Sweet.. sweet... sweet memory..

Saturday 26 November 2011

Anak Sulung Saya Pulak Sakit..

Pada 22/11/11, anak sulung saya bagitau dia kena gigit nyamuk, dan seperti biasa dia nak letak mopiko. Bila saya tengok kesan 'gigitan nyamuk' tu, lain macam je saya rasa. Saya belek2 badan dia, eh, macam banyak ja ni. Lagipun nyamuk apanya siang2 ni. Saya mula rasa macam anak saya kena campak. Tapi masih awal untuk disahkan. 
Esoknya, nampak la makin banyak biji2 di badan anak saya. Saya makin yakin anak saya kena campak. Selepas pergi klinik untuk anak kedua saya, kami bawa pulak anak sulung saya pergi klinik. Dan doktor mengesahkan anak saya kena campak air. Kata doktor sakit ni takda ubat. Dia cuma bagi paracetamol untuk tahan sakit dan demam, dan calamine lotion. Saya dan suami pulak beli air kelapa bagi dia minum dan masak sup ayam untuk dia makan. Kata orang tua2, dua2 makanan ni mempercepatkan biji2 tu keluar, maka cepatlah baik. 
Kesian anak saya. Jenuh jugak nak melayan dia. Macam2 la yang kami cakap dengan dia untuk pujuk dia sapu ubat tu. Nak belikan itu, nak bagi makan ini. Malamnya dia tidur tak lena, asyik menangis dan merengek saja. Abah dia la yang duk melayan dia malam tu, sebab saya duk melayan bayi. Masa tu rasa rumah saya macam wad neonatal dan wad paediatrik dah. 
Hari ni biji2 berair di badan anak saya makin kering dah. Dia sendiri pun dah tak terbaring sangat macam sebelum ni. Syukur lah. Ada orang cakap kesian kat saya sebab dalam pantang macam2 jadi. Ya jugak, tapi syukur lah saya sihat. Dan saya fikir lagi, bagus juga anak saya kena campak masa saya cuti ni. Kalau masa saya kerja, confirm saya kena cuti jugak. Sememangnya Allah lebih tau apa yang terbaik untuk kita.

Puteriku Makin Sembuh..

Alhamdulillah.. selepas beberapa hari yang getir, akhirnya puteri saya semakin sembuh dari sakit kuning tu. Tapi agak lama la dari kebanyakan bayi. Kata doktor, keadaan bayi saya dinamakan "Prolonged Jaundice". Di sini saya nak kongsi pengalaman saya menghadapi keadaan ini.
Selepas last saya tulis ari tu, esoknya 6/11 bersamaan hari raya aidiladha saya bawa bayi saya cek darah macam biasa. Saya mengharapkan turun la kuning dia hari tu. Tapi mengejutkan saya, kuning dia naik lagi, iaitu 250, sedangkan hari sebelumnya 236. Saya tak dapat lagi menahan air mata. Kat hospital tu jugak saya menangis. Esoknya, saya bawa lagi bayi cek. Tengah tunggu keputusan, nombor saya dipanggil jumpa doktor. Saya dah tau sesuatu yang luar biasa sebab kat hospital ni, kalau result biasa, terus ja balik atau masuk wad, takda jumpa doktor. Bila saya jumpa doktor, doktor tunjuk result, 279. Untuk photo level, 280. Pastu result anak saya pulak jumping. Jadi doktor cakap dia pun dilema nak bagi saya balik atau masuk wad. Dia tanya saya macam mana. Saya cakap, masuk wad lah, sebab saya risau, Anak saya minum susu banyak tapi kuning dia tak turun. Maka tengahhari tu terus anak saya masuk wad dan diberi lampu.
Petangnya, datang la doktor pakar kanak2 melawat. Bila dia tengok anak saya yang dah berumur 16 hari, dia cakap anak saya dah tak perlu lampu lagi dan saya boleh balik. Saya cakap kat doktor, saya risau. Jadi doktor tu terangkan pada saya dengan panjang lebar, dan saya cuba fahami sebagai bukan orang medical. Untuk keadaan yang biasa, kuning ni akan hilang dalam masa 14 hari. Bila dah lebih 14 hari, treatment untuk bayi tu bukan lampu lagi walaupun level dia tinggi. Ada dua sebab yang boleh sebabkan kuning panjang ni. Satu, keadaan yang perlu dirisaukan iaitu kalau direct bilirubin yang tinggi, menunjukkan something wrong dengan fungsi hati, dan ini memerlukan pembedahan. Kedua, indirect bilirubin yang tinggi, menunjukkan hati berfungsi dengan baik, cuma mungkin hatinya belum cukup matang. Jadi doktor ambil darah anak saya untuk test tu, Liver Function Test (LFT). Malam tu jugak saya dibenarkan pulang.
Selepas dua hari, saya pergi hospital untuk dengar result LFT. Doktor cakap, kuning anak saya memang naik dari paginya, iaitu 300. Tp ada berita baik. Anak saya tiada masalah, cuma mungkin hati dia belum matang. Syukur. Tapi doktor nak saya datang lagi minggu depan untuk buat test lain dan tengok kuning tu turun ke tak. Minggu depannya, saya bawa lagi anak saya ke hospital. Masa pergi tu jugak, saya terus disuruh bawa sampel air kencing anak saya. Di hospital, tiga tiub darah anak saya diambil. Sedih saya melihat tangan anak saya dicucuk dan ditekan untuk keluarkan darah. Ujian kali ni pulak untuk Urine FEME, Tiroid, PBF (keadaan darah) dan monitor unconjugated hyperbilirubinemia. 
Selepas seminggu, bersamaan 23/11, saya pergi hospital lagi untuk tau result test2 sebelum ni. Bila jumpa doktor, alhamdulillah, doktor cakap berita baik lagi. Semuanya normal, dan level bilirubin juga dah turun dari minggu sebelumnya, iaitu 250. Jadi kata doktor, dia akan transfer saya ke Klinik Kesihatan, so tak perlu saya pegi jauh2 ke hospital. Balik dari hospital, saya terus pergi klinik. Bila jumpa doktor di klinik, dia terus suruh saya cek level kuning. Bila dapat result, barulah hati saya lega sangat. Kuning dia dah turun jadi 147. Bila jumpa doktor, dia cakap tak perlu cek lagi pasni sebab kuning dia dah turun banyak, dan dia tak da masalah. Kata doktor, sesetengah bayi yang breasfeed memang kuning dia lambat turun. Lagipun, saya ni berdarah O.
Sekarang barulah hati saya tenang. Sebelum ni saya asyik fikir keadaan anak saya. Saya juga minum glukos dan susu kambing. Terima kasih kepada kawan2 dan saudara2 yang bersimpati, berkongsi petua dan berdoa. Sekarang puteri saya sedang membesar dengan sihat. Masa timbang untuk sebulan, berat dia sudah naik 1 kilo. Syukur...

Saturday 5 November 2011

Puteriku Masih Berjuang..

Untuk sesiapa yang pernah baca tulisan saya sebelum ni, kalau dilihat tajuk di atas, mesti macam pelik saja. Berjuang? Apa yang dijuangkan? Bayi tu? Ya.. bayi saya yang hari ni genaplah umur dia empat belas hari. Berjuang apa? Sehingga hari ni, anak saya masih berjuang membebaskan dirinya dari jaundis atau orang kita panggil sakit kuning. Dan dia kini boleh dikatakan mengalami prolonged jaundice, sebab untuk jaundis yang biasa bagi kebanyakan bayi, ia akan hilang dalam masa empat belas hari. Tetapi untuk puteri saya, bacaan dia hari ni masih agak tinggi, cuma alhamdulillah ia sedang menurun dan dalam tahap selamat.
Termasuk pagi tadi, anak saya sudah diambil darahnya untuk pemeriksaan sebanyak 11 kali. Banyak kan? Sebagai ibu, hati saya sangat luluh melihat jarum menyuntik anak saya setiap hari. Tapi saya pujuk hati saya dan katakan ini adalah untuk kebaikan dia. 
Saya mula bawa anak saya untuk pemeriksaan pada hari ketiga kelahirannya. Masa tu bacaannya masih dalam tahap tidak membahayakan. Esoknya, bacaan dia telah naik ke tahap membahayakan dan perlu diletak bawah lampu atau phototherapy, maka dia terus kena masuk wad. Secara automatiknya saya sendiri pun masuk, sebab prosedur hospital di sini, ibu mesti bersama bayi yang dalam wad untuk menjaga bayi dan menyusu badan. Alhamdulillah, anak saya bertindak balas pantas di bawah lampu tersebut. Hari pertama bacaan dia turun 6, dan hari kedua turun 90. Saya menitiskan air mata bila doktor maklumkan bacaan anak saya turun sampai begitu sekali. Hari itu kami dibenarkan pulang.
Esoknya, bacaan dia turun lagi. Saya rasa makin tenang. Doktor pun bagi dia rehat dari pemeriksaan satu hari. Hari kedua saya pergi cek, dan mengejutkan saya, bacaannya naik. Saya sangat risau masa tu. Suami saya juga demikian. Doktor juga mengatakan 'not good', dan menyuruh saya minum air empat liter sehari. Dan mulai esoknya, bacaannya naik, turun, naik, turun dan turun (hari ni). Walau bagaimanapun, bacaannya masih lagi perlu pemeriksaan setiap hari. 
Menurut kata doktor, sesetengah bayi tindak balas badan dia berbeza berbanding bayi lain. Kata doktor, kalau bacaan sampai Isnin ni turun, maka saya hanya perlu teruskan menyusu badan dan perlu menjalani pemeriksaan seperti biasa. Tetapi kalau ada naik balik, dia perlu diperiksa untuk penyakit lain. 
Di sini ada saya catat bacaan anak saya setiap hari. 25/10-242. 26/10-301. 27/10-295. 28/10-205.  29/10-180. 31/10-206. 1/11-224. 2/11-222. 3/11-248. 4/11-239. 5/11-236.
Saya berdoa semoga Allah sembuhkan anak saya, menghilangkan segala penyakit dari anak saya ini dan berikan dia kesihatan. Sedih saya melihat anak saya yang masih perlu dibangunkan setiap dua jam untuk menyusu, padahal dia nyenyak sangat tidur. Kepada saudara2 dan kawan2 yang baca tulisan saya ini dalam masa terdekat ni, tolong juga doakan supaya puteri saya, Nurul Awatif Binti Farulnizam sembuh dari sakit kuning ini. Amiiinn....