Sweet.. sweet... sweet memory..

Friday 25 February 2011

Catatan Perjalanan.. Kota Kinabalu ke Pantai Timur Sabah..

Kota Kinabalu.. hmm.. rupanya dah dua tahun setengah aku tinggal sini. anak aku cakap pun dah ikut slang sini.. sepanjang dua tahun lebih di sini, aku ada jugak jalan2 Kota kinabalu dan lain2 tempat dalam Sabah ni. sememangnya Sabah ni sangat besar. dan tempat yang paling jauh dari Kota Kinabalu ni ialah Pantai Timur Sabah. dah lama kat sini baru ada peluang pergi sana..
Pada Tahun Baru Cina 2011, aku dan keluarga bercuti di Pantai Timur. kebetulan ada seorang member/adik Kimia KK dah pindah Kimia Tawau. Pada 3 Februari, lebih kurang jam 6.30 pagi, kami mulakan perjalanan. plan nak bertolak 5.30 pagi (time tu lepas Subuh dah kt KK ni). tp disebabkan malam sebelumnya susah nak tidur (didodoi oleh dentuman mercun dan bunga api), lambat la sikit bertolak. Perjalanan dari KK melalui Likas - Menggatal - Tuaran - Tamparuli - Kundasang. dalam perjalanan ni jugak akan melalui Kinabalu National Park, iaitu tempat di mana bertapaknya Gunung Kinabalu. kalau ada sesiapa yang nak drop by tengok Gunung, boleh berhenti di Pekan Nabalu. di situ ada platform untuk tengok atau ambil gambar berlatarbelakangkan gunung tertinggi di Malaysia. sepanjang jalan ni, jalannya berbukit2 (tinggi bangat) dan bengkang bengkok.
Lebih kurang 9.00 pagi, kami berhenti di Ranau. perut kami dah berkeroncong, ye la belum sarapan lg dari pagi. Masuk la satu restoran, makan. aku mesti pekena jugak nescafe tarik pagi2 ni. kalau tak mengantuk nanti, tak dapat nak teman suami aku memandu. anak aku excited ja dia. suka sangat dia tu jalan-jalan...
lepas makan teruskan perjalanan. Ranau - Telupid - Kinabatangan - Lahad Datu. perjalanan Ranau - Telupid masih berbukit2 (tapi tak terlalu tinggi), tetapi sepanjang jalan Kinabatangan, banyak sangat kelapa sawit dan pucuk paku (sabah cakap paku pakis). masa di Kinabatangan, aku dapat lihat Sungai Kinabatangan, sungai terpanjang di Sabah. dulu tahu ni pun masa belajar Geografi. dah tua2 ni baru dapat tengok. bagi sesiapa yang berminat, boleh join Rivwer Cruise, mcm dalam iklan kt tv. "Sungai Kinabatangan cikgu," bagitau budak sekolah tu. "Sabah?" tanya cikgu. aku sendiri pun belum cruise sungai ni.
Lebih kurang 1.30 petang, aku bertemu dengan adik Kimia Tawau tu, di tempat yang dijanjikan. Si Herni terus bawak kami pergi makan tengah hari. memang dah lapar sangat. Herni ni memang orang Lahad Datu. jadi expert la dia dan suami dia selok belok LD ni. lepas makan, terus bertolak ke destinasi seterusnya, Semporna. dalam perjalanan, lalu lah (org sabah bilang limpas) pekan Kunak. lebih kurang 5.00 petang, baru kami check in di Dragon Inn Floating Resort. cantik tempat ni. bilik2 dia semua buat dari kayu, papan. bilik air dia pun comel. hehe.. Semporna ni lah tempat penggambaran Duyung, tp tak pasti la pulau mana. dari Semporna ni lah, siapa2 yang nak pegi pulau kawasan ni, akan naik bot. Pulau Sipadan, Mabul, Kapalai, Mataking. Di sini jugak pertama kali aku lihat rumah di tengah laut dan satu golongan yang tinggal dalam bot. bukan bot besar macam Titanic atau feri Malaysia, tapi kecik, lebih kurang sampan. kesian, dalam kemajuan negara ni, masih ada yang jauh dari kemajuan..
Esok paginya, lepas sarapan, kami melawat akuarium (dia tulis la). tp sebenarnya sangkar ikan, yang dibuat di laut. ikan ni dibela. punya la besar ikan dia. lagi besar dari baby pun ada. ikan putih, kerapu, dan lain2 yang aku tak kenal. Lebih kurang jam 11.30, kami check out. kami pergi jalan2 di Pekan Semporna, seterusnya makan. Jam 1 lebih (lepas kaum lelaki solat Jumaat), kami mulakan perjalanan ke Tawau. lepas lebih kurang satu jam setengah, sampai la kami di rumah Herni. sampai jugak kami di Tawau. rasanya daerah paling jauh kot dari KK.
lepas rehat2, Herni dan suami bawa kami pegi Bandar Tawau. pekan ni pun tepi laut. dari sini dapat lihat Pulau Sebatik, sempadan Sabah (Malaysia) dan Kalimantan (Indonesia). seterusnya kami makan Nasi Goreng Lalap (ayam) dan aku minum teh nai ping (teh susu pekat ais). sepatutnya nak minum ais teler, tapi ais batu untuk mesin takda, sebab raya Cina (ada ka patut?).
esoknya Herni bawak kami sarapan Nasi Kuning di bandar. lepas makan, pegi shopping. tp bukan di shopping complex. di Pasar Rombengan (mcm flea market), Pasar Gantung dan Pasar Besar. maka kami pun shoping la barang sendiri dan buah tangan untuk orang. tudung, baju, barang hiasan, keropok amplang, blinjo, keropok ikan dan udang. satu hari ni kami berjalan, balik umah, pastu keluar lagi.
6 Februari jam 6.15 pagi, kami bertolak pulang. sekejap ja rasa. berpisah la lagi aku dengan Herni. dalam perjalanan pulang, kami berhenti makan di Kinabatangan dan Ranau. Perjalanan pulang ni, hujan dan berkabus. takut pulak aku. dah la jalan berbukit. tapi alhamdulillah, perjalanan kami tidak mengalami masalah. kami selamat sampai di rumah lebih kurang 4 petang. terima kasih suamiku yang rajin dan sabar memandu walaupun jauh. aku hanya boleh temankan dia memandu sepanjang perjalanan dan cuba untuk tak tidur. anakku, bangun, tidur, bangun, tidur. bila bangun riuh satu kereta. terima kasih Herni dan suami Rayz kerana menjadi tour guide kami dan menyediakan tempat penginapan untuk kami. harap2 pasni kita pegi mana2 lg..



1 comment:

  1. wah kak satu penceritaan yang baik..lebih2 lagi watak2 dalam penceritaan itu..hehehhe kak teda ais giling bah tym tu sebab tukang gilingnya cuti raya cina adakah patut...heheh

    ReplyDelete