Sweet.. sweet... sweet memory..

Wednesday 1 February 2012

Hari Pertama Kembali Bekerja...

Hari ni 1 Februari 2012 saya telah kembali bekerja, selepas 3 bulan lebih bercuti bersalin+cuti rehat. Semalam cakap dengan anak sulung esok kena pergi nursery, dia sekejap mahu sekejap tak mahu. Sekejap suka sekejap sedih. Pagi tadi bila bangun, dia nak mandi. Kebiasaannya dia mandi di nursery. Bersemangat pulak dia nak pergi nursery. Anak kecil saya pun excited naik kereta pagi2 ni. 
Sampai di nursery, bila teacher dia ambil, si adik biasa saja. Tak nangis. Tapi abangnya, mula2 cool, bila salam saya terus nangis. Kesian dia...
Saya hari ni terus pulak ada kursus. Wah... hebatkan. Jadi satu hari terisi dengan ceramah dan praktikal. Saya juga ada curi2 masa untuk perah susu. Tengah hari, lepas makan, pergi melawat anak kat nursery. Mujur nursery sangat dekat dengan ofis. Jalan kaki pun dalam 5 minit ja. Sampai sana. abangnya dah masuk bilik untuk tidur petang, jadi dia tak nampak saya. Adik, baru tidur. Bila saya sampai dia terjaga. Saya susukan lah dia. Sembang2 dengan penjaga dia, katanya, adik belum biasa lagi. Tadi ada dia nangis kuat. Dia juga ada cari2 susu badan. Oh ya, lupa saya tulis sebelum ni. Adik dah ada puting yang sesuai dengan dia, selepas beberapa jenis dicuba. Dan lagi, dia tak nyenyak tidur. Bila dia dengar baby lain nangis, dia pun ikut nangis. Takpa la adik, pandai2 la bawak diri ye...
Awatif terus dapat hisap dengan cemerlang bila dapat puting yang sesuai dengan dia. First time try terus abis dua auns

No comments:

Post a Comment