Sweet.. sweet... sweet memory..

Wednesday 8 February 2012

Happy 4th Anniversary..

Alhamdulillah, tanpa disedari semalam, 8 Februari 2012 genap empat tahun usia perkahwinan saya dan hubby. Sooo touching... Kali ni kami sambut dengan bertambah lagi seorang zuriat kami, si puteri. Makin berseri2 keluarga kami. Saya juga bersyukur kepada Allah kerana dikurniakan suami yang penyayang dan memahami, walaupun saya bukanlah isteri yang sempurna. Kasih sayangnya pada saya membuatkan saya tidak pernah merasa rugi menolak sesuatu yang boleh dikatakan amat bermakna dalam hidup seseorang iaitu sambung belajar. Kini impian saya, saya ingin menjadi isteri yang baik dan seterusnya ibu yang dikasihi anak-anak saya. Saya juga amat menyayangi suami saya. Walaupun kami ni tak pandai nak beromantik-romantik, cukup lah perbuatan menunjukkan betapa saya sayangkan dia. Saya berdoa semoga cinta dan sayang kami terus mekar dan berpanjangan hingga ke akhir hayat dan dia terus menyayangi saya sampai bila-bila. Juga tidak lupa semoga Allah menjadikan anak-anak saya anak yang soleh dan solehah dan keluarga kami aman bahagia hingga ke syurga. Baiti Jannati. Amiinn....

Sedikit lirik dari lagu yang popular, ditujukan kepada suami saya (juga ringtone handset saya untuk dia)...

For the rest of my life, I’ll be with you
I’ll stay by your side, honest and true
Till the end of my time, I’ll be loving you, loving you

For the rest of my life, through days and nights

I’ll thank Allah for opening my eyes
Now and forever I, I’ll be there for you
I know it deep in my heart

 

1 comment: