Sweet.. sweet... sweet memory..

Thursday 20 March 2014

Cerita lepas hampir setahun..

Ari ni tengah online search something, keluar pulak blog aku. Eh ada lagi blog ni. Kesian ye, dah lama tak da entry. Entah la kenapa. Tak da idea plus tak sempat buka laptop kot..
Actually sekarang ni aku tengah MC. Cuti sakit. Ikut badan tu tak rasa sakit pun dan kalau orang tengok pun rasanya tak nampak macam sakit. Except kalau nampak aku pakai stokin dalam rumah siang malam dan baju lengan panjang atau sweater.
Opppss.. aku bukannya dalam pantang bersalin. Aku keguguran or miscarriage. 9 minggu. Aku share sikit la kronologi kejadian (cheh kronologi tu...) untuk panduan sapa2 lps ni.
Aku baru jugak la tau pregnant tu. Bukak buku klinik pun belum. Suddenly hari ahad 9hb mac ada spotting kat underwear. Coklat. Terkejut weh.. Aku terus pegi klinik jumpa doctor. Doktor takda scan apa2. Dia cakap warna coklat darah lama so insyaAllah takda apa2. Aku lega la sikit. Tapi esoknya darah keluar lagi. Aku pegi hospital terus la. Doktor scan dan dia cakap nampak kantung tapi isi dalam tak Nampak. Mungkin sbb kecil. Dia buat VE untuk cek pintu rahim dan still normal so aku discaj. Doktor nasihatkan aku jangan buat kerja berat, jangan angkat berat, banyak rehat. Dia cakap ni threaten miscarriage. Mungkin jadi mungkin tak.
Aku dapat mc dua hari untuk rehat. Rehat la kat rumah. Tak buat kerja apa2. Semua kerja rumah My Love yg uruskan. Thanks a lot to him. Pas abis mc masuk kerja eventhough masih ada sikit2 darah keluar. Masa tu ada jugak aku tanya kawan2 yg pernah experience spotting or bleeding during pregnancy. Ramai jugak yg pernah rasa dan ramai jugak yg survive. So aku sentiasa berdoa aku antara yang survive.
Tapi hari jumaat masa tengah kerja aku rasa tak selesa kat perut. Macam contraction tp sikit sgt. Dalam beberapa jam sakit tu dating dan hilang. So aku ajak My Love pegi hospital lagi. Doktor scan lagi dan result masih sama. Means tak membesar pun dari ari tu. Tapi kantung masih ada. Buat VE lg dan sama jugak. So doctor bagi aku balik. Tapi dia ada cakap kalau jadi apa2 kat kandungan tu kita tak bole buat apa2 la ya. Aku akur dengan apa yang doctor cakap.
Doktor bg mc lagi. Rehat kt umah. Pastu cuti sabtu ahad duduk ja kat umah tak pi mana2. At the same time aku tengok darah makin banyak. Jadi aku bgtau dekat My Love kalau ada, ada la. Kalau takda, terima ja la. Aku dah siapkan diri aku untuk sebarang kemungkinan.
Ahad 16hb Mac malam tengah baring nak tido, dalam 11 lebih aku pegi toilet buang air kecil. Sekali aku rasa ada macam ketulan yang keluar. Aku cek dan pegang macam ketulan daging. Aku panggil My Love dan dia tengok pun rasa macam daging. (Aku ada ambil gambar tapi tak berani upload cni nti ada yang tak sanggup tengok). Nak pegi hospital anak2 dah tido pulak. Aku pun takda rasa sakit apa so esok ja la pegi. Masa tu jugak aku perasan rasa tak selesa kat perut tu dah hilang.
Esoknya pegi hospital. Aku bawak jugak ketulan yang keluar semalam tu. Tunjuk kat nurse dan doctor diorang cakap betul la tu. Nurse scan dan dia check rahim dah bersih. Diorang buat VE lg untuk make sure bersih. Dah, selamat dah. Complete miscarriage. Tak perlu cuci atau D & C. Lega. Takut betul aku kena cuci tu. Pastu nurse cucuk ubat untuk kecut rahim. Lepas sejam cek balik untuk make sure rahim dah kecut dan pintu rahim dah tutup. Alhamdulillah dah tutup. So aku discaj dan mc 3 ari.
Jadinya sekarang ni berpantang la aku. Mesti pantang walaupun keguguran dan bukan bersalin. Tapi hanya Allah yang tau betapa bosan tahap gabannya pantang tanpa baby ni. Cepat la abis masa berpantang. Aku google2 kalau tempoh mengandung kurang dari 12 minggu pantangnya dua minggu so aku akan pantang dua minggu saja la. 10 more days to go.
Aku dan suami redha terima ketentuan Allah ni. Takda la kami menangis sebab dah ready sebelum dia jatuh lagi. Mula2 tu memang la sedih. Sapa tak sedih kalau zuriat yang dikandung tu tak dapat diselamatkan, kan kan. Tapi kalau itu yang terbaik untuk zuriat tu, ada la hikmah tu kan.
To My Love.. thanks a lot sebab jaga aku masa 'sakit' ni. I love you so much