Sweet.. sweet... sweet memory..

Saturday 29 October 2011

Kelahiran Puteriku..

Pada 17/10/2011, genaplah kandungan saya 38 minggu. Sehingga itu, saya belum ada tanda2 bersalin. Due saya pun masih dua minggu. Cuma badan saya saja seperti sudah tak dapat menahan dua minggu lagi. Tangan saya selalu sengal2, dan saya sakit sangat di bahagian bawah perut, terutama apabila bersin, bangun dari posisi baring atau apa2 perbuatan yang menekan di bahagian itu.
21/10/2011 petang, telah diadakan Kursus untuk Kumpulan Pengurusan dan Profesional di pejabat saya. Maka seperti yang diarahkan oleh bos, saya pun hadir kursus seperti biasa. Untuk hari Jumaat tu, kursus tu sampai malam. Walaupun perlu ke pejabat di luar waktu bekerja, saya hadir jugak sebab saya rasakan kursus tu menarik. Bukan kursus teknikal dan ianya lebih santai dan rileks. Malam tu lebih kurang 10 lebih tamat kursus.
Esok paginya, 22/10/2011 saya pergi lagi berkursus. Masa on the way, saya rasa macam ada sedikit contraction. Tapi pregnancy kali ni kerap saya rasa contraction, jadi saya buat tak tau saja. Semasa berkursus, saya pun dah lupa dengan contraction tu sebab leka dengan aktiviti yang disediakan. Pagi tu siap ada senaman ringan. Saya pun buat jugak yang mana yang senang2 tu. Time minum pagi lebih kurang jam 10, saya mula rasa balik contraction tu. Dan saya dah rasa tak da selera makan. Nasi lemak yang terhidang, saya hanya makan sesudu dua ja, dan satu potong kuih lapis. Popia pun saya tak makan. Masa tu orang lain dah mula bertanya2, nak pegi hospital ke, ok ke. Tapi saya rasa masih boleh tahan. Jadi saya hanya bagitau suami saya supaya standby. Dia pulak pagi tu pergi pasar beli barang dapur.
Lepas makan sesi diteruskan dengan public speaking setiap orang. Seronok saya tengok orang present ni. Lebih kurang 11.30, saya pergi toilet. Tengok masa tu, dah ada darah sikit. Jadi saya terus pegi bagitau Ketua Admin merangkap Penyelaras Kursus. Saya juga call suami saya. Kemudian saya masuk bilik kursus dan bagitau bos. Terus penceramah break sekejap memberi peluang saya mengemas barang dan keluar. Semasa mahu keluar, semua kawan2 yang berkursus mengucapkan selamat kepada saya. AA, AAB, SF, SM, NI, En ANH, Pn OJC dan lain2 lagi. Sementara menunggu suami saya sampai, staf2 admin temankan saya di lobi. Diorang jugak bekalkan saya dengan makanan dan minuman. Terima kasih Pn KH, HA, C, AKI, KT. 
Sampai di hospital, kami terus pergi Bilik Penilaian. Di sini doktor akan periksa tahap progress ibu. Punya la ramai orang di situ. Satu persatu penilaian saya lalui. Kira-kira 4 jam termasuk masa menunggu. Akhirnya doktor buat keputusan saya belum bersedia untuk bersalin, dan beritahu saya untuk pulang. Tapi saya tak nak sebab saya rasa saya memang sakit nak bersalin, makin lama makin kuat. Siap doktor tu kata, betul ke saya tau sakit bersalin. Saya cakap first deliver dulu pun saya sakit, jadi saya tau la. Setelah berbincang dengan doktor yang lebih senior, doktor senior tu nak buat penilaian ke atas saya. Bila doktor tu buat, ternyata saya dah ada tanda2 bersalin. Terus saya kena admit wad. Lebih kurang jam 6 petang saya pun masuk dalam wad. Suami dan anak saya ada dengan saya menemani saya. Sakit saya juga makin kuat. Anak saya pun dah kesian2 dengan saya. 
Tamat waktu melawat, 7 malam, suami dan anak saya pun pulang. Tinggal lah saya melawan kesakitan seorang diri. Dalam wad tersebut ada lebih kurang 8 orang dan saya langsung tak mampu bercakap dengan mereka. Lebih kurang lapan lebih, saya rasa sakit sangat dan sudah banyak darah. Maka saya tekan butang untuk panggil nurse. Datang la seorang nurse yang senior bertanya kenapa. Bila saya bagitau, dia cakap belum lagi. Selagi tak turun air, belum tu. Saya pun terus menahan kesakitan sampai menggigil. Tak lama selepas tu, datang pula beberapa nurse untuk buat normal procedure. Terus ibu2 lain dalam wad tu bagitau nurse2 tu suruh tengok saya, sebab diorang rasa saya macam dah teruk sangat. Bila nurse tu periksa, ternyata saya semakin hampir melahirkan. Nurse tu telefon labour room, malangnya labour room tak nak selagi belum sampai 80% progress. Tapi melihat keadaan saya, nurse tersebut rasa progress saya akan cepat. Jadi dia minta untuk bawa saya berdekatan kaunter mereka supaya senang dia pantau, memandangkan wad saya jauh dari kaunter. Selepas lebih kurang sejam, dekat2 9.30 malam, saya rasa sakit yang dah tak tertahan, maka saya pun panggil nurse. Bila dia periksa, saya sudah masuk 80%. Dengan pantas saya terus ditolak ke labour room. Bila sampai di labour room dan saya ditempatkan di katil untuk bersalin, saya diperiksa, dan mengejutkan nurse, saya sudah sedia 100% untuk bersalin. Dia pun menjerit panggil doktor dan doktor pun datang dengan kelam kabut dan cepat2 buat persediaan. Doktor siap cakap dengan saya, "Jangan kau mengajan (push) lagi mama. Saya belum sedia lagi ni". Diorang pun tak sangka saya akan bersalin secepat itu. 
Selepas beberapa kali berusaha, akhirnya saya terdengar tangisan bayi, pada jam 9.47 malam. Barulah saya bernafas dengan lega. Kemudian nurse tersebut tunjuk jantina bayi dan letakkan bayi di dada saya. Air mata saya terus bergenang bila melihat baby yang menangis di dada saya. Pengalaman ini tak dapat saya rasakan semasa melahirkan anak pertama kerana baby saya dulu dah lemas. Dia terus dibawa untuk bantuan selepas dia keluar dan saya ditunjukkan jantina dia. Saya rasa sangat terharu saat melihat puteri saya itu dan bersyukur kepada Ilahi. Sakit yang dahsyat tadi juga telah hilang.
Alhamdulillah, terima kasih kerana memberikan saya peluang kedua ini. Saya rasakan bagai telah sempurna hidup saya dengan suami dan sepasang cahaya mata. Semoga Allah memberikan kami kebahagian di dunia dan akhirat. 
Sejam lebih selepas kelahiran
Selepas seminggu

2 comments: