Sweet.. sweet... sweet memory..

Wednesday 1 February 2012

Akhirnya Dia Pergi...

Hari ni ada dua pulak yang saya nak tulis. Yang kedua ni cerita sedih. Bila saya dan keluarga keluar nak pergi kerja dan nursery pagi tadi, nampak ada sesuatu di tepi jalan. Anak saya yang nampak dulu. "Dia tanya apa putih2 tu mak". Dekat tepi benda tu pulak ada anjing. Jadi saya pun jawab anjing, sebab saya ingat tu pun anjing. Bila dilihat dari dekat, suami saya cakap, "Putih la mak".. Saya pun "Huuu.... Putih.." Rupanya macam dengan kucing yang kami pelihara. Sebab posisi dia macam berdiri dan menunduk, tak sangka rupanya itu adalah kucing mati. Nak berhenti, dah lambatjugak.
Jadi bila dah balik, sampai saja rumah terus saya pergi check bangkai tersebut yang dah dihurung lalat. Huhu... berdasarkan bentuk badan, warna dan bentuk ekornya yang characteristic, sah itu kucing kami, Si Putih. Huuuu.... badan dia semua elok, kepala pun ok. Cuma mata dia mata tersembul dan muka dia macam luka la. Tak nampak jelas sangat sebab muka dia terlungkup ke rumput. Nak angkat, saya tak sanggup. Kesian. Suami saya, Pergi tengok pun tak nak. Sebab dia pun sedih jugak. 
Huuu... akhirnya dia pergi tinggalkan kami. Selepas dua tahun lebih dia tinggal dengan kami, takda sudah dia. Tinggal la dua adik dia dari generasi kedua. Tiada lagi mata yang amat biru itu. Huhu....
Ni lah gambar si Putih dan adik2nya. Putih yang tengok kamera tu

No comments:

Post a Comment