku google2 kalau tempoh mengandung kurang dari 12 minggu pantangnya dua minggu so aku akan pantang dua minggu saja la. 10 more days to go.
Aku dan suami redha terima ketentuan Allah ni. Takda la kami menangis sebab dah ready sebelum dia jatuh lagi. Mula2 tu memang la sedih. Sapa tak sedih kalau zuriat yang dikandung tu tak dapat diselamatkan, kan kan. Tapi kalau itu yang terbaik untuk zuriat tu, ada la hikmah tu kan.
To My Love.. thanks a lot sebab jaga aku masa 'sakit' ni. I love you so much

Sunday 26 May 2013

Jalan2 Tiga Daerah

Dah lama dah sebenarnya jalan2 ni.. tapi takda peluang nak update dlm blog.. sementara masih kat sabah ni, guna la sepenuhnya pegi semua tempat kat sabah ni.. esok2 kalau dah balik semenanjung tak tau bila lg nak ke sini.
Last raya cina saya dan family dan kawan suami sefamily pegi bercuti ke tiga daerah di sabah ni. first day kitorang bertolak dr Kota Kinabalu terus ke Keningau, melalui Tambunan. bole tahan jgk jalannya. berbukit2 siap ada yg patah siku lg. horror betul. mlm tu kami bermlm di Keningau di Queen Hotel. ok jgk hotel tu. harganya berpatutan n facilities pun ok. kedai makan n makanan kering pun dkt. then ada spa lg. saya sempat refleksologi jgk.
Pagi esoknya terus ke Tenom. Sampai sana first2 pegi Murut Cultural Village. Tp yg peliknya tempat ni mcm dah kena tinggal. takda pun penyambut tetamu ke, barang pameran pun tak banyak, persembahan kebudayaan jauh sekali. entah la kalau kitorang yang pegi salah hari.
Lepas tu kami terus bertolak ke Taman Pertanian Tenom. Tempat ni mmg cantik tapi terlalu besar utk kami yg bawa anak kecik. lgpun kami pegi dah tengahhari. Panas lah. Kalau pegi pagi mesti seronok.
Waktu ptg tu terus kami bertolak ke Sipitang. sampai di Sipitang dh nak malam. Kami bermalam di SFI Motel. tu ja tempat yang org suggest bila saya tanya bbrp org. Bila saya google pun takda hotel yg ok kt situ.
Esok tghari dh checkout. Sebelum balik pegi dulu Sipitang Esplanade amik angin laut. best jgk la. pas mkn terus balik KK melalui Beaufort. Petangnya dah sampai rumah.
Ada beberapa gambar yg saya nak share kt cni. Tp internet tak bagus la. Dah 2,3 kali try upload tak dapat jgk. Overall ok la jgk jalan2 ni menghabiskan cuti. Kalau duk rumah ja sampai 4 hari bosan jgk kan. That's all Keningau-Tenom-Sipitang.
Oh ya, saya dan husband plan nak pegi Sipitang lg pasni. Kat situ famousnya sate Sipitang tp kitorang tak sempat try ari tu. Hopefully next time!
oh.. terlalu lama since aku update entry dlm blog ni.. apasal ye lama betul? so many factors! dengan dua anak yg makin membesar yg makin byk kenakalannya, keja ofis yg menimbun dan tak pernah nak abis2, keja rumah yg tak pernah surut (pagi kemas tghari dh semak balik) dan lain9 lg..
whatever it is, i'm still happy with what i am..

Sunday 21 October 2012

Nasi Ayam Mak Chek...

Semlm saya masak nasi ayam resepi arwah mak.. anak saya bertambah2 ayam tu..
Resepi utk perap ayam.. halia,jintan manis,sos tiram,madu..senang saja.. yg lain2 mengikut resepi n cara biasa masak nasi ayam..


Saturday 13 October 2012

mana pegi blog kuuu...

dah lama saya tak dpt buka blog sendiri..tak tau apa masalah.. mcm problem dgn browser kt laptop tu.. ingatkan dh takda blog ni.. sekali through android bole pulak.. tak tau la camna..

Sunday 1 April 2012

Awatif masuk Emergency..

Hari jumaat lepas, dalam jam 10.30 malam, tengah saya syok2 goreng nugget sebab nak layan citer shrek, awatif yang baru tidur didodoikan abah dia, bangun balik.. tapi dia menangis ja.. saya buat biasa saja sebab biasa la budak nangis bila bangun tidur.. tapi suami saya panggil datang tengok.. kenapa pulak..
maka saya pun meletakkan sudip dan pergi tengok awatif dan dukung dia.. kadang2 bila dah dukung tu makin slow la menangis dia.. tapi ni tak jugak.. kemudian saya tengok dia macam menggigil mulut dan tangan dia, dan nampak macam sesak nafas.. saya pun cakap kat suami pergi hospital..
Sepantas kilat kami tukar baju dan terus menuju ke hospital.. nasib la hospital Queen Elizabeth dekat dengan rumah.. dengan kelajuan yang luar biasa oleh semua saya, dalam 5 minit kami pun sampai di hospital.. terus saya dukung awatif pergi ke kaunter jabatan kecemasan.. tatkala melihat saya bersama bayi, terus MA tu suruh saya masuk.. bila masuk dalam tu, doktor yang sambut suruh letak awatif dalam baby cot.. awatif pulak menangis tak berhenti2 dan makin kuat..
bermacam2 soalan yang ditanya pada saya pasal awatif.. at the same time, doktor tu cek dia.. suhu, jantung, paru2, ambil darah.. bila doktor buka baju nampak la pernafasan dia lain dari biasa.. first2 sekali diorang bagi dia PCM dulu, sebab demam dia 38 darjah.. pastu nurse2 bukak semua baju seluar, sapu satu badan dia dengan air.. lepas beberapa ketika, baru la dia berhenti menangis dan tertidur..
bila dah terkawal keadaan dia, nurse bawak saya pergi x-ray dia.. bila diletakkan atas katil x-ray, menangis lagi..dah sudah, diorang suruh saya duduk dalam bilik observation.. sambil2 terus basahkan badan dia dengan air.. pastu balik2 diorang ambil suhu.. awatif pun bukan main manja lagi dia.. tidur atas riba ja, tak nak baring atas tilam, sampai saya menahan 'nature call'..
lepas beberapa ketika, doktor pun datang bagitau saya finding diorang.. tonsil sebelah kiri awatif bengkak, pastu ada jangkitan sikit dalam darah.. tapi jantung, paru2 semua normal.. so dia bagi awatif balik, dan mesti minum antibiotik.. tapi dia bagitau saya beberapa keadaan kalau berlaku yang awatif mesti dibawa ke hospital segera..
Alhamdulillah, bila semuanya selesai, saya pun pulang.. kesian fawwaz yang setia menunggu dengan abah dia kat luar.. dah tertidur2 dia.. dalam jam 3 kami sampai rumah..
Selepas dua hari keadaan awatif makin baik.. dah boleh senyum2.. tapi 3 april saya kena bawak dia review di klinik.. hopefully semakin baik.. amin..

Resepi Pulut Sekaya Tok Timah

Lama betul saya tak dapat tulis dalam blog ni.. Bila dah start keja pas cuti bersalin, kerja ofis kembali menimbun.. dan sometimes rasa lagi banyak dari sebelum ni.. Sekarang ni saya just nak kongsi resepi pulut sekaya aka kuih seri muka. Saya namakan Pulut Sekaya Tok Timah sebab ini memang resepi nenek @ tok saya.. Saya amat menggemari pulut sekaya dia ni.. that's why saya minta resepi dia..

Bahan-bahan..

1 1/2 pot pulut
4 biji telur
1 biji kelapa (dibahagi dua - utk kepala dan pulut) - ambil santan
1 cawan gula
sedikit jintan manis (dlm 1 camca teh)
2 ulas bawang merah
5 helai daun pandan (lebih dalam 1,2 helai pun ok)
(jintan, bawang dan daun pandan ditumbuk bersama, then perah dengan kelapa yang untuk bahagian kepala)
Sedikit garam
1 camca besar tepung gandum (kalau nak kepala tu keras guna la dua)

Cara membuat:

1. Kukus pulut dengan santam dan garam (paras santan tu sampai tenggelam pulut)
2. Pukul telur hingga kembang, masukkan gula.
3. Pukul lagi, masukkan santan (yang dah warna hijau dan berbau jintan+bawang), kemudian tepung
4. Bila pulut masak, angkat dari pengukus. Tekan2 supaya pulut rapat dan padat. Then campuran no. 2 dan 3 (kepala) dituang ke atasnya.
5. Kukus lagi sehingga kepala masak (boleh check macam check kek tu, cucuk pakai lidi)

Kalau mahu warna kepala tu lebih terang, bole masuk sedikit pewarna hijau. yang penting jgn tinggal daun pandan, sbb ini lah yang memberi bau yang sgt sedap kepada kuih ni...

Dah masak, tunggu sejuk baru boleh potong dan makaaann...

ini lah pulut sekaya tersebut.. sangat lemak rasanya...