Sweet.. sweet... sweet memory..

Monday 14 March 2011

mahalnya buah di Sabah...

kemarin saya pegi court case di Ranau. tp tggu punya tggu kes tak dapat jalan. ada masalah sikit. jadi saya pun balik lah. saya pegi Ranau dengan sorang ofismate AI. dia yg drive, sbb saya ni lesen utk direnew saja. bkn utk drive. aha... 
jadi alang2 kami dah pegi Ranau, apa lagi, kami singgah lah Kundasang. ofismate lain pun ada yg mengirim. bukan susah pun. tepi jalan saja pasar buah dan sayur. kalau tak berenti pun kami boleh terbau kesegaran buah dan sayur. jd daripada teringat2 bila dh kat rumah nti, baik kami berenti beli. jangan kata kami mengular/curi tulang dan sebagainya, sbb dh petang pun (yg nak kata ni pun dua tiga org saja..). klu kami terus balik tanpa berenti pun kami tak sempat jgk sampai time office hour.
dipendekkan cerita kami pun usha2 dan survey2. sama ja semua gerai, jadi pilih lah gerai yg tak ramai org. maka AI pun memulakan operasinya menunaikan amanah org. satu demi satu sayur dia pilih, masuk plastik. plastik ni puan A, plastik ni puan B, plastik ni puan C dan plastik ni puan D. wah... seronoknya tengok.. org sabah ni memang suka makan sayur agaknya.. selesai membeli utk org, saya dan AI pun shoping utk diri sendiri. saya dan AI tak banyak sgt membeli sayur. saya paling tak tahan di sini kalau tengok cendawan tiram, sebab biasanya memang segar sgt. kdg2 memang baru petik. maka saya pun membeli cendawan tu RM5, nti boleh masak cendawan goreng tepung. pastu masak tomyam atau sup pun sedap. slurp... 
selepas abis sayur2, saya dan AI dah tak muat tangan pegang plastik2, maka kami simpan dulu dlm kereta. seterusnya mulakan operasi kedua, beli buah2 pulak. ada jgk seorg kirim buah. lainnya saya nak beli utk saya sendiri. awal2 lagi saya sudah ternampak mangga masak yg berwarna kekuningan. jadi saya pun bertanya harga. "Sekilo 12 ringgit". "Aaaaa???" mahal jgk. saya sangka murah lah di sini. di KK saya tau la mahal. saya pegang, letak, pegang, belek2 buah tu. "bagi la setengah kilo". bila budak tu timbang, dua biji ja dpt. adui.. sebiji 3 ringgit la maknanya.. mak ai.. mahalnya.. kalau tak kerana saya dah terpesona dengan keharuman, kecantikan dan kegebuan mangga tu, nescaya saya tak akan beli.  selain tu saya beli mangga muda, betik (fawwaz suka betik), jambu batu+jambu air. semua ni saya beli serba sedikit saja.
dalam perjalanan balik saya bercakap dgn AI, "mahal kan buah di Sabah ni. klu sayur murah". "ya kak, memang mahal buah di sini. sini sayur dan seafood murah la". huhu... saya sangka di KK saja mahal. rupanya Kundasang ni pun mahal. ada org pernah cakap, pegi area Sipitang, musim buah, murah lah. tp tak da la pulak saya kena panggil pegi court di sana time musim buah. takkan la semata2 nak pegi buah saya nak pegi sana. campur duit minyak, sama la saya beli di KK.
Tak pa la. mujur la jugak saya ni bukan la penggemar/penggila buah. saya makan kdg2 ja. klu tidak, mesti budget beli buah lagi mahal dr budget beli seafood. haha.. mana tak nya, udang sederhana besar pun sekilo 12 ringgit. sekilo saya 3 beranak makan 2,3 kali, kdg2 4. tp buah mangga 4 biji, sekali hadap pun boleh abis. haha... kira-kira beli mangga mcm beli ketam la.. formula hari ini 3xudang=1xketam=1xmangga. haha...

No comments:

Post a Comment