Sweet.. sweet... sweet memory..

Monday 28 February 2011

perumahan atau penempatan?

baru2 ni, selepas shoping kat satu supermarket, aku dan hubby tiba2 terfikir nak pegi melawat rumah yang hubby beli kat sini. rumah tu dia beli tahun lepas. ikut kata pemaju hujung tahun ni siap la fasa kami. fasa kami fasa dua. tp ada ofismate kami yang beli umah tu fasa 1, suppose siap hujung tahun lepas pun, sampai skrg belum dpt kunci. tak kisah lah apa pun. kami saja ja nak tengok.
jalan sebenar untuk ke kawasan perumahan tu masih belum siap. jadi kami kena guna laluan lori la. tanah merah, berlubang, siap berkeleboq (lecak) lagi. jalan pun naik bukit. mcm dua kali la daki bukit kereta tu, sampai senegheh (geser) tanah. dah nak sampai nampak dah la beberapa bangunan batu. ada yang dah siap bercat, ada separuh cat dan ada masih belum. berkira-kira la kami mana satu blok kami. tak ingat pulak blok mana. kami masuk la dekat sikit kawasan tu.
sekali, apa yang mengejutkan kami, jeng jeng jeng.. sudah ada bebebebeberapa buah rumah papan (atau plywood ke aku pun tak pasti), yang bersusun tersergam indah di depan kami. penghuni pun ramai. siap dah ada gelanggang dan padang bola. hehe... rupa-rupanya, sebelum kawasan tu jadi kawasan perumahan kami, ia dah jadi kawasan penempatan ... entah lah siapa, aku pun tak pasti. halal ka, haram ka. aku rasa itu rumah2 pekerja2 kontrak perumahan tu, tapi siap ada perempuan2 dan kanak2. mungkin pekerja tu bawak keluarga dia kot. tak pa lah, family always come first. 
kesian jugak tengok mereka ni. mungkin kesusahan menyebabkan mereka terpaksa bermastautin ramai2 kat situ. tak tau la orang negara kita atau pun orang luar. itulah agaknya kan, ada kawasan perumahan ada la kawasan penempatan.. aku rasa la..

No comments:

Post a Comment