Sweet.. sweet... sweet memory..

Sunday 1 April 2012

Awatif masuk Emergency..

Hari jumaat lepas, dalam jam 10.30 malam, tengah saya syok2 goreng nugget sebab nak layan citer shrek, awatif yang baru tidur didodoikan abah dia, bangun balik.. tapi dia menangis ja.. saya buat biasa saja sebab biasa la budak nangis bila bangun tidur.. tapi suami saya panggil datang tengok.. kenapa pulak..
maka saya pun meletakkan sudip dan pergi tengok awatif dan dukung dia.. kadang2 bila dah dukung tu makin slow la menangis dia.. tapi ni tak jugak.. kemudian saya tengok dia macam menggigil mulut dan tangan dia, dan nampak macam sesak nafas.. saya pun cakap kat suami pergi hospital..
Sepantas kilat kami tukar baju dan terus menuju ke hospital.. nasib la hospital Queen Elizabeth dekat dengan rumah.. dengan kelajuan yang luar biasa oleh semua saya, dalam 5 minit kami pun sampai di hospital.. terus saya dukung awatif pergi ke kaunter jabatan kecemasan.. tatkala melihat saya bersama bayi, terus MA tu suruh saya masuk.. bila masuk dalam tu, doktor yang sambut suruh letak awatif dalam baby cot.. awatif pulak menangis tak berhenti2 dan makin kuat..
bermacam2 soalan yang ditanya pada saya pasal awatif.. at the same time, doktor tu cek dia.. suhu, jantung, paru2, ambil darah.. bila doktor buka baju nampak la pernafasan dia lain dari biasa.. first2 sekali diorang bagi dia PCM dulu, sebab demam dia 38 darjah.. pastu nurse2 bukak semua baju seluar, sapu satu badan dia dengan air.. lepas beberapa ketika, baru la dia berhenti menangis dan tertidur..
bila dah terkawal keadaan dia, nurse bawak saya pergi x-ray dia.. bila diletakkan atas katil x-ray, menangis lagi..dah sudah, diorang suruh saya duduk dalam bilik observation.. sambil2 terus basahkan badan dia dengan air.. pastu balik2 diorang ambil suhu.. awatif pun bukan main manja lagi dia.. tidur atas riba ja, tak nak baring atas tilam, sampai saya menahan 'nature call'..
lepas beberapa ketika, doktor pun datang bagitau saya finding diorang.. tonsil sebelah kiri awatif bengkak, pastu ada jangkitan sikit dalam darah.. tapi jantung, paru2 semua normal.. so dia bagi awatif balik, dan mesti minum antibiotik.. tapi dia bagitau saya beberapa keadaan kalau berlaku yang awatif mesti dibawa ke hospital segera..
Alhamdulillah, bila semuanya selesai, saya pun pulang.. kesian fawwaz yang setia menunggu dengan abah dia kat luar.. dah tertidur2 dia.. dalam jam 3 kami sampai rumah..
Selepas dua hari keadaan awatif makin baik.. dah boleh senyum2.. tapi 3 april saya kena bawak dia review di klinik.. hopefully semakin baik.. amin..

Resepi Pulut Sekaya Tok Timah

Lama betul saya tak dapat tulis dalam blog ni.. Bila dah start keja pas cuti bersalin, kerja ofis kembali menimbun.. dan sometimes rasa lagi banyak dari sebelum ni.. Sekarang ni saya just nak kongsi resepi pulut sekaya aka kuih seri muka. Saya namakan Pulut Sekaya Tok Timah sebab ini memang resepi nenek @ tok saya.. Saya amat menggemari pulut sekaya dia ni.. that's why saya minta resepi dia..

Bahan-bahan..

1 1/2 pot pulut
4 biji telur
1 biji kelapa (dibahagi dua - utk kepala dan pulut) - ambil santan
1 cawan gula
sedikit jintan manis (dlm 1 camca teh)
2 ulas bawang merah
5 helai daun pandan (lebih dalam 1,2 helai pun ok)
(jintan, bawang dan daun pandan ditumbuk bersama, then perah dengan kelapa yang untuk bahagian kepala)
Sedikit garam
1 camca besar tepung gandum (kalau nak kepala tu keras guna la dua)

Cara membuat:

1. Kukus pulut dengan santam dan garam (paras santan tu sampai tenggelam pulut)
2. Pukul telur hingga kembang, masukkan gula.
3. Pukul lagi, masukkan santan (yang dah warna hijau dan berbau jintan+bawang), kemudian tepung
4. Bila pulut masak, angkat dari pengukus. Tekan2 supaya pulut rapat dan padat. Then campuran no. 2 dan 3 (kepala) dituang ke atasnya.
5. Kukus lagi sehingga kepala masak (boleh check macam check kek tu, cucuk pakai lidi)

Kalau mahu warna kepala tu lebih terang, bole masuk sedikit pewarna hijau. yang penting jgn tinggal daun pandan, sbb ini lah yang memberi bau yang sgt sedap kepada kuih ni...

Dah masak, tunggu sejuk baru boleh potong dan makaaann...

ini lah pulut sekaya tersebut.. sangat lemak rasanya...