Sweet.. sweet... sweet memory..

Saturday 24 September 2011

Jamuan Raya Kimia Sabah 2011

Pada 22/9/2011, kat Kimia Sabah diadakan sambutan raya aidilfitri. Disebabkan sekarang ni tengah zaman ekonomi meleset, maka sambutan perlu diadakan secara berhemah. Maka dengan kutipan sejumlah wang dari staf, makanan kali ni disediakan secara gotong royong. Satu jawatankuasa telah ditubuhkan untuk tujuan ini dan mereka ni lah yang bertungkus lumus dari bahagian persiapan auditorium, penyediaan makanan dan sebagainya. Terdapat jugak beberapa staf walaupun bukan AJK turut sama membantu dalam memastikan jamuan kali ni berjaya.
Ini lah gambar2 yang sempat saya snap untuk jamuan ini. Tidak lah banyak sebab saya hanya melibatkan diri pada hari jamuan tersebut. 
Tumpang mengacau orang memasak
Seorang member khusyuk menghasilkan juadah istimewa terung bakar
Dalam auditorium dah


Persembahan aras dua
Persembahan aras satu.. aras saya ni tapi saya tidak join sebab tidak larat nak berdiri lama2..
Persembahan aras bawah
Gambar ni dan gambar seterusnya di bawah, makanan2 yang ada..



Walaupun jamuan ni kecil-kecilan, tapi ianya cukup meriah sebab warga Kimia Sabah semuanya happening dan sporting. Selain persembahan2 yang telah dirancang, terdapat juga persembahan2 secara bidan terjun, samada dengan kerelaan hati atau atas permintaan. 
Buat julung2 kalinya saya berduet dengan hubby.. Atas permintaan member2.. Semput chek..

Tuesday 20 September 2011

Food Poisoning lah..

Semalam, dalam jam 11 lebih, saya tengah buat persediaan untuk tidur. Anak saya, Fawwaz masih aktif lagi main. Masa tu saya kat dapur, tengah nak bancuh susu untuk dia. Pastu dia datang kepada saya, nak tunjuk sesuatu pada saya. Tapi dengan tak semena-mena, berhamburan muntah dari mulut dia. Banyak lagi tu. Habis keluar semua makanan yang dia makan. Terkejut saya. Terus saya menjerit panggil abah dia sekali untuk bantuan kecemasan. 
Selepas dah cuci semua, saya dan fawwaz pun masuk tidur. Tapi baru saja baring, dia muntah lagi. Kali ni tinggal air saja. Dah lepas lap2, baring la balik. Tapi ternyata beberapa minit sekali dia muntah lagi sikit2. Last2 saya panggil abah dia lagi. Tengok fawwaz pulak dah macam dipaksa pulak muntah tu. Dia pun dah lembik dan slow. Sekejap saja hilang aktif tadi. 
Bila abah dia masuk, dia cakap pergi klinik lah. Dengan pantas saya pun tukar baju. Tapi pastu abah dia cakap, dia tak nak pegi klinik. Dia suruh sapu minyak. Tapi selepas tu dia muntah lagi. Jadi saya cakap, angkat ja. Dalam keadaan merengek-rengek, kami pun keluar rumah. Masa tu jugak otak tengah fikir nak pegi klinik mana. Klinik yang selalu fawwaz pegi tu, dulu 24 jam tapi sekarang tak lagi. Lalu saya cakap kat suami pegi satu hospital pakar, yang selalu dengar orang puji2 hospital tu. Bukan saya tak nak pegi kerajaan tapi hospital kerajaan untuk kanak2 tu jauh sikit dari rumah.
Beberapa minit kemudian, sampai lah kami di hospital tersebut. Malangnya apabila nak masuk, nurse situ bagitau, tiada doktor pakar kanak2 hari ni. Saya tanya doktor biasa. Tapi nurse tu cakap kena jumpa pakar kanak2 saja tu. Dia cakap pegi hospital kerajaan tu atau satu lagi hospital pakar yang lokasi dia dah berpindah dan saya tak pasti kat mana. Dalam kereta kami decide pegi saja hospital kerajaan yang jaraknya mungkin dalam 20 km dari rumah. 
Fawwaz yang dalam pelukan saya pulak dah diam saja masa tu. Mungkin jugak dia mengantuk sebab time tu dah dekat pukul 1.00 pagi. Masa tu dalam hati saya hanya Tuhan yang tahu. Risau, sedih dan takut semuanya bercampur. Macam2 yang ada dalam fikiran saya. Saya pegang lengan dia, sejuk, tapi tangan dia tidak. Saya perhati jugak kuku dia kalau dah biru tapi masih ok. Saya berdoa dalam hati jangan lah apa2 yang tidak diingini berlaku pada anak saya ini. Tidak mungkin saya mampu terima kalau ada apa2 berlaku. Anak saya masih kecil untuk menanggung kesakitan yang amat dahsyat. Saya terasa perjalanan ke hospital terlalu lambat walaupun hakikatnya suami saya dah cukup laju memandu dan tiada banyak kenderaan di jalan.
Di tengah perjalanan, masa melintasi satu pekan kecil, saya ternampak klinik 24 jam. Saya bagitau suami dan terus suami pusing balik ke klinik tadi. Mujur lah di klinik tiada orang masa tu. Sekejap saja menunggu, dah dipanggil masuk jumpa doktor. Doktor pun memeriksa anak saya. Alhamdulillah, apa yang doktor cakap melegakan hati saya dan suami. Kata doktor, keadaan dia ok. Nadi masih ok, paru-paru pun ok. Mungkin salah makan saja. Doktor tanya makan apa, dan ada tak sapa2 lagi yang lain dalam keluarga yang muntah2 atau cirit-birit. Tapi tak da pulak. Pastu doktor tu kata dia akan tulis surat kepada doktor hospital kerajaan, dan boleh pegi sekarang atau pagi esok kalau fawwaz masih belum baik.
Keluar dari hospital, masa nak masuk kereta dengan tiba-tiba saya pulak termuntah. Macam habis semua isi perut saya dipaksa keluar. Perit tekak saya. Bila saya masuk kereta, saya tengok suami pulak macam nak muntah tapi tak jadi. Dia rasa macam loya. Hmm.. mungkin ada tak kena dengan sesuatu yang kami makan. Lepas tu kami semua terus pegi hospital. Sampai di jabatan kecemasan hospital, syukur lah orang tak ramai. Sekejap saja dapat jumpa doktor. Doktor tu cek, dan dia bagitau keadaan fawwaz tak teruk. Mild dehydration. Pastu doktor cadang masuk air atau dia bagi garam untuk minum di rumah. Saya dan suami fikir2, maka kami decide terus masuk air saja, sebab kalau nak bagi minum takut susah pulak nanti.
Maka fawwaz pun dibaringkan atas katil, dan nurse dan pembantu perubatan pun mula untuk masukkan air. Fawwaz langsung tak berbunyi atau bergerak. Mungkin dia mengantuk dan takut. Sedikit pun dia tak nangis masa nurse cucuk tangan dia. Selepas siap prosedur, duduk la saya di situ. Suami pulak dah pegi cari tandas sebab perut dia dah memulas. Saya pun tepuk2 fawwaz supaya dia tidur. Beberapa minit kemudian, dia pun tidur.
Selepas suami saya datang, dia bagitau dia cirit birit. Dan beberapa ketika kemudian, saya pulak sakit perut dan giliran saya ke tandas. Sah, saya jugak cirit birit. Mana satu la makanan yang menyebabkan kami semua keracunan ni. 
Selepas habis satu botol kecil (100 ml) air masuk dalam badan fawwaz, kata pembantu perubatan tu dah selesai. Boleh balik rehat kat rumah atau kat sini. Maka saya dan suami pun terus balik. Masa tu dah 3.30 pagi. Sampai di rumah, dah lebih kurang 4.00 pagi. Fawwaz jugak dah tidur. Saya dan suami pun tidur. Lebih kurang pukul 5.00 terjaga pulak dia, minta air masak. Selepas minum, dia muntah balik air tu. Pastu dia bagitau dah berak jugak. Kesiannya dia. Jam 5.00 pagi kena air sejuk. dah selesai semua, baru lah kami dapat tidur.
Esoknya, turn saya untuk check up pregnancy. Terpaksa jugak saya bangun walaupun mengantuk. Dan suami jugak terpaksa bangun. Saya rasa bersalah sangat sebab saya tak boleh bawak kereta. Kalau tak, tak perlu la saya susahkan suami dan dukung fawwaz yang sedang tidur masuk kereta. Di klinik, saya check up dengan nurse, saya bagitau apa yang berlaku semalam. Dia pun refer saya dengan doktor. Bila saya jumpa doktor, doktor pun bagi saya Cuti Sakit. Kata doktor kalau setakat saya sakit dia tak bagi sebab keadaan saya tak terlalu teruk tapi dia nak bagi saya rehat, sebab tak tidur semalam. Tekanan darah saya pun dah rendah. Terima kasih doktor sebab memahami.
Bila suami hantar saya balik, dia pulak pergi klinik sebab dia masih cirit birit. Dia pun dapat MC jugak sebab tu. Jadinya hari ni kami tiga beranak tersadai saja di rumah, sebab masing2 dah kehilangan cecair badan dan tenaga. Doktor bagi saya garam untuk minum dan dia cadang juga untuk saya minum 100 plus. Anak saya pun boleh minum tu, dia cakap.
Syukur lah keadaan kami semua tidak kronik. Saya teringat peristiwa dalam bulan puasa di mana ada yang meninggal sebab keracunan makanan. Terima kasih kepada doktor, nurse dan pembantu perubatan Jabatan Kecemasan Hospital Likas, doktor dan nurse di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Jalan Kebajikan dan doktor Klinik Lau & Chong!

Sunday 18 September 2011

soto dan pulut sekaya..

Kemarin tiba2 saya teringin nak makan soto. Yang saya teringin ni soto style semenanjung, iaitu nasi himpit dengan sup ayam. Kalau boleh dengan suhun dan begedil sekali. Maka saya suarakan pada hubby. Terus dia ajak pegi supermarket beli barang. Best2...
Balik dari kedai terus lah memulakan operasi memasak soto. Sup ayam tu senang saja. Rebus, pastu masuk la bahan2 berkenaan. Yang leceh sikit buat begedil. Nak kena gentel2 sebiji2. Dan kalau nak makan dengan soto ni kecik2 comel2 baru best.
Selepas beberapa jam, siap lah soto saya. Nasi himpit ditaburi ayam, daun sup, kacang, suhun, bawang goreng, tauge, begedil, cili kicap. Kemudian siram lah sup ayam. Makan sampai berpeluh dan berasap telinga sebab cili yang pedas dan kuah yang panas. Fuh...
Soto saya. Belum masuk sup lagi.
Malamnya ada pulak satu masalah. Saya terasa nak makan pulut sekaya (orang kedah panggil) atau seri muka. Apa kena saya hari ni. Nak makan makanan eksotik di Sabah ni. Saya kata makanan eksotik sebab makanan ni susah dapat di Sabah. Kalau semenanjung memang banyak.
Maka saya pun buka buku resepi tengok balik resepi yang saya tulis yang diturunkan oleh tok saya. Tok saya buat pulut sekaya memang saya suka. Maka mula lah saya masak pulut bersama santan. Kemudian saya perah kelapa lagi bersama daun pandan dan bahan2 lain, dan terus sediakan kepala pulut sekaya tersebut. Bila pulut masak, tuang kepala tadi dan kukus lagi. Selepas sejam lebih, masak lah ia. Tak sabar saya nak makan. Tapi sebab masih panas dan saya pun ngantuk, postpone la dulu.
Pulut sekaya. Warna kepalanya kurang hijau sebab saya guna daun pandan saja, tak da pewarna tambahan.
Pagi esoknya, saya bersarapan dengan pulut sekaya. Wah... terasa mengimbau kenangan di kampung pulak. Kepala pulut tu lembik sikit (mungkin santan saya terlebih cair) tapi rasanya ok jugak. Boleh lah dimakan.
Terasa lepas keinginan saya untuk makan dua makanan ni. Ada satu lagi misi saya. Nantikan saya tulis di sini kalau saya berjaya dapatkan makanan tersebut.

Wednesday 14 September 2011

Thank you PTPTN..

Baru2 ni saya telah mendaftarkan diri untuk pembiayaan Ujrah oleh PTPTN, iaitu penurunan kadar caj pentadbiran dari 3% kepada 1%. Actually awal2 perkara ni diwar2kan saya dah mendaftar tapi tak tau apa masalahnya, tak dapat reply apa2. Jadi baru2 ni selepas berita di tv umum pendaftaran tu sampai hujung bulan September ni saja, cepat2 la saya daftar lagi sekali. Ternyata kali ni membuahkan hasil. Sekejap saja, dalam 5-10 minit terus saya mendapat email balas dari ptptn minta saya isi maklumat2 tertentu. Selepas saya isi maklumat tu dan hantar, sekejap juga saya dapat email balas "Permohonan Anda Akan Diproses". Maka menunggu la saya dengan debaran di dada.
Selepas dua hari, saya telah menerima email yang menggembirakan. Permohonan saya telah berjaya. Bersama email tu ada dokumen2 yang perlu saya lengkapkan dan hantar kepada ptptn. Wah.. banyak jugak saya kena buat ni. Mendengar saya cakap demikian, hubby saya cakap, "Bukan senang orang nak bagi murah macam tu.." Betul jgk.
Ok lah. Saya sudah print dokumen2 berkenaan. Dan masa cuti hujung minggu ni, saya akan lengkapkan dokumen2 tu dan akan submit minggu depan, insyaAllah. Harap semuanya dipermudahkan. Kalau mengikut kiraan yang ptptn bagi tu, saya perlu bayar kurang RM50 setiap bulan dari yang saya bayar sekarang. Syukur lah. RM50 tu besar nilainya.
Thank you PTPTN!!

Wednesday 7 September 2011

Jamuan Raya Forensik 2011

Raya.. raya.. belum abis lagi mood beraya ni. Syawal kan panjang lagi. Selagi tak abis bulan ni, beraya lah lagi.
6 September 2011, beberapa warga Forensik yang sudah abis bercuti telah mengadakan jamuan raya untuk warga bahagian ni. Lebih kurang jam 11.30 start dan makan, makan dan makan sampai waktu rehat. Makanan tak da la banyak tapi makan ini sikit, itu sikit, dah tersandar jugak semua.
Ketupat pulut yang dimasak oleh hubby

Rendang daging yang dimasak oleh saya, resepi bonda
Tapai pulut yang dibuat oleh makcik Mr T

Satay ayam dan daging yang disponsor oleh Mr T
Cornflakes madu yang dibuat oleh saya dan hubby. Second batch

Coklat yang dibuat oleh Mr T

Almond London yang disponsor oleh Mr T

Keropok yang digoreng oleh Mr T

Biskut2 dan kerepek yang dibuat oleh Mamamia

Kek lapis yang disponsor oleh Ms AA
Selain makanan yang digambar di atas, ada banyak lagi biskut2 dan kerepek, tapi saya tak sempat gambar semua. Alhamdulillah, walaupun tak sempat beraya rumah orang, dapat jugak makan makanan raya di ofis.

Saturday 3 September 2011

Lebaran 2011..

Wah.. diam tak diam dah habis bulan puasa. Diari Ramadhan yang saya tulis sebelum ni tak dapat disiapkan sehingga 29 Ramadhan kerana kamera handphone saya rosak. Jadi tak boleh nak ambil gambar, tak da mood la nak tulis. Tapi malam raya ok pulak dia, Tiba2 anakanda tersayang saya tekan2 handphone tu, dia tunjuk dekat saya dan cakap, "na mak, boleh sudah". Sekali saya pandang, aik, dah ok kamera handphone tu. Tak tau la saya apa anak saya buat.
Raya tahun ni saya rasa teringin pulak nak buat sendiri biskut raya. Saya cakap dekat hubby. Tak sangka dia bersetuju pulak. Dengan semangatnya, lagi dua minggu nak raya saya dan hubby dan anak pergi la supermarket kegemaran kalau nak shoping banyak2. Giant. Berserta senarai barangan yang dah ditulis, saya dan hubby menolak troli yang dah diduduki oleh anak saya. Kami pun pilih2, masuk dalam troli barang2 yang diperlukan. Dah ada semuanya, kami pun bayar. Banyak betul barang yang kami beli. Saya rasa inilah resit terpanjang yang pernah kami shoping.
Resit beli barang buat biskut (ada sikit la barang lain). Panjangnya lebih dari 30cm
Lagi seminggu nak raya, masa cuti hujung minggu, saya dan hubby dan dibantu oleh chef kecik mulakan operasi membuat biskut. Dalam dua hari cuti, kami dapat siapkan empat jenis biskut. Wah.. tak sangka jugak ya. Berjaya jugak kami buat. Yang paling best, biskut kegemaran saya pun berjaya dibuat. Rupanya tak cantik sangat la, tapi rasanya ada. Ok la tu. Susah jugak nak jumpa biskut kegemaran saya tu kat KK ni. Biskut kegemaran hubby pun ada jugak.
Hari minggu terakhir bulan puasa tu, selesai mengemas rumah, saya dan hubby menyambung operasi masak makanan untuk hari raya. Kali ni kami buat kek dan kerepek gunting. Sehari sebelum raya, saya dan hubby kerja lagi. Cewah.. rileksnya kami, macam tak raya ja. Tengahhari kami keluar sekejap, cari barang lagi, tapi misi tak complete. Malam raya, kami keluar lagi menyelesaikan misi shoping saat akhir.
Biskut semperit, my favourite
Biskut oat coklat
Kek pandan
Cornflakes madu, kegemaran hubby dan telah menjadi kegemaran anak saya jugak
Biskut coklat
Kerepek gunting
Hari raya pertama, pergi sembahyang raya di Surau Austral, KK. Masa tengah sembahyang, tiba2 anak saya menangis dengan syahdunya. Sudah sembahyang, saya tanya kenapa tapi dia tak bagitau. Lepas sembahyang, ada jamuan raya. Lepas makan, kami pun balik rumah. Bila suami saya tanya anak saya kenapa dia nangis, baru dia cakap. "Kakak main kain tutup fawwaz". Oh, rupanya. Saya perasan jugak budak tu pegang2 fawwaz. Rupanya dia yang tolak tabir sampai kain tu terpusing, menyebabkan anak saya terlindung dari saya. Kesian dia. Lepas berehat sekejap, member ofis telefon ajak kami pergi beraya. Kami pun ikut dia pergi beraya rumah parents dia di Tuaran, kemudian Lok Kawi. dah petang, kami pun balik rumah dan berehat.
Malamnya, anak saya dah start batuk. Badan pun panas sikit. Mungkin letih dan minum banyak air ais. Siap muntah lagi masa tidur. Terus saya bagi ubat yang ada kat rumah.
Anak tersayang di pagi Syawal. Dah ready nak pergi beraya. Selamat Hari Raya semua.
Hari raya kedua, member ofis yang lain nak datang rumah. Saya pun masak ketupat dan kari daging. Anak saya jugak macam dah ok demam dia. Lepas makan, kami pergi pulak beraya rumah bos, dekat saja dengan rumah saya. Pas makan dan sembang2, kami pun balik rumah. Tapi demam anak saya datang balik. Macam dah abis kesan ubat, datang balik demam dia. Petangnya member ofis masa kat PJ dulu datang. Malamnya kami bawa dia pergi rumah bos lagi, sebab dia pun kenal bos tu. Dua kali kami beraya rumah bos tahun ni. Pas beraya, kami bawa anak saya pergi klinik. Kata doktor, ok, tiada jangkitan yang serius. Alhamdulillah, lega saya dengar. Malamnya, masa tidur, muntah lagi anak saya. Hmm...
Raya ketiga, ada jemputan open house rumah ofismate. Tapi memikirkan anak saya yang tak berapa sihat, tak jadi kami pergi. Sebab kalau dah pergi, anak saya mesti nak minum ais lagi. Minta maaf la akak yang jemput tu. Saya teringin jugak nak pegi, tapi takut anak saya tak baik2 jugak.
Raya keempat, eh, kami dah start kerja. Hehe.. memang kami sengaja tak ambil cuti extra. Sebabnya, kami nak simpan cuti untuk balik kampung hujung tahun. Ada berapa orang saja dekat ofis yang kerja hari tu, dan mostly non-muslim. 
Sememangnya raya kali ni ala kadar saja bagi kami. Biskut pun buat sendiri, ala2 berjimat. (Tapi memang jimat sgt). Beraya pun tak banyak rumah dan saya pun tak masak special2. Selain anak saya sakit, saya sendiri pun tak larat. Perut dah menegang, mengah lagi. Kesian anak saya. Tapi masih panjang lagi raya ni. InsyaAllah kalau larat dan anak saya dah sihat, nak jugak saya beraya rumah kawan2 lagi.