Sweet.. sweet... sweet memory..

Thursday 9 June 2011

Adakah kami layak dimalukan?

Dua hari lepas, kami di pejabat digemparkan dengan satu berita panas yang terpampang dalam akhbar. Yang boleh mula tau berita tu, bapa saya telefon. Dia cakap dalam paper S**** ada berita pasal pegawai senior kami di ofis ibu pejabat kena tegur di mahkamah sebab tak hadir perbicaraan. Tak lama kemudian dia telefon lagi, dalam paper M**** lagi dahsyat. Detail jugak wartawan tu tulis, apa saja yang dilaser oleh hakim ditulisnya. Siap mention nama pegawai tu lagi. Saya pun bila time rehat cari la paper. Dalam paper Sabah pun ada, tapi ok lagi sebab lebih general. Saya baca pun tak da la panas. Bila saya cari paper M**** tu, cheh, kurang asam betul. Memang sakit hati apa yang dicakapkan oleh hakim tu. Maaflah, saya mungkin emosional, tapi saya rasa seperti tidak patut pegawai berkenaan menerima teguran/sindiran yang terlalu tajam demikian.  Apatah lagi, perkara berkenaan dipaparkan dalam akhbar. Saya tidak tau pulak seandainya alasan yang diberikan oleh pegawai berkenaan tidak boleh diterima. Tapi secara rasionalnya, saya rasa (mungkin saya buta undang-undang) alasan tersebut boleh diterima.
Hmm.. mungkin bagi sesiapa yang tidak tahu, percaya apa yang ditulis dalam akhbar berkenaan. Semestinya reputasi kami agak tercalar dan ada orang awam memikirkan 'standard' la penjawat awam, sebab ada orang menganggap penjawat awam ni banyak yang 'rileks', goyang kaki dan sebagainya. Dan mungkin ada yang cakap 'tu la, tak pergi lagi mahkamah', atau apa2 lagi la.
Di sini saya ingin meluahkan rasa sedih, bengang, risau hingga saya asyik terfikir perkara tu sampai hari ni. Bagi mereka yang tidak tau apa yang kami semua lalui sebelum ini berhadapan dengan mahkamah yang mulia, di sini saya senaraikan beberapa contoh peristiwa yang pernah berlaku pada kami.
1. Kami telah berada di hadapan mahkamah. Sapina tulis, 9.00 pagi. 8.30 pun ada yang dah sampai. Kami pun tunggu, tunggu. Kadang2 9.30 pun mahkamah belum jalan. Pastu mahkamah mula, tapi belum sampai turn kami. Kami pun tunggu lagi dengan berdebar2. Takpalah, kami kan ada 'banyak masa'. Tunggu saja, sampai kami dipanggil, yang kami tak boleh nak agak pun bila kami dipanggil (takda nombor giliran mcm bank dan sebagainya). Nak pergi minum, memang tak la. Toilet pun cepat2. Ohh.. penantian satu penyiksaan.. Nasib kami memang baik sekiranya dipanggil pagi berkenaan. Lega. Tapi kalau tak sempat, sambung petang, hmm.. agak baik la tu. Dan yang 'paling baik', tak dipanggil pada hari berkenaan. Pelbagai alasan diberikan. a) kes tangguh, nanti bagi tarikh lain. b) tak sempat hari ni, esok datang balik. c) tak jadi panggil. tak perlu keterangan kami pulak. d) kes tak jalan hari ni sebab (lawyer tak datang, hakim meeting/cuti). Oh.. bukankah itu masa kami atau sebetulnya masa kerajaan telah terbuang? Kalau kami travel dari jauh, duit pun dah terbuang. Tapi takpa lah, kami faham dengan mahkamah. Kita merancang, Tuhan menentukan. Paling2 pun, kami bebel dekat diri sendiri dan cerita dengan rakan seperjuangan. Setakat meluahkan perasaan. Belum la sampai masuk paper atau laser dekat orang di mahkamah.
2) Hampir setiap mingggu kami terima sapina. Sana-sini nak panggil kami. Tapi untuk sesetengah kes, bila tiba masanya, takda juga wakil polis atau mahkamah hubungi kami confirmkan kami akan dipanggil. Kadang2 kalau ada nombor boleh dihubungi, kami telefon juga tanya. Tapi banyak juga keadaan kami terima sapina tanpa nombor untuk dihubungi, dan ada juga kes tu selesai walaupun kami tak dipanggil. Kalau kami ni nak melayan terus semua sapina yang kami terima, alamatnya kerja makmal kami banyak la tertangguh. Sekarang pun dah ada complain kes kami lambat siap.
3) Kalau mahkamah dekat pejabat, kadang2 ada yang kami tak terima sapina pun, tiba2 polis telefon, 'Puan boleh datang mahkamah sekarang/esok?' Alahai.. jangan la begitu bos. Kami ni perlu jugak cari fail kes tersebut, nak baca balik. Kami ni buat baaaanyaaak kes,bukannya ingat semua. Kalau nak kena beli tiket flight lagi, bukannnya mudah.
Maaflah, saya tidak berniat memalukan sesiapa. Kita semua penjawat awam. Kita semua mahu menyelesaikan kes berkenaan. Kami pun tak nak kes berkenaan tertangguh. Apa guna kami melambat2kan perbicaraan, kalau last2 memang kami kena panggil juga. Kami seboleh mungkin akan cuba pergi mahkamah. Jika kami tak pergi, pasti ada alasan yang kukuh. Perlu juga diingat, kami bukanlah semata2 hamba kerja. Sekali sekala kami mahu luangkan masa dengan keluarga. Kalau kami bercuti dengan keluarga, berilah kami masa yang berharga. Sebab kami bila masuk pejabat, kerja, kerja, kerja. Macam dialog filem P.Ramlee, 'selagi belum tutup mata, kerja, kerja, kerja'.
Ini adalah luahan hati saya. Saya rasa sedih dengan apa yang berlaku. Pasti saya takut dengan sapina lepas ni. kepada pegawai senior berkenaan, 'Sabar lah kak. Biarlah orang nak cakap apa, yang penting kita sendiri faham. Jika saya dalam keadaan seperti kakak semasa terima sapina tersebut, saya pun akan buat perkara yang sama'..

2 comments:

  1. wah sampai begitu sekali kah kak...sampai nama tu senior di tulis...wah mcm mau megasi malu pulak tu....dorang ingat semua penjawat awam mcm sama kah..haiya...cuba durang berada tempat kita baru durang tau tu

    ReplyDelete
  2. iya nisa.. gambar pun ada juga keluar.. kesian kakak tu.. dia balik cuti di kampung masa tu.. cuti sekolah kan.. kejam bah hakim tu..

    ReplyDelete