Sweet.. sweet... sweet memory..

Saturday 29 October 2011

Kelahiran Puteriku..

Pada 17/10/2011, genaplah kandungan saya 38 minggu. Sehingga itu, saya belum ada tanda2 bersalin. Due saya pun masih dua minggu. Cuma badan saya saja seperti sudah tak dapat menahan dua minggu lagi. Tangan saya selalu sengal2, dan saya sakit sangat di bahagian bawah perut, terutama apabila bersin, bangun dari posisi baring atau apa2 perbuatan yang menekan di bahagian itu.
21/10/2011 petang, telah diadakan Kursus untuk Kumpulan Pengurusan dan Profesional di pejabat saya. Maka seperti yang diarahkan oleh bos, saya pun hadir kursus seperti biasa. Untuk hari Jumaat tu, kursus tu sampai malam. Walaupun perlu ke pejabat di luar waktu bekerja, saya hadir jugak sebab saya rasakan kursus tu menarik. Bukan kursus teknikal dan ianya lebih santai dan rileks. Malam tu lebih kurang 10 lebih tamat kursus.
Esok paginya, 22/10/2011 saya pergi lagi berkursus. Masa on the way, saya rasa macam ada sedikit contraction. Tapi pregnancy kali ni kerap saya rasa contraction, jadi saya buat tak tau saja. Semasa berkursus, saya pun dah lupa dengan contraction tu sebab leka dengan aktiviti yang disediakan. Pagi tu siap ada senaman ringan. Saya pun buat jugak yang mana yang senang2 tu. Time minum pagi lebih kurang jam 10, saya mula rasa balik contraction tu. Dan saya dah rasa tak da selera makan. Nasi lemak yang terhidang, saya hanya makan sesudu dua ja, dan satu potong kuih lapis. Popia pun saya tak makan. Masa tu orang lain dah mula bertanya2, nak pegi hospital ke, ok ke. Tapi saya rasa masih boleh tahan. Jadi saya hanya bagitau suami saya supaya standby. Dia pulak pagi tu pergi pasar beli barang dapur.
Lepas makan sesi diteruskan dengan public speaking setiap orang. Seronok saya tengok orang present ni. Lebih kurang 11.30, saya pergi toilet. Tengok masa tu, dah ada darah sikit. Jadi saya terus pegi bagitau Ketua Admin merangkap Penyelaras Kursus. Saya juga call suami saya. Kemudian saya masuk bilik kursus dan bagitau bos. Terus penceramah break sekejap memberi peluang saya mengemas barang dan keluar. Semasa mahu keluar, semua kawan2 yang berkursus mengucapkan selamat kepada saya. AA, AAB, SF, SM, NI, En ANH, Pn OJC dan lain2 lagi. Sementara menunggu suami saya sampai, staf2 admin temankan saya di lobi. Diorang jugak bekalkan saya dengan makanan dan minuman. Terima kasih Pn KH, HA, C, AKI, KT. 
Sampai di hospital, kami terus pergi Bilik Penilaian. Di sini doktor akan periksa tahap progress ibu. Punya la ramai orang di situ. Satu persatu penilaian saya lalui. Kira-kira 4 jam termasuk masa menunggu. Akhirnya doktor buat keputusan saya belum bersedia untuk bersalin, dan beritahu saya untuk pulang. Tapi saya tak nak sebab saya rasa saya memang sakit nak bersalin, makin lama makin kuat. Siap doktor tu kata, betul ke saya tau sakit bersalin. Saya cakap first deliver dulu pun saya sakit, jadi saya tau la. Setelah berbincang dengan doktor yang lebih senior, doktor senior tu nak buat penilaian ke atas saya. Bila doktor tu buat, ternyata saya dah ada tanda2 bersalin. Terus saya kena admit wad. Lebih kurang jam 6 petang saya pun masuk dalam wad. Suami dan anak saya ada dengan saya menemani saya. Sakit saya juga makin kuat. Anak saya pun dah kesian2 dengan saya. 
Tamat waktu melawat, 7 malam, suami dan anak saya pun pulang. Tinggal lah saya melawan kesakitan seorang diri. Dalam wad tersebut ada lebih kurang 8 orang dan saya langsung tak mampu bercakap dengan mereka. Lebih kurang lapan lebih, saya rasa sakit sangat dan sudah banyak darah. Maka saya tekan butang untuk panggil nurse. Datang la seorang nurse yang senior bertanya kenapa. Bila saya bagitau, dia cakap belum lagi. Selagi tak turun air, belum tu. Saya pun terus menahan kesakitan sampai menggigil. Tak lama selepas tu, datang pula beberapa nurse untuk buat normal procedure. Terus ibu2 lain dalam wad tu bagitau nurse2 tu suruh tengok saya, sebab diorang rasa saya macam dah teruk sangat. Bila nurse tu periksa, ternyata saya semakin hampir melahirkan. Nurse tu telefon labour room, malangnya labour room tak nak selagi belum sampai 80% progress. Tapi melihat keadaan saya, nurse tersebut rasa progress saya akan cepat. Jadi dia minta untuk bawa saya berdekatan kaunter mereka supaya senang dia pantau, memandangkan wad saya jauh dari kaunter. Selepas lebih kurang sejam, dekat2 9.30 malam, saya rasa sakit yang dah tak tertahan, maka saya pun panggil nurse. Bila dia periksa, saya sudah masuk 80%. Dengan pantas saya terus ditolak ke labour room. Bila sampai di labour room dan saya ditempatkan di katil untuk bersalin, saya diperiksa, dan mengejutkan nurse, saya sudah sedia 100% untuk bersalin. Dia pun menjerit panggil doktor dan doktor pun datang dengan kelam kabut dan cepat2 buat persediaan. Doktor siap cakap dengan saya, "Jangan kau mengajan (push) lagi mama. Saya belum sedia lagi ni". Diorang pun tak sangka saya akan bersalin secepat itu. 
Selepas beberapa kali berusaha, akhirnya saya terdengar tangisan bayi, pada jam 9.47 malam. Barulah saya bernafas dengan lega. Kemudian nurse tersebut tunjuk jantina bayi dan letakkan bayi di dada saya. Air mata saya terus bergenang bila melihat baby yang menangis di dada saya. Pengalaman ini tak dapat saya rasakan semasa melahirkan anak pertama kerana baby saya dulu dah lemas. Dia terus dibawa untuk bantuan selepas dia keluar dan saya ditunjukkan jantina dia. Saya rasa sangat terharu saat melihat puteri saya itu dan bersyukur kepada Ilahi. Sakit yang dahsyat tadi juga telah hilang.
Alhamdulillah, terima kasih kerana memberikan saya peluang kedua ini. Saya rasakan bagai telah sempurna hidup saya dengan suami dan sepasang cahaya mata. Semoga Allah memberikan kami kebahagian di dunia dan akhirat. 
Sejam lebih selepas kelahiran
Selepas seminggu

Tuesday 18 October 2011

Aku Dan Mereka...

Anak

Arghh.. apa yang bising ni.. Selama beberapa bulan aku rasa tenang dan nyaman sekali di dalam duniaku ini. Yang aku dengar hanyalah bunyi yang berirama yang tidak aku tahu dari mana. Aku ingin melihat di mana aku sekarang tapi mataku ini masih belum boleh dibuka. Kemudian aku rasa seperti ada sesuatu yang basah dan kasar menjilat seluruh tubuhku. Hish.. apakah ini? Pertama kali ku rasa begini. Tapi ku rasa satu perasaan yang seronok kerana rasa diriku dibelai dengan kasih sayang. Aku mula berbunyi. Kemudian sesuatu yang membelaiku itu juga turut berbunyi. Entah dari mana seperti ada yang berbisik, inilah ibuku. Ibu? Aku tertanya. Kemudian aku terdengar lagi. Yang membawamu ke sana ke mari selama beberapa bulan, yang dirimu berada dalam dirinya. Yang darinya lah kau mendapat makanan untuk membesar sehingga kini, dan membawa mu dari dunia kecil ke dunia yang lebih besar. Kini aku faham. Aku mula merapatkan diri pada ibu untuk mengucapkan terima kasih. Kemudian aku bagai terbau sesuatu yang enak, yang merangsang deria rasaku untuk merasa. Pantas  mulutku mencari apakah itu, dan naluriku menyatakan inilah makananku di dunia baru ini. Aku terasa leka sekali apabila dapat merasakan keenakan makanan itu.
Suatu hari aku terasa perutku berbunyi. Kenapa ini? Lantas fikiranku teringatkan ibu. Di mana ibu? Aku dapat merasakan hanya ibuku yang boleh menghilangkan bunyi perutku ini. Aku juga teringat makanan yang enak yang keluar dari perut ibuku itu. Tapi aku tak dapat menghidu bau ibuku. Suaranya pun aku tidak dengar. Aku cuba memanggil, tapi tiada yang membalas panggilanku. Apa lagi yang aku boleh buat selain menunggu ibu datang. Aku menunggu, menunggu sehingga aku hampir terlelap.
Namun tiba-tiba ada lagi sesuatu yang mengejutkan aku. Aku bagai terasa ada sesuatu yang menitis di badanku. Dan setiap titisan itu juga membuat aku rasa dingin. Makin lama titisan itu makin banyak. Ibu... ibu... Tolong aku ibu.. Apa yang boleh aku buat.. Aku cuba bergerak tetapi perjalananku terhad. Aku melangkah ke hadapan, namun aku gagal kerana ada dinding yang tinggi dan licin di hadapan ku. Belakang juga begitu. Aku ke kiri, melangkah beberapa tapak namun titisan itu masih mengejarku. Aku ke kanan, sama juga. Aku terus menjerit memanggil ibu, agar ibu dapat membawaku lari dari titisan ini, yang membuatku rasa makin dingin dan tubuhku mula menggigil. Ibu... ibu... Kenapa ibu biarkan aku di sini...

Ibu

Suatu hari, bagai ada kelainan dalam diriku. Seakan-akan ada sesuatu yang bergerak-gerak dalam perutku. Apakah ini? Sakitkah aku? Aku juga merasa amat penat sekali. Huh... Aku cuba membiasakan diriku dengan kelainan ini. Makin hari sesuatu itu bukan makin hilang, malah semakin membesar dan memberat dalam perutku. Hendak berjalan pun aku tidak larat. Bagaimana aku mahu membuang ia dari dalam perutku?
Suatu petang aku merasakan sakit perut yang amat sangat. Aku mula gelisah. Ke sana ke mari aku berjalan. Sakit itu makin lama makin kuat. Dan aku bagai terasa inilah masanya sesuatu dalam perutku itu akan keluar. Aku cepat-cepat mencari tempat yang sesuai, tersembunyi dari pandangan mereka yang lain. Puas aku menahan kesakitan, kemudian keluarlah sesuatu dari dalam perutku. Arrghh... Bagai ringan sekali perutku selepas ia keluar dari dalam perutku. Ia mula berbunyi. Eh.. rupanya tak ubah seperti aku. Bunyinya juga hampir sama. Tapi badannya kotor. Dipenuhi cecair dan lendir jernih dan merah. Uish... kotornya kamu. Mari sini aku bersihkan. Lantas aku pun menjilat-jilat seluruh tubuhnya. Kecil benar kamu ini. Siapa kamu? Semasa aku membersihkan tubuhnya, aku merasakan satu perasaan yang halus meresap ke dalam tubuhku. Seperti ada naluri keibuan yang terbit dari dalam jiwaku. Adakah aku sudah bergelar ibu? Jadi ini anakku? Ya, aku yakin dengan firasatku ini. Ini anakku. Ia juga mula bergerak2 mendekatiku dan menggesel2 di perutku. Eh.. apa yang dia cari. Kemudian dia mula menghisap perutku. Aduh... sakitlah si kecil. Tapi aku melihat dia seperti selesa dan leka dengan perbuatannya. Maka aku pun membiarkannya. Tambahan pula aku sudah keletihan dan aku rasa seperti mahu tidur sahaja.
Hari ini aku keluar seperti biasa, mahu mencari makanan yang boleh aku makan. Hari ini di mana pula aku nak letakkan anakku ini. Aku sudah biasa berpindah randah, maka aku rasakan anakku juga perlu begitu. Semalam ada sesuatu yang besar meletakkan aku dan anakku dalam rumah kertas. Memang selesa, lantainya berlapik kain menyebabkan aku dan anakku tidak kedinginan. Tapi aku tidak betah berada dalam rumah itu lama-lama. Pergerakanku amat terhad. Setelah puas meninjau, aku lihat bawah pokok itu amat sesuai. Walaupun matahari terik, keadaan di situ terlindung dari panas. Lagipun di bawah pokok itu ada ruang yang muat dengan anakku. Dindingnya juga sejuk. Memang ruang itu menjadi tempat aku dan abang-abangku berehat di waktu tengahhari. Lantas aku mengangkat anakku keluar dari rumah itu dan ku letakkan dalam ruang itu. Tempat itu cukup panjang. Puas untuk anakku bergerak. Kemudian aku memulakan perjalanan. Aku tiba di tempat yang biasa aku mendapatkan makanan dan menunggu mereka itu pulang.
Tidak berapa lama kemudian, aku mendengar suara dari dalam rumah itu. Pasti mereka sudah pulang. Dan tidak lama lagi pasti aku mendapat habuan. Aku menunggu dengan sabar. Memang betul tekaanku. Satu dari mereka membuka pintu dan menaburkan makanan yang rangup dan lazat itu. Dengan berselera aku menikmati makanan itu. Di saat aku leka dengan makanan itu, tiba-tiba hujan turun. Ah.. itu perkara biasa. Aku teruskan saja makan kerana aku khuatir makanan itu akan habis dimakan oleh mereka yang lain. Aku sudah tidak ingat perkara lain lagi.

Aku

Apabila pulang dari pejabat, aku tidak sabar menuju ke dapur. Aku membuka pintu. Ada pun Si Tina di sini. Tapi mana anak dia? Melihat dia, Si Putih dan Si Manja mengiau-ngiau dengan kuat, aku lantas memberi mereka makanan. Namun di samping itu mulutku membebel marahkan Si Tina kerana mengangkat anaknya keluar dari kotak yang aku sediakan. 
Tiba-tiba hujan turun. Aku bertambah cemas mengingatkan anak-anaknya. Dalam keadaan cemas dan bunyi hujan menimpa bumi itu, aku bagai mendengar bunyi mengiau yang halus. Aku meninjau-ninjau dan akhirnya aku terlihat. Aku lantas menjerit. "Abaaaang, anak kucing tu dalam longkang..." Aku juga mula terasa seperti air mataku mahu keluar. Dalam keadaan aku sendiri yang juga membawa anak di dalam perut, tidak pantas untuk aku selamatkan mereka. Suamiku terus datang dan dia terus meredah hujan. Dia mengangkat anak-anak yang tidak berdosa itu masuk ke dalam rumah kami. Kemudian dia ambil kain dan kami sama-sama mengelap bulu anak kucing itu. Setelah itu kami balut seluruh tubuhnya dengan kain itu, agar dia terasa panas. Anak itu terus mengiau. Si Tina, bagaikan baru tersedar yang dia telah menjadi seorang ibu. Setelah melihat anak itu bersama kami, barulah dia tinggalkan makanan tadi dan datang kepada anaknya.

Anak

Di saat menahan kedinginan itu, aku merasa ada sesuatu yang mengangkatku. Aku sangkakan ibu telah datang, tapi bila ku lihat, lain pula bentuknya. Kemudian aku tidak lagi merasakan titisan yang dingin itu mengenai tubuhku. Kemudian dia itu, bersama satu lagi yang sama bentuknya, mengelap tubuhku dengan kain. Bagai kurang sedikit dinginnya. Kemudian aku dibaluti dengan kain itu. Barulah aku terasa selesa. Aku lantas berbunyi mengucapkan terima kasih.
Seketika kemudian, aku mendengar suara ibuku. Oh.. Ibu masih ada rupanya. Tadi aku sangka ibu telah buang aku dari hidup ibu, kerana ibu sanggup membiarkan aku dibasahi titisan dingin itu. Mujur ada mereka ini yang menyelamatkan aku, ibu.

Ibu

Di saat leka menikmati makanan, aku bagai terdengar sesuatu bunyi. Apabila kulihat ke dalam rumah mereka itu, barulah ku tahu itu suara anakku. Hah... anak? Oh Tuhan, aku terlupa aku sudah ada tanggungjawab yang perlu ku jaga. Barulah ku tinggalkan makanan yang lazat itu. Kesian anakku. Maafkan ibu, sayang.. Terima kasih juga kepada mereka yang menyelamatkan anakku ini.

Aku

"Tina.. Tina.. Orang dah letak hang duk dalam kotak dengan anak hang, awat hang bawak keluaq. Pastu pi buh dalam longkang. Mujur kami dah balik kerja. Kalau tak anak hang ni mati kesejukan dalam longkang. Kena hujan lama, mau hanyut anak hang". Aku membebel memarahi ibu kucing itu, bagaikan dia faham. Si Tina hanya memandangku, bagai memohon maaf. Suamiku juga turut memarahi Si Tina. Tapi apalah yang ibu muda seperti dia faham. Mungkin belum puas lagi Si Tina ini menikmati zaman remajanya. Dia hanya memandang aku dan suamiku dan mengiau. Kemudian suamiku letakkan kembali Si Tina dan anaknya di dalam kotak, dan Si Tina mula menyusukan anaknya. Anak-anaknya juga kelihatan rakus sekali menghisap susu. Pasti mereka amat lapar. Akhirnya Si Tina dan anak-anaknya terlelap di dalam kotak itu...

Thursday 13 October 2011

Menghitung Hari..

Hari ini kandungan saya sudah 37 minggu lebih. Tarikh jangka bersalin saya 31/10. Emm.. lambat jugak lg tu. Ada dua minggu lebih lagi. Tapi entah kenapa kali ni lain pulak dari first pregnancy. Dulu macam sedar tak sedar dah sampai tarikh jangka, dan keadaan saya pun masih sihat walafiat. Tapi kali ni, saya menghitung hari2 bila la saya nak bersalin ni. Sebabnya kali ni belum sampai due tapi saya macam tak larat dah. Saya rasa perut ni berat, sakit sendi2 paha, jari2 dan tangan selalu kebas, dan perut pun kerap mengeras. Dan pagi tadi buat pertama kalinya kaki saya kejang. Sakit yang amat. 
Isnin lalu saya jumpa doktor dan scan. Kata doktor, "Macam tua sudah tembuni kau ni". Kalau dilihat dari uri tu, macam tak lambat dah. Tapi kalau tak da tanda bersalin, tak boleh jugak. Jadi doktor suruh saya pantau betul2 gerakan baby. Takut sepatutnya dah bersalin tapi belum ada tanda, baby lemas. Risau jugak saya dengar. Kata doktor lagi, "Kau jaga betul2 ar.. Sembilan bulan sudah kau bawa ni,. Sayang kalau jadi apa2.."
Hari ni juga saya dapat berita, ada dua orang yang due selepas saya, sudah bersalin semalam. Wah.. saya bila lagi ni. Anak saya pun hari2 tanya, "Mak, adik belum keluar?" Saya terfikir jugak, agaknya macam mana dia fikir adik keluar tu kan. Kalau dia tanya saya nanti, macam mana saya nak jawab. Emm...
Saya doakan semoga Allah permudahkan saya bersalin dan saya bersalin secara normal. Dan juga semoga Allah panjangkan umur saya dan anak saya. Kadang2 saya tak dapat lari jugak dari terfikir sesuatu yang buruk berlaku terhadap saya dan saya tinggalkan anak2 saya yang masih kecil. Semoga Allah memberi saya peluang membesarkan anak2 saya bersama suami saya yang tercinta. Amin..

Saturday 1 October 2011

Pak Man Resipi..

Ada satu restoran dekat rumah saya. Nak kata baru sangat tidak lah tapi saya baru pegi. Jaraknya dalam satu km saja dari rumah. Selain dekat Kepayan ni, ada satu lagi dekat Karamunsing. Sejak 1st time pegi (lepas raya), sampai sekarang rasanya dah tiga kali saya pegi. So far saya rasa makanan dia ok la jugak. Dia ada jugak set nasi bersama pelbagai lauk (dikatakan makanan seluruh negeri, tapi saya belum cuba) dan ada ala carte. Setakat ni saya baru makan ala carte la.
Enjoy makan

Mini fish and chips

Nasi goreng kampung

Sizzling nasi

Menu

Bekas simpan cili, kicap dan cuka.. so cute..