Sweet.. sweet... sweet memory..

Friday 9 December 2011

First time awatif selsema dan batuk..

Kelmarin awatif meragam. Menangis saja. Saya sapu minyak perut dia. Pastu dia buang angin dan air besar. Ingatkan pastu dah ok. Rupanya tak jugak. Menangis lagi. Pastu baru perasan ada bunyi kat hidung dia. Dia pun batuk sikit2. Dia nak tidur dukung atau atas riba ja. Bila letak atas tilam, bangun dan menangis lagi. Bila kepala dia tinggi sikit baru dia lena. Pastu baru saya perasan, laa... puteri saya selsema rupanya. Patut la meragam. Batuk pun ada sikit2. Sepanjang malam saya berjaga. Last2 saya dah letih sangat, saya tidur duduk ja, sandar kat dinding, dan awatif tidur atas riba. Dah lama pastu, tengkuk saya dah sakit. Saya letak dia atas tilam, dia jaga lagi. Saya kejutkan suami, dia pulak riba awatif tidur sampai pagi.
Awal betul anak saya ni kena selsema. Umur dia baru sebulan setengah sekarang. Susah betul. Nak makan ubat, dah sah2 tak boleh. Nak sapu vicks pun tak berani. Tahan saja laa. Cepat la sembuh puteriku..

Wednesday 7 December 2011

Bengkak Susu pulak..

Saya rasa ramai orang yang pernah alami bengkak susu ni kan.. Ya.. memang sakit sangat. Saya dah experience masa anak pertama dulu, dan anak kedua ni saya alami jugak. Tapi kali ni worse la. Last time jadi, pas beberapa hari hilang la. Kali ni, saya rasa start masa hari 20 ke atas. Tapi ada satu area yang macam susu tu dah keras. Saya tanya nurse yang melawat rumah, dia suruh saya tuam supaya lembut part tu sebelum bagi baby minum. Saya dah buat beberapa kali, tapi nampaknya sekejap dia mengecil pastu membesar balik. Dia tak nak hilang terus. Sampai la semalam saya pegi jumpa doktor. Sebabnya dua tiga hari sebelum tu saya tengok area tu dah merah. Kata doktor bila dah merah tu maksudnya dah nak start ada jangkitan kuman. Jadi doktor inject antibiotik dan bagi ubat makan antibiotik, surut bengkak dan tahan sakit. Kata doktor lagi kalau it getting worse, maksudnya dah bernanah perlu buka (belah) buang nanah. Waa.. takutnya saya. Harap2 la ia makin baik..

Saturday 26 November 2011

Anak Sulung Saya Pulak Sakit..

Pada 22/11/11, anak sulung saya bagitau dia kena gigit nyamuk, dan seperti biasa dia nak letak mopiko. Bila saya tengok kesan 'gigitan nyamuk' tu, lain macam je saya rasa. Saya belek2 badan dia, eh, macam banyak ja ni. Lagipun nyamuk apanya siang2 ni. Saya mula rasa macam anak saya kena campak. Tapi masih awal untuk disahkan. 
Esoknya, nampak la makin banyak biji2 di badan anak saya. Saya makin yakin anak saya kena campak. Selepas pergi klinik untuk anak kedua saya, kami bawa pulak anak sulung saya pergi klinik. Dan doktor mengesahkan anak saya kena campak air. Kata doktor sakit ni takda ubat. Dia cuma bagi paracetamol untuk tahan sakit dan demam, dan calamine lotion. Saya dan suami pulak beli air kelapa bagi dia minum dan masak sup ayam untuk dia makan. Kata orang tua2, dua2 makanan ni mempercepatkan biji2 tu keluar, maka cepatlah baik. 
Kesian anak saya. Jenuh jugak nak melayan dia. Macam2 la yang kami cakap dengan dia untuk pujuk dia sapu ubat tu. Nak belikan itu, nak bagi makan ini. Malamnya dia tidur tak lena, asyik menangis dan merengek saja. Abah dia la yang duk melayan dia malam tu, sebab saya duk melayan bayi. Masa tu rasa rumah saya macam wad neonatal dan wad paediatrik dah. 
Hari ni biji2 berair di badan anak saya makin kering dah. Dia sendiri pun dah tak terbaring sangat macam sebelum ni. Syukur lah. Ada orang cakap kesian kat saya sebab dalam pantang macam2 jadi. Ya jugak, tapi syukur lah saya sihat. Dan saya fikir lagi, bagus juga anak saya kena campak masa saya cuti ni. Kalau masa saya kerja, confirm saya kena cuti jugak. Sememangnya Allah lebih tau apa yang terbaik untuk kita.

Puteriku Makin Sembuh..

Alhamdulillah.. selepas beberapa hari yang getir, akhirnya puteri saya semakin sembuh dari sakit kuning tu. Tapi agak lama la dari kebanyakan bayi. Kata doktor, keadaan bayi saya dinamakan "Prolonged Jaundice". Di sini saya nak kongsi pengalaman saya menghadapi keadaan ini.
Selepas last saya tulis ari tu, esoknya 6/11 bersamaan hari raya aidiladha saya bawa bayi saya cek darah macam biasa. Saya mengharapkan turun la kuning dia hari tu. Tapi mengejutkan saya, kuning dia naik lagi, iaitu 250, sedangkan hari sebelumnya 236. Saya tak dapat lagi menahan air mata. Kat hospital tu jugak saya menangis. Esoknya, saya bawa lagi bayi cek. Tengah tunggu keputusan, nombor saya dipanggil jumpa doktor. Saya dah tau sesuatu yang luar biasa sebab kat hospital ni, kalau result biasa, terus ja balik atau masuk wad, takda jumpa doktor. Bila saya jumpa doktor, doktor tunjuk result, 279. Untuk photo level, 280. Pastu result anak saya pulak jumping. Jadi doktor cakap dia pun dilema nak bagi saya balik atau masuk wad. Dia tanya saya macam mana. Saya cakap, masuk wad lah, sebab saya risau, Anak saya minum susu banyak tapi kuning dia tak turun. Maka tengahhari tu terus anak saya masuk wad dan diberi lampu.
Petangnya, datang la doktor pakar kanak2 melawat. Bila dia tengok anak saya yang dah berumur 16 hari, dia cakap anak saya dah tak perlu lampu lagi dan saya boleh balik. Saya cakap kat doktor, saya risau. Jadi doktor tu terangkan pada saya dengan panjang lebar, dan saya cuba fahami sebagai bukan orang medical. Untuk keadaan yang biasa, kuning ni akan hilang dalam masa 14 hari. Bila dah lebih 14 hari, treatment untuk bayi tu bukan lampu lagi walaupun level dia tinggi. Ada dua sebab yang boleh sebabkan kuning panjang ni. Satu, keadaan yang perlu dirisaukan iaitu kalau direct bilirubin yang tinggi, menunjukkan something wrong dengan fungsi hati, dan ini memerlukan pembedahan. Kedua, indirect bilirubin yang tinggi, menunjukkan hati berfungsi dengan baik, cuma mungkin hatinya belum cukup matang. Jadi doktor ambil darah anak saya untuk test tu, Liver Function Test (LFT). Malam tu jugak saya dibenarkan pulang.
Selepas dua hari, saya pergi hospital untuk dengar result LFT. Doktor cakap, kuning anak saya memang naik dari paginya, iaitu 300. Tp ada berita baik. Anak saya tiada masalah, cuma mungkin hati dia belum matang. Syukur. Tapi doktor nak saya datang lagi minggu depan untuk buat test lain dan tengok kuning tu turun ke tak. Minggu depannya, saya bawa lagi anak saya ke hospital. Masa pergi tu jugak, saya terus disuruh bawa sampel air kencing anak saya. Di hospital, tiga tiub darah anak saya diambil. Sedih saya melihat tangan anak saya dicucuk dan ditekan untuk keluarkan darah. Ujian kali ni pulak untuk Urine FEME, Tiroid, PBF (keadaan darah) dan monitor unconjugated hyperbilirubinemia. 
Selepas seminggu, bersamaan 23/11, saya pergi hospital lagi untuk tau result test2 sebelum ni. Bila jumpa doktor, alhamdulillah, doktor cakap berita baik lagi. Semuanya normal, dan level bilirubin juga dah turun dari minggu sebelumnya, iaitu 250. Jadi kata doktor, dia akan transfer saya ke Klinik Kesihatan, so tak perlu saya pegi jauh2 ke hospital. Balik dari hospital, saya terus pergi klinik. Bila jumpa doktor di klinik, dia terus suruh saya cek level kuning. Bila dapat result, barulah hati saya lega sangat. Kuning dia dah turun jadi 147. Bila jumpa doktor, dia cakap tak perlu cek lagi pasni sebab kuning dia dah turun banyak, dan dia tak da masalah. Kata doktor, sesetengah bayi yang breasfeed memang kuning dia lambat turun. Lagipun, saya ni berdarah O.
Sekarang barulah hati saya tenang. Sebelum ni saya asyik fikir keadaan anak saya. Saya juga minum glukos dan susu kambing. Terima kasih kepada kawan2 dan saudara2 yang bersimpati, berkongsi petua dan berdoa. Sekarang puteri saya sedang membesar dengan sihat. Masa timbang untuk sebulan, berat dia sudah naik 1 kilo. Syukur...

Saturday 5 November 2011

Puteriku Masih Berjuang..

Untuk sesiapa yang pernah baca tulisan saya sebelum ni, kalau dilihat tajuk di atas, mesti macam pelik saja. Berjuang? Apa yang dijuangkan? Bayi tu? Ya.. bayi saya yang hari ni genaplah umur dia empat belas hari. Berjuang apa? Sehingga hari ni, anak saya masih berjuang membebaskan dirinya dari jaundis atau orang kita panggil sakit kuning. Dan dia kini boleh dikatakan mengalami prolonged jaundice, sebab untuk jaundis yang biasa bagi kebanyakan bayi, ia akan hilang dalam masa empat belas hari. Tetapi untuk puteri saya, bacaan dia hari ni masih agak tinggi, cuma alhamdulillah ia sedang menurun dan dalam tahap selamat.
Termasuk pagi tadi, anak saya sudah diambil darahnya untuk pemeriksaan sebanyak 11 kali. Banyak kan? Sebagai ibu, hati saya sangat luluh melihat jarum menyuntik anak saya setiap hari. Tapi saya pujuk hati saya dan katakan ini adalah untuk kebaikan dia. 
Saya mula bawa anak saya untuk pemeriksaan pada hari ketiga kelahirannya. Masa tu bacaannya masih dalam tahap tidak membahayakan. Esoknya, bacaan dia telah naik ke tahap membahayakan dan perlu diletak bawah lampu atau phototherapy, maka dia terus kena masuk wad. Secara automatiknya saya sendiri pun masuk, sebab prosedur hospital di sini, ibu mesti bersama bayi yang dalam wad untuk menjaga bayi dan menyusu badan. Alhamdulillah, anak saya bertindak balas pantas di bawah lampu tersebut. Hari pertama bacaan dia turun 6, dan hari kedua turun 90. Saya menitiskan air mata bila doktor maklumkan bacaan anak saya turun sampai begitu sekali. Hari itu kami dibenarkan pulang.
Esoknya, bacaan dia turun lagi. Saya rasa makin tenang. Doktor pun bagi dia rehat dari pemeriksaan satu hari. Hari kedua saya pergi cek, dan mengejutkan saya, bacaannya naik. Saya sangat risau masa tu. Suami saya juga demikian. Doktor juga mengatakan 'not good', dan menyuruh saya minum air empat liter sehari. Dan mulai esoknya, bacaannya naik, turun, naik, turun dan turun (hari ni). Walau bagaimanapun, bacaannya masih lagi perlu pemeriksaan setiap hari. 
Menurut kata doktor, sesetengah bayi tindak balas badan dia berbeza berbanding bayi lain. Kata doktor, kalau bacaan sampai Isnin ni turun, maka saya hanya perlu teruskan menyusu badan dan perlu menjalani pemeriksaan seperti biasa. Tetapi kalau ada naik balik, dia perlu diperiksa untuk penyakit lain. 
Di sini ada saya catat bacaan anak saya setiap hari. 25/10-242. 26/10-301. 27/10-295. 28/10-205.  29/10-180. 31/10-206. 1/11-224. 2/11-222. 3/11-248. 4/11-239. 5/11-236.
Saya berdoa semoga Allah sembuhkan anak saya, menghilangkan segala penyakit dari anak saya ini dan berikan dia kesihatan. Sedih saya melihat anak saya yang masih perlu dibangunkan setiap dua jam untuk menyusu, padahal dia nyenyak sangat tidur. Kepada saudara2 dan kawan2 yang baca tulisan saya ini dalam masa terdekat ni, tolong juga doakan supaya puteri saya, Nurul Awatif Binti Farulnizam sembuh dari sakit kuning ini. Amiiinn....

Saturday 29 October 2011

Kelahiran Puteriku..

Pada 17/10/2011, genaplah kandungan saya 38 minggu. Sehingga itu, saya belum ada tanda2 bersalin. Due saya pun masih dua minggu. Cuma badan saya saja seperti sudah tak dapat menahan dua minggu lagi. Tangan saya selalu sengal2, dan saya sakit sangat di bahagian bawah perut, terutama apabila bersin, bangun dari posisi baring atau apa2 perbuatan yang menekan di bahagian itu.
21/10/2011 petang, telah diadakan Kursus untuk Kumpulan Pengurusan dan Profesional di pejabat saya. Maka seperti yang diarahkan oleh bos, saya pun hadir kursus seperti biasa. Untuk hari Jumaat tu, kursus tu sampai malam. Walaupun perlu ke pejabat di luar waktu bekerja, saya hadir jugak sebab saya rasakan kursus tu menarik. Bukan kursus teknikal dan ianya lebih santai dan rileks. Malam tu lebih kurang 10 lebih tamat kursus.
Esok paginya, 22/10/2011 saya pergi lagi berkursus. Masa on the way, saya rasa macam ada sedikit contraction. Tapi pregnancy kali ni kerap saya rasa contraction, jadi saya buat tak tau saja. Semasa berkursus, saya pun dah lupa dengan contraction tu sebab leka dengan aktiviti yang disediakan. Pagi tu siap ada senaman ringan. Saya pun buat jugak yang mana yang senang2 tu. Time minum pagi lebih kurang jam 10, saya mula rasa balik contraction tu. Dan saya dah rasa tak da selera makan. Nasi lemak yang terhidang, saya hanya makan sesudu dua ja, dan satu potong kuih lapis. Popia pun saya tak makan. Masa tu orang lain dah mula bertanya2, nak pegi hospital ke, ok ke. Tapi saya rasa masih boleh tahan. Jadi saya hanya bagitau suami saya supaya standby. Dia pulak pagi tu pergi pasar beli barang dapur.
Lepas makan sesi diteruskan dengan public speaking setiap orang. Seronok saya tengok orang present ni. Lebih kurang 11.30, saya pergi toilet. Tengok masa tu, dah ada darah sikit. Jadi saya terus pegi bagitau Ketua Admin merangkap Penyelaras Kursus. Saya juga call suami saya. Kemudian saya masuk bilik kursus dan bagitau bos. Terus penceramah break sekejap memberi peluang saya mengemas barang dan keluar. Semasa mahu keluar, semua kawan2 yang berkursus mengucapkan selamat kepada saya. AA, AAB, SF, SM, NI, En ANH, Pn OJC dan lain2 lagi. Sementara menunggu suami saya sampai, staf2 admin temankan saya di lobi. Diorang jugak bekalkan saya dengan makanan dan minuman. Terima kasih Pn KH, HA, C, AKI, KT. 
Sampai di hospital, kami terus pergi Bilik Penilaian. Di sini doktor akan periksa tahap progress ibu. Punya la ramai orang di situ. Satu persatu penilaian saya lalui. Kira-kira 4 jam termasuk masa menunggu. Akhirnya doktor buat keputusan saya belum bersedia untuk bersalin, dan beritahu saya untuk pulang. Tapi saya tak nak sebab saya rasa saya memang sakit nak bersalin, makin lama makin kuat. Siap doktor tu kata, betul ke saya tau sakit bersalin. Saya cakap first deliver dulu pun saya sakit, jadi saya tau la. Setelah berbincang dengan doktor yang lebih senior, doktor senior tu nak buat penilaian ke atas saya. Bila doktor tu buat, ternyata saya dah ada tanda2 bersalin. Terus saya kena admit wad. Lebih kurang jam 6 petang saya pun masuk dalam wad. Suami dan anak saya ada dengan saya menemani saya. Sakit saya juga makin kuat. Anak saya pun dah kesian2 dengan saya. 
Tamat waktu melawat, 7 malam, suami dan anak saya pun pulang. Tinggal lah saya melawan kesakitan seorang diri. Dalam wad tersebut ada lebih kurang 8 orang dan saya langsung tak mampu bercakap dengan mereka. Lebih kurang lapan lebih, saya rasa sakit sangat dan sudah banyak darah. Maka saya tekan butang untuk panggil nurse. Datang la seorang nurse yang senior bertanya kenapa. Bila saya bagitau, dia cakap belum lagi. Selagi tak turun air, belum tu. Saya pun terus menahan kesakitan sampai menggigil. Tak lama selepas tu, datang pula beberapa nurse untuk buat normal procedure. Terus ibu2 lain dalam wad tu bagitau nurse2 tu suruh tengok saya, sebab diorang rasa saya macam dah teruk sangat. Bila nurse tu periksa, ternyata saya semakin hampir melahirkan. Nurse tu telefon labour room, malangnya labour room tak nak selagi belum sampai 80% progress. Tapi melihat keadaan saya, nurse tersebut rasa progress saya akan cepat. Jadi dia minta untuk bawa saya berdekatan kaunter mereka supaya senang dia pantau, memandangkan wad saya jauh dari kaunter. Selepas lebih kurang sejam, dekat2 9.30 malam, saya rasa sakit yang dah tak tertahan, maka saya pun panggil nurse. Bila dia periksa, saya sudah masuk 80%. Dengan pantas saya terus ditolak ke labour room. Bila sampai di labour room dan saya ditempatkan di katil untuk bersalin, saya diperiksa, dan mengejutkan nurse, saya sudah sedia 100% untuk bersalin. Dia pun menjerit panggil doktor dan doktor pun datang dengan kelam kabut dan cepat2 buat persediaan. Doktor siap cakap dengan saya, "Jangan kau mengajan (push) lagi mama. Saya belum sedia lagi ni". Diorang pun tak sangka saya akan bersalin secepat itu. 
Selepas beberapa kali berusaha, akhirnya saya terdengar tangisan bayi, pada jam 9.47 malam. Barulah saya bernafas dengan lega. Kemudian nurse tersebut tunjuk jantina bayi dan letakkan bayi di dada saya. Air mata saya terus bergenang bila melihat baby yang menangis di dada saya. Pengalaman ini tak dapat saya rasakan semasa melahirkan anak pertama kerana baby saya dulu dah lemas. Dia terus dibawa untuk bantuan selepas dia keluar dan saya ditunjukkan jantina dia. Saya rasa sangat terharu saat melihat puteri saya itu dan bersyukur kepada Ilahi. Sakit yang dahsyat tadi juga telah hilang.
Alhamdulillah, terima kasih kerana memberikan saya peluang kedua ini. Saya rasakan bagai telah sempurna hidup saya dengan suami dan sepasang cahaya mata. Semoga Allah memberikan kami kebahagian di dunia dan akhirat. 
Sejam lebih selepas kelahiran
Selepas seminggu

Tuesday 18 October 2011

Aku Dan Mereka...

Anak

Arghh.. apa yang bising ni.. Selama beberapa bulan aku rasa tenang dan nyaman sekali di dalam duniaku ini. Yang aku dengar hanyalah bunyi yang berirama yang tidak aku tahu dari mana. Aku ingin melihat di mana aku sekarang tapi mataku ini masih belum boleh dibuka. Kemudian aku rasa seperti ada sesuatu yang basah dan kasar menjilat seluruh tubuhku. Hish.. apakah ini? Pertama kali ku rasa begini. Tapi ku rasa satu perasaan yang seronok kerana rasa diriku dibelai dengan kasih sayang. Aku mula berbunyi. Kemudian sesuatu yang membelaiku itu juga turut berbunyi. Entah dari mana seperti ada yang berbisik, inilah ibuku. Ibu? Aku tertanya. Kemudian aku terdengar lagi. Yang membawamu ke sana ke mari selama beberapa bulan, yang dirimu berada dalam dirinya. Yang darinya lah kau mendapat makanan untuk membesar sehingga kini, dan membawa mu dari dunia kecil ke dunia yang lebih besar. Kini aku faham. Aku mula merapatkan diri pada ibu untuk mengucapkan terima kasih. Kemudian aku bagai terbau sesuatu yang enak, yang merangsang deria rasaku untuk merasa. Pantas  mulutku mencari apakah itu, dan naluriku menyatakan inilah makananku di dunia baru ini. Aku terasa leka sekali apabila dapat merasakan keenakan makanan itu.
Suatu hari aku terasa perutku berbunyi. Kenapa ini? Lantas fikiranku teringatkan ibu. Di mana ibu? Aku dapat merasakan hanya ibuku yang boleh menghilangkan bunyi perutku ini. Aku juga teringat makanan yang enak yang keluar dari perut ibuku itu. Tapi aku tak dapat menghidu bau ibuku. Suaranya pun aku tidak dengar. Aku cuba memanggil, tapi tiada yang membalas panggilanku. Apa lagi yang aku boleh buat selain menunggu ibu datang. Aku menunggu, menunggu sehingga aku hampir terlelap.
Namun tiba-tiba ada lagi sesuatu yang mengejutkan aku. Aku bagai terasa ada sesuatu yang menitis di badanku. Dan setiap titisan itu juga membuat aku rasa dingin. Makin lama titisan itu makin banyak. Ibu... ibu... Tolong aku ibu.. Apa yang boleh aku buat.. Aku cuba bergerak tetapi perjalananku terhad. Aku melangkah ke hadapan, namun aku gagal kerana ada dinding yang tinggi dan licin di hadapan ku. Belakang juga begitu. Aku ke kiri, melangkah beberapa tapak namun titisan itu masih mengejarku. Aku ke kanan, sama juga. Aku terus menjerit memanggil ibu, agar ibu dapat membawaku lari dari titisan ini, yang membuatku rasa makin dingin dan tubuhku mula menggigil. Ibu... ibu... Kenapa ibu biarkan aku di sini...

Ibu

Suatu hari, bagai ada kelainan dalam diriku. Seakan-akan ada sesuatu yang bergerak-gerak dalam perutku. Apakah ini? Sakitkah aku? Aku juga merasa amat penat sekali. Huh... Aku cuba membiasakan diriku dengan kelainan ini. Makin hari sesuatu itu bukan makin hilang, malah semakin membesar dan memberat dalam perutku. Hendak berjalan pun aku tidak larat. Bagaimana aku mahu membuang ia dari dalam perutku?
Suatu petang aku merasakan sakit perut yang amat sangat. Aku mula gelisah. Ke sana ke mari aku berjalan. Sakit itu makin lama makin kuat. Dan aku bagai terasa inilah masanya sesuatu dalam perutku itu akan keluar. Aku cepat-cepat mencari tempat yang sesuai, tersembunyi dari pandangan mereka yang lain. Puas aku menahan kesakitan, kemudian keluarlah sesuatu dari dalam perutku. Arrghh... Bagai ringan sekali perutku selepas ia keluar dari dalam perutku. Ia mula berbunyi. Eh.. rupanya tak ubah seperti aku. Bunyinya juga hampir sama. Tapi badannya kotor. Dipenuhi cecair dan lendir jernih dan merah. Uish... kotornya kamu. Mari sini aku bersihkan. Lantas aku pun menjilat-jilat seluruh tubuhnya. Kecil benar kamu ini. Siapa kamu? Semasa aku membersihkan tubuhnya, aku merasakan satu perasaan yang halus meresap ke dalam tubuhku. Seperti ada naluri keibuan yang terbit dari dalam jiwaku. Adakah aku sudah bergelar ibu? Jadi ini anakku? Ya, aku yakin dengan firasatku ini. Ini anakku. Ia juga mula bergerak2 mendekatiku dan menggesel2 di perutku. Eh.. apa yang dia cari. Kemudian dia mula menghisap perutku. Aduh... sakitlah si kecil. Tapi aku melihat dia seperti selesa dan leka dengan perbuatannya. Maka aku pun membiarkannya. Tambahan pula aku sudah keletihan dan aku rasa seperti mahu tidur sahaja.
Hari ini aku keluar seperti biasa, mahu mencari makanan yang boleh aku makan. Hari ini di mana pula aku nak letakkan anakku ini. Aku sudah biasa berpindah randah, maka aku rasakan anakku juga perlu begitu. Semalam ada sesuatu yang besar meletakkan aku dan anakku dalam rumah kertas. Memang selesa, lantainya berlapik kain menyebabkan aku dan anakku tidak kedinginan. Tapi aku tidak betah berada dalam rumah itu lama-lama. Pergerakanku amat terhad. Setelah puas meninjau, aku lihat bawah pokok itu amat sesuai. Walaupun matahari terik, keadaan di situ terlindung dari panas. Lagipun di bawah pokok itu ada ruang yang muat dengan anakku. Dindingnya juga sejuk. Memang ruang itu menjadi tempat aku dan abang-abangku berehat di waktu tengahhari. Lantas aku mengangkat anakku keluar dari rumah itu dan ku letakkan dalam ruang itu. Tempat itu cukup panjang. Puas untuk anakku bergerak. Kemudian aku memulakan perjalanan. Aku tiba di tempat yang biasa aku mendapatkan makanan dan menunggu mereka itu pulang.
Tidak berapa lama kemudian, aku mendengar suara dari dalam rumah itu. Pasti mereka sudah pulang. Dan tidak lama lagi pasti aku mendapat habuan. Aku menunggu dengan sabar. Memang betul tekaanku. Satu dari mereka membuka pintu dan menaburkan makanan yang rangup dan lazat itu. Dengan berselera aku menikmati makanan itu. Di saat aku leka dengan makanan itu, tiba-tiba hujan turun. Ah.. itu perkara biasa. Aku teruskan saja makan kerana aku khuatir makanan itu akan habis dimakan oleh mereka yang lain. Aku sudah tidak ingat perkara lain lagi.

Aku

Apabila pulang dari pejabat, aku tidak sabar menuju ke dapur. Aku membuka pintu. Ada pun Si Tina di sini. Tapi mana anak dia? Melihat dia, Si Putih dan Si Manja mengiau-ngiau dengan kuat, aku lantas memberi mereka makanan. Namun di samping itu mulutku membebel marahkan Si Tina kerana mengangkat anaknya keluar dari kotak yang aku sediakan. 
Tiba-tiba hujan turun. Aku bertambah cemas mengingatkan anak-anaknya. Dalam keadaan cemas dan bunyi hujan menimpa bumi itu, aku bagai mendengar bunyi mengiau yang halus. Aku meninjau-ninjau dan akhirnya aku terlihat. Aku lantas menjerit. "Abaaaang, anak kucing tu dalam longkang..." Aku juga mula terasa seperti air mataku mahu keluar. Dalam keadaan aku sendiri yang juga membawa anak di dalam perut, tidak pantas untuk aku selamatkan mereka. Suamiku terus datang dan dia terus meredah hujan. Dia mengangkat anak-anak yang tidak berdosa itu masuk ke dalam rumah kami. Kemudian dia ambil kain dan kami sama-sama mengelap bulu anak kucing itu. Setelah itu kami balut seluruh tubuhnya dengan kain itu, agar dia terasa panas. Anak itu terus mengiau. Si Tina, bagaikan baru tersedar yang dia telah menjadi seorang ibu. Setelah melihat anak itu bersama kami, barulah dia tinggalkan makanan tadi dan datang kepada anaknya.

Anak

Di saat menahan kedinginan itu, aku merasa ada sesuatu yang mengangkatku. Aku sangkakan ibu telah datang, tapi bila ku lihat, lain pula bentuknya. Kemudian aku tidak lagi merasakan titisan yang dingin itu mengenai tubuhku. Kemudian dia itu, bersama satu lagi yang sama bentuknya, mengelap tubuhku dengan kain. Bagai kurang sedikit dinginnya. Kemudian aku dibaluti dengan kain itu. Barulah aku terasa selesa. Aku lantas berbunyi mengucapkan terima kasih.
Seketika kemudian, aku mendengar suara ibuku. Oh.. Ibu masih ada rupanya. Tadi aku sangka ibu telah buang aku dari hidup ibu, kerana ibu sanggup membiarkan aku dibasahi titisan dingin itu. Mujur ada mereka ini yang menyelamatkan aku, ibu.

Ibu

Di saat leka menikmati makanan, aku bagai terdengar sesuatu bunyi. Apabila kulihat ke dalam rumah mereka itu, barulah ku tahu itu suara anakku. Hah... anak? Oh Tuhan, aku terlupa aku sudah ada tanggungjawab yang perlu ku jaga. Barulah ku tinggalkan makanan yang lazat itu. Kesian anakku. Maafkan ibu, sayang.. Terima kasih juga kepada mereka yang menyelamatkan anakku ini.

Aku

"Tina.. Tina.. Orang dah letak hang duk dalam kotak dengan anak hang, awat hang bawak keluaq. Pastu pi buh dalam longkang. Mujur kami dah balik kerja. Kalau tak anak hang ni mati kesejukan dalam longkang. Kena hujan lama, mau hanyut anak hang". Aku membebel memarahi ibu kucing itu, bagaikan dia faham. Si Tina hanya memandangku, bagai memohon maaf. Suamiku juga turut memarahi Si Tina. Tapi apalah yang ibu muda seperti dia faham. Mungkin belum puas lagi Si Tina ini menikmati zaman remajanya. Dia hanya memandang aku dan suamiku dan mengiau. Kemudian suamiku letakkan kembali Si Tina dan anaknya di dalam kotak, dan Si Tina mula menyusukan anaknya. Anak-anaknya juga kelihatan rakus sekali menghisap susu. Pasti mereka amat lapar. Akhirnya Si Tina dan anak-anaknya terlelap di dalam kotak itu...

Thursday 13 October 2011

Menghitung Hari..

Hari ini kandungan saya sudah 37 minggu lebih. Tarikh jangka bersalin saya 31/10. Emm.. lambat jugak lg tu. Ada dua minggu lebih lagi. Tapi entah kenapa kali ni lain pulak dari first pregnancy. Dulu macam sedar tak sedar dah sampai tarikh jangka, dan keadaan saya pun masih sihat walafiat. Tapi kali ni, saya menghitung hari2 bila la saya nak bersalin ni. Sebabnya kali ni belum sampai due tapi saya macam tak larat dah. Saya rasa perut ni berat, sakit sendi2 paha, jari2 dan tangan selalu kebas, dan perut pun kerap mengeras. Dan pagi tadi buat pertama kalinya kaki saya kejang. Sakit yang amat. 
Isnin lalu saya jumpa doktor dan scan. Kata doktor, "Macam tua sudah tembuni kau ni". Kalau dilihat dari uri tu, macam tak lambat dah. Tapi kalau tak da tanda bersalin, tak boleh jugak. Jadi doktor suruh saya pantau betul2 gerakan baby. Takut sepatutnya dah bersalin tapi belum ada tanda, baby lemas. Risau jugak saya dengar. Kata doktor lagi, "Kau jaga betul2 ar.. Sembilan bulan sudah kau bawa ni,. Sayang kalau jadi apa2.."
Hari ni juga saya dapat berita, ada dua orang yang due selepas saya, sudah bersalin semalam. Wah.. saya bila lagi ni. Anak saya pun hari2 tanya, "Mak, adik belum keluar?" Saya terfikir jugak, agaknya macam mana dia fikir adik keluar tu kan. Kalau dia tanya saya nanti, macam mana saya nak jawab. Emm...
Saya doakan semoga Allah permudahkan saya bersalin dan saya bersalin secara normal. Dan juga semoga Allah panjangkan umur saya dan anak saya. Kadang2 saya tak dapat lari jugak dari terfikir sesuatu yang buruk berlaku terhadap saya dan saya tinggalkan anak2 saya yang masih kecil. Semoga Allah memberi saya peluang membesarkan anak2 saya bersama suami saya yang tercinta. Amin..

Saturday 1 October 2011

Pak Man Resipi..

Ada satu restoran dekat rumah saya. Nak kata baru sangat tidak lah tapi saya baru pegi. Jaraknya dalam satu km saja dari rumah. Selain dekat Kepayan ni, ada satu lagi dekat Karamunsing. Sejak 1st time pegi (lepas raya), sampai sekarang rasanya dah tiga kali saya pegi. So far saya rasa makanan dia ok la jugak. Dia ada jugak set nasi bersama pelbagai lauk (dikatakan makanan seluruh negeri, tapi saya belum cuba) dan ada ala carte. Setakat ni saya baru makan ala carte la.
Enjoy makan

Mini fish and chips

Nasi goreng kampung

Sizzling nasi

Menu

Bekas simpan cili, kicap dan cuka.. so cute..

Saturday 24 September 2011

Jamuan Raya Kimia Sabah 2011

Pada 22/9/2011, kat Kimia Sabah diadakan sambutan raya aidilfitri. Disebabkan sekarang ni tengah zaman ekonomi meleset, maka sambutan perlu diadakan secara berhemah. Maka dengan kutipan sejumlah wang dari staf, makanan kali ni disediakan secara gotong royong. Satu jawatankuasa telah ditubuhkan untuk tujuan ini dan mereka ni lah yang bertungkus lumus dari bahagian persiapan auditorium, penyediaan makanan dan sebagainya. Terdapat jugak beberapa staf walaupun bukan AJK turut sama membantu dalam memastikan jamuan kali ni berjaya.
Ini lah gambar2 yang sempat saya snap untuk jamuan ini. Tidak lah banyak sebab saya hanya melibatkan diri pada hari jamuan tersebut. 
Tumpang mengacau orang memasak
Seorang member khusyuk menghasilkan juadah istimewa terung bakar
Dalam auditorium dah


Persembahan aras dua
Persembahan aras satu.. aras saya ni tapi saya tidak join sebab tidak larat nak berdiri lama2..
Persembahan aras bawah
Gambar ni dan gambar seterusnya di bawah, makanan2 yang ada..



Walaupun jamuan ni kecil-kecilan, tapi ianya cukup meriah sebab warga Kimia Sabah semuanya happening dan sporting. Selain persembahan2 yang telah dirancang, terdapat juga persembahan2 secara bidan terjun, samada dengan kerelaan hati atau atas permintaan. 
Buat julung2 kalinya saya berduet dengan hubby.. Atas permintaan member2.. Semput chek..

Tuesday 20 September 2011

Food Poisoning lah..

Semalam, dalam jam 11 lebih, saya tengah buat persediaan untuk tidur. Anak saya, Fawwaz masih aktif lagi main. Masa tu saya kat dapur, tengah nak bancuh susu untuk dia. Pastu dia datang kepada saya, nak tunjuk sesuatu pada saya. Tapi dengan tak semena-mena, berhamburan muntah dari mulut dia. Banyak lagi tu. Habis keluar semua makanan yang dia makan. Terkejut saya. Terus saya menjerit panggil abah dia sekali untuk bantuan kecemasan. 
Selepas dah cuci semua, saya dan fawwaz pun masuk tidur. Tapi baru saja baring, dia muntah lagi. Kali ni tinggal air saja. Dah lepas lap2, baring la balik. Tapi ternyata beberapa minit sekali dia muntah lagi sikit2. Last2 saya panggil abah dia lagi. Tengok fawwaz pulak dah macam dipaksa pulak muntah tu. Dia pun dah lembik dan slow. Sekejap saja hilang aktif tadi. 
Bila abah dia masuk, dia cakap pergi klinik lah. Dengan pantas saya pun tukar baju. Tapi pastu abah dia cakap, dia tak nak pegi klinik. Dia suruh sapu minyak. Tapi selepas tu dia muntah lagi. Jadi saya cakap, angkat ja. Dalam keadaan merengek-rengek, kami pun keluar rumah. Masa tu jugak otak tengah fikir nak pegi klinik mana. Klinik yang selalu fawwaz pegi tu, dulu 24 jam tapi sekarang tak lagi. Lalu saya cakap kat suami pegi satu hospital pakar, yang selalu dengar orang puji2 hospital tu. Bukan saya tak nak pegi kerajaan tapi hospital kerajaan untuk kanak2 tu jauh sikit dari rumah.
Beberapa minit kemudian, sampai lah kami di hospital tersebut. Malangnya apabila nak masuk, nurse situ bagitau, tiada doktor pakar kanak2 hari ni. Saya tanya doktor biasa. Tapi nurse tu cakap kena jumpa pakar kanak2 saja tu. Dia cakap pegi hospital kerajaan tu atau satu lagi hospital pakar yang lokasi dia dah berpindah dan saya tak pasti kat mana. Dalam kereta kami decide pegi saja hospital kerajaan yang jaraknya mungkin dalam 20 km dari rumah. 
Fawwaz yang dalam pelukan saya pulak dah diam saja masa tu. Mungkin jugak dia mengantuk sebab time tu dah dekat pukul 1.00 pagi. Masa tu dalam hati saya hanya Tuhan yang tahu. Risau, sedih dan takut semuanya bercampur. Macam2 yang ada dalam fikiran saya. Saya pegang lengan dia, sejuk, tapi tangan dia tidak. Saya perhati jugak kuku dia kalau dah biru tapi masih ok. Saya berdoa dalam hati jangan lah apa2 yang tidak diingini berlaku pada anak saya ini. Tidak mungkin saya mampu terima kalau ada apa2 berlaku. Anak saya masih kecil untuk menanggung kesakitan yang amat dahsyat. Saya terasa perjalanan ke hospital terlalu lambat walaupun hakikatnya suami saya dah cukup laju memandu dan tiada banyak kenderaan di jalan.
Di tengah perjalanan, masa melintasi satu pekan kecil, saya ternampak klinik 24 jam. Saya bagitau suami dan terus suami pusing balik ke klinik tadi. Mujur lah di klinik tiada orang masa tu. Sekejap saja menunggu, dah dipanggil masuk jumpa doktor. Doktor pun memeriksa anak saya. Alhamdulillah, apa yang doktor cakap melegakan hati saya dan suami. Kata doktor, keadaan dia ok. Nadi masih ok, paru-paru pun ok. Mungkin salah makan saja. Doktor tanya makan apa, dan ada tak sapa2 lagi yang lain dalam keluarga yang muntah2 atau cirit-birit. Tapi tak da pulak. Pastu doktor tu kata dia akan tulis surat kepada doktor hospital kerajaan, dan boleh pegi sekarang atau pagi esok kalau fawwaz masih belum baik.
Keluar dari hospital, masa nak masuk kereta dengan tiba-tiba saya pulak termuntah. Macam habis semua isi perut saya dipaksa keluar. Perit tekak saya. Bila saya masuk kereta, saya tengok suami pulak macam nak muntah tapi tak jadi. Dia rasa macam loya. Hmm.. mungkin ada tak kena dengan sesuatu yang kami makan. Lepas tu kami semua terus pegi hospital. Sampai di jabatan kecemasan hospital, syukur lah orang tak ramai. Sekejap saja dapat jumpa doktor. Doktor tu cek, dan dia bagitau keadaan fawwaz tak teruk. Mild dehydration. Pastu doktor cadang masuk air atau dia bagi garam untuk minum di rumah. Saya dan suami fikir2, maka kami decide terus masuk air saja, sebab kalau nak bagi minum takut susah pulak nanti.
Maka fawwaz pun dibaringkan atas katil, dan nurse dan pembantu perubatan pun mula untuk masukkan air. Fawwaz langsung tak berbunyi atau bergerak. Mungkin dia mengantuk dan takut. Sedikit pun dia tak nangis masa nurse cucuk tangan dia. Selepas siap prosedur, duduk la saya di situ. Suami pulak dah pegi cari tandas sebab perut dia dah memulas. Saya pun tepuk2 fawwaz supaya dia tidur. Beberapa minit kemudian, dia pun tidur.
Selepas suami saya datang, dia bagitau dia cirit birit. Dan beberapa ketika kemudian, saya pulak sakit perut dan giliran saya ke tandas. Sah, saya jugak cirit birit. Mana satu la makanan yang menyebabkan kami semua keracunan ni. 
Selepas habis satu botol kecil (100 ml) air masuk dalam badan fawwaz, kata pembantu perubatan tu dah selesai. Boleh balik rehat kat rumah atau kat sini. Maka saya dan suami pun terus balik. Masa tu dah 3.30 pagi. Sampai di rumah, dah lebih kurang 4.00 pagi. Fawwaz jugak dah tidur. Saya dan suami pun tidur. Lebih kurang pukul 5.00 terjaga pulak dia, minta air masak. Selepas minum, dia muntah balik air tu. Pastu dia bagitau dah berak jugak. Kesiannya dia. Jam 5.00 pagi kena air sejuk. dah selesai semua, baru lah kami dapat tidur.
Esoknya, turn saya untuk check up pregnancy. Terpaksa jugak saya bangun walaupun mengantuk. Dan suami jugak terpaksa bangun. Saya rasa bersalah sangat sebab saya tak boleh bawak kereta. Kalau tak, tak perlu la saya susahkan suami dan dukung fawwaz yang sedang tidur masuk kereta. Di klinik, saya check up dengan nurse, saya bagitau apa yang berlaku semalam. Dia pun refer saya dengan doktor. Bila saya jumpa doktor, doktor pun bagi saya Cuti Sakit. Kata doktor kalau setakat saya sakit dia tak bagi sebab keadaan saya tak terlalu teruk tapi dia nak bagi saya rehat, sebab tak tidur semalam. Tekanan darah saya pun dah rendah. Terima kasih doktor sebab memahami.
Bila suami hantar saya balik, dia pulak pergi klinik sebab dia masih cirit birit. Dia pun dapat MC jugak sebab tu. Jadinya hari ni kami tiga beranak tersadai saja di rumah, sebab masing2 dah kehilangan cecair badan dan tenaga. Doktor bagi saya garam untuk minum dan dia cadang juga untuk saya minum 100 plus. Anak saya pun boleh minum tu, dia cakap.
Syukur lah keadaan kami semua tidak kronik. Saya teringat peristiwa dalam bulan puasa di mana ada yang meninggal sebab keracunan makanan. Terima kasih kepada doktor, nurse dan pembantu perubatan Jabatan Kecemasan Hospital Likas, doktor dan nurse di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Jalan Kebajikan dan doktor Klinik Lau & Chong!

Sunday 18 September 2011

soto dan pulut sekaya..

Kemarin tiba2 saya teringin nak makan soto. Yang saya teringin ni soto style semenanjung, iaitu nasi himpit dengan sup ayam. Kalau boleh dengan suhun dan begedil sekali. Maka saya suarakan pada hubby. Terus dia ajak pegi supermarket beli barang. Best2...
Balik dari kedai terus lah memulakan operasi memasak soto. Sup ayam tu senang saja. Rebus, pastu masuk la bahan2 berkenaan. Yang leceh sikit buat begedil. Nak kena gentel2 sebiji2. Dan kalau nak makan dengan soto ni kecik2 comel2 baru best.
Selepas beberapa jam, siap lah soto saya. Nasi himpit ditaburi ayam, daun sup, kacang, suhun, bawang goreng, tauge, begedil, cili kicap. Kemudian siram lah sup ayam. Makan sampai berpeluh dan berasap telinga sebab cili yang pedas dan kuah yang panas. Fuh...
Soto saya. Belum masuk sup lagi.
Malamnya ada pulak satu masalah. Saya terasa nak makan pulut sekaya (orang kedah panggil) atau seri muka. Apa kena saya hari ni. Nak makan makanan eksotik di Sabah ni. Saya kata makanan eksotik sebab makanan ni susah dapat di Sabah. Kalau semenanjung memang banyak.
Maka saya pun buka buku resepi tengok balik resepi yang saya tulis yang diturunkan oleh tok saya. Tok saya buat pulut sekaya memang saya suka. Maka mula lah saya masak pulut bersama santan. Kemudian saya perah kelapa lagi bersama daun pandan dan bahan2 lain, dan terus sediakan kepala pulut sekaya tersebut. Bila pulut masak, tuang kepala tadi dan kukus lagi. Selepas sejam lebih, masak lah ia. Tak sabar saya nak makan. Tapi sebab masih panas dan saya pun ngantuk, postpone la dulu.
Pulut sekaya. Warna kepalanya kurang hijau sebab saya guna daun pandan saja, tak da pewarna tambahan.
Pagi esoknya, saya bersarapan dengan pulut sekaya. Wah... terasa mengimbau kenangan di kampung pulak. Kepala pulut tu lembik sikit (mungkin santan saya terlebih cair) tapi rasanya ok jugak. Boleh lah dimakan.
Terasa lepas keinginan saya untuk makan dua makanan ni. Ada satu lagi misi saya. Nantikan saya tulis di sini kalau saya berjaya dapatkan makanan tersebut.

Wednesday 14 September 2011

Thank you PTPTN..

Baru2 ni saya telah mendaftarkan diri untuk pembiayaan Ujrah oleh PTPTN, iaitu penurunan kadar caj pentadbiran dari 3% kepada 1%. Actually awal2 perkara ni diwar2kan saya dah mendaftar tapi tak tau apa masalahnya, tak dapat reply apa2. Jadi baru2 ni selepas berita di tv umum pendaftaran tu sampai hujung bulan September ni saja, cepat2 la saya daftar lagi sekali. Ternyata kali ni membuahkan hasil. Sekejap saja, dalam 5-10 minit terus saya mendapat email balas dari ptptn minta saya isi maklumat2 tertentu. Selepas saya isi maklumat tu dan hantar, sekejap juga saya dapat email balas "Permohonan Anda Akan Diproses". Maka menunggu la saya dengan debaran di dada.
Selepas dua hari, saya telah menerima email yang menggembirakan. Permohonan saya telah berjaya. Bersama email tu ada dokumen2 yang perlu saya lengkapkan dan hantar kepada ptptn. Wah.. banyak jugak saya kena buat ni. Mendengar saya cakap demikian, hubby saya cakap, "Bukan senang orang nak bagi murah macam tu.." Betul jgk.
Ok lah. Saya sudah print dokumen2 berkenaan. Dan masa cuti hujung minggu ni, saya akan lengkapkan dokumen2 tu dan akan submit minggu depan, insyaAllah. Harap semuanya dipermudahkan. Kalau mengikut kiraan yang ptptn bagi tu, saya perlu bayar kurang RM50 setiap bulan dari yang saya bayar sekarang. Syukur lah. RM50 tu besar nilainya.
Thank you PTPTN!!

Wednesday 7 September 2011

Jamuan Raya Forensik 2011

Raya.. raya.. belum abis lagi mood beraya ni. Syawal kan panjang lagi. Selagi tak abis bulan ni, beraya lah lagi.
6 September 2011, beberapa warga Forensik yang sudah abis bercuti telah mengadakan jamuan raya untuk warga bahagian ni. Lebih kurang jam 11.30 start dan makan, makan dan makan sampai waktu rehat. Makanan tak da la banyak tapi makan ini sikit, itu sikit, dah tersandar jugak semua.
Ketupat pulut yang dimasak oleh hubby

Rendang daging yang dimasak oleh saya, resepi bonda
Tapai pulut yang dibuat oleh makcik Mr T

Satay ayam dan daging yang disponsor oleh Mr T
Cornflakes madu yang dibuat oleh saya dan hubby. Second batch

Coklat yang dibuat oleh Mr T

Almond London yang disponsor oleh Mr T

Keropok yang digoreng oleh Mr T

Biskut2 dan kerepek yang dibuat oleh Mamamia

Kek lapis yang disponsor oleh Ms AA
Selain makanan yang digambar di atas, ada banyak lagi biskut2 dan kerepek, tapi saya tak sempat gambar semua. Alhamdulillah, walaupun tak sempat beraya rumah orang, dapat jugak makan makanan raya di ofis.

Saturday 3 September 2011

Lebaran 2011..

Wah.. diam tak diam dah habis bulan puasa. Diari Ramadhan yang saya tulis sebelum ni tak dapat disiapkan sehingga 29 Ramadhan kerana kamera handphone saya rosak. Jadi tak boleh nak ambil gambar, tak da mood la nak tulis. Tapi malam raya ok pulak dia, Tiba2 anakanda tersayang saya tekan2 handphone tu, dia tunjuk dekat saya dan cakap, "na mak, boleh sudah". Sekali saya pandang, aik, dah ok kamera handphone tu. Tak tau la saya apa anak saya buat.
Raya tahun ni saya rasa teringin pulak nak buat sendiri biskut raya. Saya cakap dekat hubby. Tak sangka dia bersetuju pulak. Dengan semangatnya, lagi dua minggu nak raya saya dan hubby dan anak pergi la supermarket kegemaran kalau nak shoping banyak2. Giant. Berserta senarai barangan yang dah ditulis, saya dan hubby menolak troli yang dah diduduki oleh anak saya. Kami pun pilih2, masuk dalam troli barang2 yang diperlukan. Dah ada semuanya, kami pun bayar. Banyak betul barang yang kami beli. Saya rasa inilah resit terpanjang yang pernah kami shoping.
Resit beli barang buat biskut (ada sikit la barang lain). Panjangnya lebih dari 30cm
Lagi seminggu nak raya, masa cuti hujung minggu, saya dan hubby dan dibantu oleh chef kecik mulakan operasi membuat biskut. Dalam dua hari cuti, kami dapat siapkan empat jenis biskut. Wah.. tak sangka jugak ya. Berjaya jugak kami buat. Yang paling best, biskut kegemaran saya pun berjaya dibuat. Rupanya tak cantik sangat la, tapi rasanya ada. Ok la tu. Susah jugak nak jumpa biskut kegemaran saya tu kat KK ni. Biskut kegemaran hubby pun ada jugak.
Hari minggu terakhir bulan puasa tu, selesai mengemas rumah, saya dan hubby menyambung operasi masak makanan untuk hari raya. Kali ni kami buat kek dan kerepek gunting. Sehari sebelum raya, saya dan hubby kerja lagi. Cewah.. rileksnya kami, macam tak raya ja. Tengahhari kami keluar sekejap, cari barang lagi, tapi misi tak complete. Malam raya, kami keluar lagi menyelesaikan misi shoping saat akhir.
Biskut semperit, my favourite
Biskut oat coklat
Kek pandan
Cornflakes madu, kegemaran hubby dan telah menjadi kegemaran anak saya jugak
Biskut coklat
Kerepek gunting
Hari raya pertama, pergi sembahyang raya di Surau Austral, KK. Masa tengah sembahyang, tiba2 anak saya menangis dengan syahdunya. Sudah sembahyang, saya tanya kenapa tapi dia tak bagitau. Lepas sembahyang, ada jamuan raya. Lepas makan, kami pun balik rumah. Bila suami saya tanya anak saya kenapa dia nangis, baru dia cakap. "Kakak main kain tutup fawwaz". Oh, rupanya. Saya perasan jugak budak tu pegang2 fawwaz. Rupanya dia yang tolak tabir sampai kain tu terpusing, menyebabkan anak saya terlindung dari saya. Kesian dia. Lepas berehat sekejap, member ofis telefon ajak kami pergi beraya. Kami pun ikut dia pergi beraya rumah parents dia di Tuaran, kemudian Lok Kawi. dah petang, kami pun balik rumah dan berehat.
Malamnya, anak saya dah start batuk. Badan pun panas sikit. Mungkin letih dan minum banyak air ais. Siap muntah lagi masa tidur. Terus saya bagi ubat yang ada kat rumah.
Anak tersayang di pagi Syawal. Dah ready nak pergi beraya. Selamat Hari Raya semua.
Hari raya kedua, member ofis yang lain nak datang rumah. Saya pun masak ketupat dan kari daging. Anak saya jugak macam dah ok demam dia. Lepas makan, kami pergi pulak beraya rumah bos, dekat saja dengan rumah saya. Pas makan dan sembang2, kami pun balik rumah. Tapi demam anak saya datang balik. Macam dah abis kesan ubat, datang balik demam dia. Petangnya member ofis masa kat PJ dulu datang. Malamnya kami bawa dia pergi rumah bos lagi, sebab dia pun kenal bos tu. Dua kali kami beraya rumah bos tahun ni. Pas beraya, kami bawa anak saya pergi klinik. Kata doktor, ok, tiada jangkitan yang serius. Alhamdulillah, lega saya dengar. Malamnya, masa tidur, muntah lagi anak saya. Hmm...
Raya ketiga, ada jemputan open house rumah ofismate. Tapi memikirkan anak saya yang tak berapa sihat, tak jadi kami pergi. Sebab kalau dah pergi, anak saya mesti nak minum ais lagi. Minta maaf la akak yang jemput tu. Saya teringin jugak nak pegi, tapi takut anak saya tak baik2 jugak.
Raya keempat, eh, kami dah start kerja. Hehe.. memang kami sengaja tak ambil cuti extra. Sebabnya, kami nak simpan cuti untuk balik kampung hujung tahun. Ada berapa orang saja dekat ofis yang kerja hari tu, dan mostly non-muslim. 
Sememangnya raya kali ni ala kadar saja bagi kami. Biskut pun buat sendiri, ala2 berjimat. (Tapi memang jimat sgt). Beraya pun tak banyak rumah dan saya pun tak masak special2. Selain anak saya sakit, saya sendiri pun tak larat. Perut dah menegang, mengah lagi. Kesian anak saya. Tapi masih panjang lagi raya ni. InsyaAllah kalau larat dan anak saya dah sihat, nak jugak saya beraya rumah kawan2 lagi.


Thursday 25 August 2011

samsungku sudah rosak..

uwaa... handphone saya rosak la pulak.. bukan la besar sangat rosaknya. masih boleh buat call, sms. yang rosaknya function yg selalu saya pakai jugak, dan kena-mengena dgn blog ni. kamera!! apa sudah jd.. tekan saja button kamera, keluar message 'camera failed'. adoi2.. saya fikir2 apa kemungkinan menyebabkan dia rosak. teringat jugak macam ada handphone ni jatuh 2, 3 ari lepas. tapi tak perasan apa2 la pastu. kemarin saya nak ambil gambar biskut raya yang saya buat, baru tau.. alala.. mcm mana ni.. ni saya duk fikir ada warranty lg ke tak. rasa macam ada tp tak tau la cover ke tak kerosakan handphone saya ni.. tak kan nak beli handphone baru.. sikit saja pun rosaknya.. ish3.. macam2 la bila dh dpt bonus ni.. ada saja yang nak minta..

Friday 19 August 2011

Diari Ramadhan 2011-6

Hari ketiga belas, bersamaan hari Sabtu in bracket hari cuti. Bestnya dapat berehat di rumah. Buat2 la apa yang patut apabila bercuti. Bila dah tengah hari, saya dan hubby mula berbincang masak apa. Hubby cakap dia nak masak ayam bakar black pepper. Cantik la tu. Dia pun start masak kuah untuk perap ayam berkenaan. Setelah diperap, tunggu la sampai petang. Bila dah petang, hubby masak nasi goreng dan sambal bilis. Pastu dia pun bakar ayam yang dah diperap tengah hari tadi. Hampir waktu berbuka, makanan sudah tersedia. Saya hanya buat air ja. Hehe... bestnya bila hubby masak.
Hari keempat belas, kami pergi shoping. Barang2 biasa dan bahan membuat biskut dan kek. Aiseh.. databg pula semangat saya membuat biskut tahun ni. Harap2 jadi la. Balik dari shoping, saya terus masak. Disebabkan dah penat shoping, saya masak yang senang ja. Masak steamboat seafood tomyam. Pastu hubby tambah satu lagi menu, daging goreng kunyit. Siap.
Hari kelima belas, dah start kerja balik. Huwargh... malasnya. Di ofis, masa berbincang dengan hubby nak masak apa, saya cadang koew teow goreng. Tapi hubby request koewteow kuah. Sebenarnya menu ni belum pernah dibuat. Yang biasa dibuat, mi kuah. Boleh la, try saja. Balik ofis, terus la saya dan hubby memasak makanan yang senang dan pantas ini. Koew teow kuah. Resepi bonda saya.
Hari keenam belas, saya kurang sihat. Start semalam lagi macam tak sedap tekak dan badan. Jadi petang tu saya bagitau hubby tak mau masak. Jadinya, keluar ofis kami bincang2, pegi beli saja. Saya pun ada rasa teringin nak makan nasi kerabu. Maka pergi la kami ke D' Lengkuas membeli nasi kerabu Kelantan. Saya amik lauk ikan goreng dan telur masin. Hubby pun hari ni beli nas kerabu. Dia amik lauk ayam bakar dan paru. Sedap nasi kerabu di sini. Macam di Kelantan dulu. Cuma tak da solok lada saja.
Hari ketujuh belas, masih lagi belum sihat. Saya cakap kat hubby nak minum jus oren, sebab rasa macam nak selsema saja ni. Hubby cadang berbuka di Prapeni Thai. Ok gak tu. Lama dah tak pergi makan tomyam yang sedap kat situ. Saya pilih nasi goreng seafood. Hubby pula nasi goreng Singapore (daging merah) dan kami sama2 pilih tomyam campur, telur dadar.Anak saya pulun sangat dia makan nasi goreng dengan telur.
Hari kelapan belas, teruskan operasi makan di luar. Kami pegi makan di satu port yang selalu jugak kami makan waktu lunch hari kerja. Grace Point. Sini dia ala2 food court la. Macam2 makanan ada. Makanan etnik Sabah pun ada. Lagipun kat sini ada play ground. Bole la anak saya main sementara tunggu waktu berbuka. Saya pilih nasi goreng pataya. Hubby punya special dan one of favourite dia kat sini. Nasi goreng ayan berempah. Di samping itu, side order nya satay. Sebab sini satay dia kuah kacang. Tak banyak satay kuah kacang kat Sabah ni.
Hari  kesembilan belas, saya plan masak saja. Menu simple lagi. Koew teow goreng. Sekejap saja dah masak.
Sambal bilis

Nasi goreng dengan ayam bakar black pepper, made by hubby

Steamboat seafood tomyam. Makan semasa panas.

Daging goreng kunyit

Koew teow kuah yang kuah dia dah diserap

Tomyam putih di Prapeni Thai yang memang sedap

Nasi goreng Singapore

Nasi goreng seafood yang dah dimakan oleh anak saya sebelum sempat gambar disnap

Satay ayam dan daging di Grace Point

Nasi goreng Pataya Thai corner. Sedap jugak.

Nasi goreng ayam berempah House of Rice kegemaran hubby

Koew teow goreng rumah sendiri