Sweet.. sweet... sweet memory..

Thursday 10 March 2011

Kasih Bapa..

Ari ni tengah bekerja di ofis, seorang ofismate bagitau saya. Ada orang telefon, mau minta tolong. Tolong, boleh.. tapi tolong apa?
Beliau yang menelefon merupakan bapa kepada seseorang yang kes dia dah masuk lab saya. Si bapa ni minta tolong apa2 yang patut, supaya anak dia tak kena jatuh hukum. Dia cakap anak dia ada empat orang anak, dan lain2 lagi. Susah la kalau anak dia kena buang kerja. Hmm...
Wah2.. mau minta tolong free2 saja ka? Kalau dibayar juta2 ringgit, boleh lah saya fikirkan. Boleh saya cabut lari dari negara ni. Hehe.. Astaghfirullahhaladzim.... Tidak pernah saya terfikir mau terlibat dengan perkara sebegini. Cukup lah dengan apa yang saya ada sekarang. Apa guna ada wang juta2 tapi hidup tidak senang. Itu baru di dunia, akhirat belum tahu lagi. Moga Allah menjauhkan saya dari semua ni..
Apa yang saya terfikir, itu lah kasih seorang bapa. Walaupun anak dia melakukan kesalahan, dia masih mahu membela anak dia, sehinggakan dia lupa akibat2 lain. Dia mungkin lupa, kalau saya tolong dia, saya yang bersalah. Apa jaminan dia saya tidak akan tertangkap. Kalau saya ditangkap, saya pun ada anak kecil. Apa nasib anak saya. Suami saya, bapa saya, keluarga saya yang lain... 
Kesian juga si bapa. Mungkin dia terlalu terdesak. Wahai anak2, sebelum melakukan kesalahan, fikirkan lah orang lain. Ibu, bapa, suami, isteri, anak dan lain2. Bukan kau seorang yang sengsara nanti..

No comments:

Post a Comment