Sweet.. sweet... sweet memory..

Sunday 15 May 2011

Balik Kampung Mei 2011

Beberapa minggu sebelum balik kampung, fawwaz asyik tanya, "Mak, nak naik kapal tebang? Pegi airport?" Setiap kali dia tanya, saya akan jawab mengikut berapa kali esok, dan berapa kali lagi dia kena pegi sekolah. Tak sabar dia nak balik kampung.
Lepas kerja 29/4, kami sekeluarga terus pergi airport dihantar oleh kawan suami. Di airport, fawwaz dah makn excited. Sibuk tengok kapal terbang, sampai tak nak duduk dia. Tunggu beberapa ketika, flight delay la pulak. Hampir sejam pulak tu. Dalam flight fawwaz tak nak duduk diam. Macam2 dia buat. Main, menyanyi dan macam2 lagi. Lepas dua jam setengah, kami pun sampai di KLIA. Kami dijemput oleh adik ipar dan suaminya. Sampai di rumah dah kira2 jam 12. Punya la penat. Saya tak tunggu lama, terus tidur.
Fawwaz sibuk di airport
Esoknya, kami pergi Jusco. Nak beli barang sikit. Masa saya tengah shopping, abah fawwaz bawak dia main dekat Wonder Park dalam kompleks tu. Bukan main suka lagi dia. Macam2 dia main. Petangnya pulak pergi rumah adik ipar. Ada birthday sepupu fawwaz.
Seronok main

Naik kereta comel
Hari seterusnya, ada makan kenduri pulak. Dua hari berturut2 ada kenduri kawan suami kahwin. Tapi saya pergi yg hari pertama saja. Yg hari kedua saya dah diserang sakit kepala. Malas nak keluar rumah. Masa kt KL ni juga saya pergi jumpa kawan di Kajang. Dia bawak saya makan sate. Sedapnya. Lama saya tak makan sate cicah kuah kacang. Di KK ni susah sikit dapat. Anak saya pun bukan main lagi dia makan. Sedap dia cakap. Hari lainnya, suami saya beli otak-otak di Pasar Malam. Dapat saya makan otak2. Tu pun susah dapat di KK.
Sate ug sgt sedap

Fawwaz menikmati sate

Otak-otak  
Lepas beberapa hari di KL, kami pun balik Kedah. Di Kedah saya sibuk melawat saudara-mara. Ada satu hari tu, bapa saya bawa melawat Muzium Padi, di Gunung Keriang. Best jugak tempat tu. Tak pernah saya pergi. Di Kedah, saya makan char koew teow, pasembur, laksam. Tapi semua saya lupa nak ambil gambar. Dah tak sabar nak makan. Pastu saya jumpa la pulak sata, makanan Kelantan. Bapa saya pun tak pernah makan. Dah lama saya teringin nak makan tu tapi tak jumpa. Syukur jumpa juga akhirnya.
Sata
Seminggu bercuti memang sekejap sangat rasanya. Tak puas, dan banyak lagi perkara yang saya nak buat dan makan. InsyaAllah hujung tahun saya balik kampung, ingat nak cuti dua minggu. Bestnya...

Tuesday 10 May 2011

Selamat Hari Ibu..

Mungkin sudah terlambat untuk saya tulis mengenai Hari Ibu di sini. Tak apa la jugak kan. Selain diucapkan kepada kawan2 atau sedara yg bergelar ibu, saya tak lupa juga kepada ibu mertua saya, tempat saya menumpang kasih selepas ibu sendiri sudah tiada. Alhamdulillah, saya mendapat ibu mertua yang baik. Bila saya dan keluarga balik kampung, beliau akan masak makanan kegemaran suami saya dan tak lupa juga makanan kegemaran saya. Bertuahnya saya..
Selain diucapkan pada orang lain, saya juga menerima ucapan sedemikian. Alhamdulillah, saya juga telah bergelar ibu. Dahulu, apabila saya ucapkan selamat hari ibu kepada ibu saya, ianya diiringi rasa sayang dan terima kasih yang tidak terhingga. Tapi kini andainya ibu saya masih ada, pastinya ucapan ini diiringi rasa sayang, terima kasih, terharu, empati dan perasaan lain yang sukar saya gambarkan. Saya sudah tahu macam mana susahnya menjadi seorang ibu. Sedangkan saya baru bergelar ibu kira-kira dua tahun setengah. Bagaimana rasanya ibu saya membesarkan saya sehingga dewasa.
Sewaktu mengandung, pelbagai rasa dan pengalaman saya rasakan. Sakit pening, letih, muntah, sukar tidur malam dan macam-macam lagi. Semua tu dilalui selama sembilan bulan lebih. Saat melahirkan, bagi saya satu saat yang amat sakit dan genting, sehingga dulu saya rasa serik nak bersalin lagi. Patut lah Datuk Fadilah Kamsah pernah cakap, kalau seorang anak lihat video seorang ibu melahirkan, pastinya dia takkan menjadi anak derhaka. Tapi alhamdulillah, lama kelamaan perasaan serik tu hilang. Kemudian menjaga anak dalam pantang juga amat memenatkan. Ditambah pula saya dan suami jauh dari keluarga, maka kami perlu berdikari. Selain bertanya kepada keluarga melalui telefon, mujur ada juga rakan-rakan di sini yang membantu serba sedikit. Segalanya saya dan suami harungi bersama. Pantang larang untuk saya dan bayi, cara-cara mandi bayi, jaga bayi dan seterusnya berjaga malam kerana anak susah tidur. Kesian suami saya, siangnya beliau perlu pergi kerja lagi.
Dan kini, bila anak makin besar, lain pulak cabarannya.  Macam-macam pulak perangai anak saya ni. Banyak betul akal dia. Kalau yang bagus, bijak memang saya dan suami gembira sangat. Tapi kadang-kadang perangai dia boleh mendatangkan marah. Sukarnya saya rasa memahami sikap anak ni hingga kadang-kadang hilang sabar saya. Dan bila saya hilang sabar, selepas tu saya akan rasa menyesal dan sedih sebab dah marah anak saya. Dan ketika ini juga saya fikir, macam mana mak saya jaga saya dan adik-beradik saya yang lain. Susahnya saya rasakan. Saya yang baru seorang anak ni pun dah penat sangat kadang-kadang melayan karenah dia.
Apa-apa pun, ini lah cabaran sebenarnya menjadi seorang ibu. Terlalu panjang lagi masa untuk saya membesarkan anak ini. Jika diberi kesempatan oleh Tuhan, saya doakan saya menjadi ibu yang sabar untuk berdepan dengan karenah anak-anak yang macam-macam, dan dapat melihat hingga anak saya dewasa.Buat ibu saya, semoga ibu sentiasa tenang di alam sana. Saya tidak pernah melupakan ibu. Anak ibu kini telah mula merasa apa yang ibu pernah rasa, dan semoga saya menjadi setabah ibu. Amin...
Selamat Hari Ibu..