Sweet.. sweet... sweet memory..

Monday, 1 August 2011

Diari Ramadhan 2011-1

Hmm.. diam tak diam, ari ni dah masuk 1 Ramadhan. Dah lama saya tak tulis dalam blog ni. Macam takda idea mengarang. Topik2 ada jugak dalam kepala, tapi bila dah taip sikit, dah tak tau lagi nak sambung macam mana. Jadi delete saja la. Tunggu saja idea baru datang.
Kali ni buat kali kedua saya akan berpuasa dalam keadaan 'bawak perut'. Mudah-mudahan dipermudahkan olehNya. Kalau yang pertama dulu, alhamdulillah saya dapat berpuasa. Sehari saja saya tinggal. Tu pun dipaksa oleh nurse sebab nak saya buat test gula. Harap-harap kali ni dapat la puasa penuh. Yang penting mesti sahur, insyaAllah, tahan la satu hari. Baby dalam perut ni ari ni banyak betul bergerak. Mungkin dia lapar. "Sabar ye baby, ari ni kita puasa. Kan pagi2 buta mak dah makan. Jadi sekarang kena tahan la. Tak lama dah. Lagi dua jam lebih masuk la waktu berbuka". 
Bila dah puasa ni, mula la keinginan untuk makan melonjak2. Dah duk pikir ni buka puasa nak makan apa. Masak kah? Makan kat kedai kah? Keinginan nak masak pun menjadi2. Semalam saya cakap dekat husband nak masak itu ini, dia senyum saja. "Ye la tu", dia cakap. Hehe.. takpe la. Plannya ada. Jadi tak jadi belakang kira. Kalau larat dan rajin, baru masak (Mesti ada kedua2 faktor ini. Kalau larat tapi malas, tak jadi, kalau rajin tapi tak larat, pun tak jadi). Hehe.. Kalau untuk sahur selalunya takda banyak karenah. Saya dan suami makan simple2 je. Ikan pekasam, ikan masin pun boleh. Kadang2 roti pun ok dah.
Pasal makan dah pikir. Sekarang pasal beribadah pulak. Asyik makan je pikir nombor satu. Mudah-mudahan saya akan rajin menunaikan ibadah2 dalam bulan puasa ni. Masa ni la nak tambah pahala sebab pahala berlipat ganda. Bukan senang tu. Setahun sekali ja datang. Tahun depan belum tentu bersua lagi. Mudah-mudahan dipanjangkan umur.
Dalam bulan yang mulia ini juga, saya berdoa semoga saya mudah melahirkan baby ni. Saya juga berdoa saya bersalin secara normal. Tak nak la caesar. Takut saya. Banyak pengalaman kawan2 yang dah merasa kedua-duanya, cakap bersalin normal jauh lebih senang nak dijaga. Memang sakit masa nak bersalin, tapi alhamdulillah lepas tu hilang sakit.
Ok lah. Officemate pun dah bersiap nak balik. Diorang banyak minta balik 4.30. Saya dan suami malas pulak. Rasa tak rajin nak masak setiap hari. Lagipun malas nak datang ofis awal2. Hehe.. Saya balik jam 5 jugak. Balik ni, pantas ke dapur, masak apa yang patut. Selamat Berbuka!

Saturday, 18 June 2011

malasnya sayaaa...

Adui.. malasnya saya fikirkan hal ni. Esok saya kena pi kursus la pulak. Kat Port Dickson. Naik flight lagi. Benci. Pastu sekarang ni tak leh check in online. Awal lagi dah kena pi airport. Benci, benci...
Pastu teringat lagi kursus tu nanti pagi sampai malam. Adui.. kalau saya tau tentatif ni awal2, tobat saya tak nak pi. Macam mana la saya nak bertahan sampai malam. Selalu kerja, lepas maghrib pun kadang2 dah 'padam'. Ni lagi la kursus, mesti banyak benda nak kena blajar. Wargh.. bikin stres ni.. Satu hari ni saya dah sakit kepala. Tak tau la sebab fikir kursus ke apa..
Lagi satu fikirkan nak kena tinggal fawwaz. Hmm.. kesian. Walaupun dia ni kadang2 (macam selalu je) tak nak dengan saya, memanjang nak abah dia je, bila nak kena tinggal ni, sedih la jugak. Kesian jugak abah dia nak kena layan dia sorang2. Kena dia buat perangai, lagi haru. Cuma harap2 diorang sihat la masa saya tak da tu. Kalau sakit susah nanti.
Sebenarnya kursus ni cuma tiga hari. Haha.. tiga hari pun saya dah rasa macam tiga bulan. Kalau lagi lama, tak tau la saya macam mana. Boleh kurus agaknya saya. Kursus=kurus. Elok sangat la tu..

Monday, 13 June 2011

Kisah buah mangga..

Di rumah saya ada dua batang pokok mangga. Yang satu tu, dalam kawasan rumah. Tahun pertama saya tinggal di rumah ni, banyak betul pokok tu berbuah. Sampai saya dan suami tak larat makan. Banyaknya kami bagi orang saja. Kalau simpan pun buat rosak saja. Tapi musim seterusnya pokok tu macam merajuk. Kurang sangat buahnya. Sikit2 saja dapat makan. Bagi orang macam tak ada ja.  Musim lepasnya pun sikit, siap ada yang rosak2 lagi. Sampai sekarang macam tu saja pokok tu.
Pokok yang lagi satu tu, di luar pagar, sebelah rumah. Tapi tuan rumah dah cakap, "Itu pun pokok kau ar.. saya yang tanam itu pokok.." Tahun pertama saya di situ, langsung pokok tu takda berbuah. Bunga pun macam takda. Musim seterusnya, ada sikit. Tapi yang sedihnya, belum sempat saya ambil, buah tu hilang. Pernah juga saya terserempak orang ambil tu. Pagi2 lagi, siap bawak budak kecik masa tu. Tapi saya tak sempat cakap sebab saya dalam rumah masa tu. Kiranya saya tak sempat juga rasa macam mana buah pokok tu.
Baru2 ni pokok luar tu galak pula berbunga. Buah pun dah keluar sikit. Saya mula2 tak berharap, sebab chances untuk buah tu dicuri sangat tinggi. Ye la, buah tu kan kat luar rumah. Susah juga nak kawal. Takkan nak tulis kat pokok tu, 'Jangan Ambil' pulak. Tapi saya perasan kali ni, ada ranting yang masuk ke dalam kawasan rumah, dan ada buahnya. Saya pun suka la. Saya cakap dengan suami, "Kali ni dapat la kot makan buah tu. Dah sah2 dalam pagar. Kalau orang ambik jugak tak tau la". Saya pun jaga buah tu. Hari2 saya tengok, dan menunggu buah tu besar. Tapi... hari Jumaat baru ni, bila saya sampai saja dari pejabat, saya pun tengok la buah tu. Saya kehairanan. "Abang, mangga tu dah tak da la". Saya terus keluar kereta dan pergi dekat dengan pokok tu. Mana la tau saya dah rabun petang ke, tak pun buah tu jatuh ke. Huhu.. ternyata buah tu dah memang takda. Ada la kot 4,5 biji. Argh... mula la saya nak menyumpah ni. Tak cukup yang luar pagar dia ambil, yang dalam ni pun dia nak ambil. Barangkali sebab dia tengok yang dalam ni besar dari yang lain (Dah yang kat luar tu tak sempat besar kena ambil, macam mana nak besarnya).  Cheh.. kurang kesedaran sivik punya manusia. Agak2 la nak ambil pun. Ni sampai dalam pagar orang pun nak ambil.
Nak dijadikan cerita, semalam saya sekeluarga keluar jalan2. Ngam2 saya sampai, saya ternampak la ada seorang auntie ni bersama seorang budak sedang tertinjau2 di bawah pokok mangga tu. Saya pun dari dalam pagar terus pergi dekat pokok mangga tu. Kira2 saya mau sound la apa yang patut, sebab dia ambil buah tu. Sekali bila auntie tu nampak saya, dia dengan selamba baladanya cakap "Kau mau?", sambil menunjukkan beberapa biji mangga yang dalam tangannya. Saya yang nak marah rasa nak tergelak. Dalam hati saya berfikir, "Sapa tuan rumah ni? Saya ke dia?" Saya kat dalam pagar ni. Kereta pun dah ada. Saya yang terkesima tu hanya menggelengkan kepala, dan saya hanya mampu cakap "Kecil lagi oo buah tu kau ambil". Tapi dia jawab balik, "Sedap". Dan dia sekali lagi mempelawa saya ambil buah tu. Saya cakap "Nda apa lah". Selepas dapat beberapa biji, auntie tu pun berlalu dengan senang hatinya. Lalu saya pun mendekati pokok mangga tu, dan membelek2 buah yang masih ada. Dan saya pun ternampak satu biji buah mangga yang sederhana besar di celah2 mangga yang kecil. Mungkin auntie tadi tak nampak mangga tu. Lalu saya pun ambil, sebab saya pun nak rasa sedap sangat ke buah tu.
Ni la buah yang saya ambil dari pokok tu. Kecil kan. Saya dah makan. Patut la auntie tu ambil. Sedap juga rupanya. Tak masam sangat, manis2 sikit.
Saya pun dapat rasa dah sebiji buah tu. Tak tau la lepas ni dapat rasa lagi ke tak. Macam harus je nak tengok buah tu besar. Hehe.. Mungkin dah memang rezeki auntie tu. Ambil la auntie kalau kat luar tu. Cuma yang kat dalam tu, kalau boleh jangan la panjang sangat kaki dan tangan tu. Chek pun nak makan jugak. Chek dah la bawak perut ni..

Saturday, 11 June 2011

Bercuti Bersama Keluarga..

Minggu lepas, 1 Jun keluarga saya datang dari kampung. Abah, kakak, adik dan maklong saya. Ada seorang lagi adik saya tak dapat datang. Dia belajar di Yaman. Lima hari mereka di sini. Tapi saya rasa macam sekejap saja. Kalau ikutkan saya, saya mau mereka tinggal di sini at least dua minggu. Sebulan pun takpa. Hehe..
Kebiasaan mereka di sini, mesti nak pergi pasar basah. Kalau orang Kedah cakap 'market'. Speaking london pulak. Seafood di Sabah ni kan murah compare dengan semenanjung. Apa lagi, abah saya beli udang, sotong, kepah, ketam, ikan jenahak, wahh.. hampir semua jenis seafood ada. Puas betul kami makan.
Ada satu hari tu, saya bawak keluarga saya pergi jalan2 Kundasang, Ranau. Full day trip. Bertolak dari rumah pukul 7 pagi, 11 malam baru balik. Nah.. puas hati berjalan. Saya pun tak pernah pergi jalan sana lama sampai macam tu. Macam2 tempat kami pergi. Kat sini saya nak kongsi gambar2 menarik sepanjang percutian ini.
Tempat pertama yang kami singgah. Jambatan Tamparuli.


Pekan Nabalu. Berlatar belakang gunung tertinggi di Asia Tenggara (betul ke aku ni..)

Kampung Luanti. Fish Spa

Kolam Air Panas. Tapi tak mandi pun. Tengahhari weh.. mandi air panas apanya..

Kundasang War Memorial. Beautiful Garden

Salah satu garden yang ada dalam Kundasang War Memorial

Tempat paling tinggi dalam KWM. Belakang tu sepatutnya nampak Gunung Kinabalu tapi dah petang, dah berkabus, tak nampak la

Nak turun dari KWM

Sempat lagi pergi Desa Cattle. Tengok lembu susu. Time petang2 ni lembu dah beratur nak perah susu. Pandai kan..

Dua beranak bergaya di Desa
Pondok Timpohon. First start untuk sesiapa yang nak daki Gunung Kinabalu. Sejuk sangat2 time ni. Grrr... 
Inilah perjalanan saya sampai sehari. Best betul. Malam tu turun dari banjaran terus pergi Perdana Park. Tengok Air pancut bermuzik dan berlampu. Cantik sangat. Lepas makan, baru balik rumah. Memang penat sangat, tapi puas.
Fawwaz pun suka sangat wan dan keluarga ada kat rumah. Menjerit2 dia main dengan paksu dia. Maklong dengan wan pun rajin lawan dia. Apa lagi dia. Time ni la jugak dia pun tunjuk perangai dia yang macam2 tu. dari perangai bagus sampai perangai nakal dia tu.
Pada 5 Jun malam, abah dan keluarga pun balik. Huhu.. sedih.. Tinggal la kami tiga beranak kat rumah. Fawwaz berhari2 lepas tu pun dia tanya lagi. "wan mana?" Saya cakap "wan balik kedah". Ada lagi dia sambung tu. "maklong pun balik kedah, paksu pun" Kadang2 dia cakap, "wan naik kapal terbang".
Bila la lagi ada orang nak datang rumah kami ni. Terasa la meriah sikit rumah kami ni. Tidak la balik2 suara saya, suara suami dan Fawwaz..

Thursday, 9 June 2011

Adakah kami layak dimalukan?

Dua hari lepas, kami di pejabat digemparkan dengan satu berita panas yang terpampang dalam akhbar. Yang boleh mula tau berita tu, bapa saya telefon. Dia cakap dalam paper S**** ada berita pasal pegawai senior kami di ofis ibu pejabat kena tegur di mahkamah sebab tak hadir perbicaraan. Tak lama kemudian dia telefon lagi, dalam paper M**** lagi dahsyat. Detail jugak wartawan tu tulis, apa saja yang dilaser oleh hakim ditulisnya. Siap mention nama pegawai tu lagi. Saya pun bila time rehat cari la paper. Dalam paper Sabah pun ada, tapi ok lagi sebab lebih general. Saya baca pun tak da la panas. Bila saya cari paper M**** tu, cheh, kurang asam betul. Memang sakit hati apa yang dicakapkan oleh hakim tu. Maaflah, saya mungkin emosional, tapi saya rasa seperti tidak patut pegawai berkenaan menerima teguran/sindiran yang terlalu tajam demikian.  Apatah lagi, perkara berkenaan dipaparkan dalam akhbar. Saya tidak tau pulak seandainya alasan yang diberikan oleh pegawai berkenaan tidak boleh diterima. Tapi secara rasionalnya, saya rasa (mungkin saya buta undang-undang) alasan tersebut boleh diterima.
Hmm.. mungkin bagi sesiapa yang tidak tahu, percaya apa yang ditulis dalam akhbar berkenaan. Semestinya reputasi kami agak tercalar dan ada orang awam memikirkan 'standard' la penjawat awam, sebab ada orang menganggap penjawat awam ni banyak yang 'rileks', goyang kaki dan sebagainya. Dan mungkin ada yang cakap 'tu la, tak pergi lagi mahkamah', atau apa2 lagi la.
Di sini saya ingin meluahkan rasa sedih, bengang, risau hingga saya asyik terfikir perkara tu sampai hari ni. Bagi mereka yang tidak tau apa yang kami semua lalui sebelum ini berhadapan dengan mahkamah yang mulia, di sini saya senaraikan beberapa contoh peristiwa yang pernah berlaku pada kami.
1. Kami telah berada di hadapan mahkamah. Sapina tulis, 9.00 pagi. 8.30 pun ada yang dah sampai. Kami pun tunggu, tunggu. Kadang2 9.30 pun mahkamah belum jalan. Pastu mahkamah mula, tapi belum sampai turn kami. Kami pun tunggu lagi dengan berdebar2. Takpalah, kami kan ada 'banyak masa'. Tunggu saja, sampai kami dipanggil, yang kami tak boleh nak agak pun bila kami dipanggil (takda nombor giliran mcm bank dan sebagainya). Nak pergi minum, memang tak la. Toilet pun cepat2. Ohh.. penantian satu penyiksaan.. Nasib kami memang baik sekiranya dipanggil pagi berkenaan. Lega. Tapi kalau tak sempat, sambung petang, hmm.. agak baik la tu. Dan yang 'paling baik', tak dipanggil pada hari berkenaan. Pelbagai alasan diberikan. a) kes tangguh, nanti bagi tarikh lain. b) tak sempat hari ni, esok datang balik. c) tak jadi panggil. tak perlu keterangan kami pulak. d) kes tak jalan hari ni sebab (lawyer tak datang, hakim meeting/cuti). Oh.. bukankah itu masa kami atau sebetulnya masa kerajaan telah terbuang? Kalau kami travel dari jauh, duit pun dah terbuang. Tapi takpa lah, kami faham dengan mahkamah. Kita merancang, Tuhan menentukan. Paling2 pun, kami bebel dekat diri sendiri dan cerita dengan rakan seperjuangan. Setakat meluahkan perasaan. Belum la sampai masuk paper atau laser dekat orang di mahkamah.
2) Hampir setiap mingggu kami terima sapina. Sana-sini nak panggil kami. Tapi untuk sesetengah kes, bila tiba masanya, takda juga wakil polis atau mahkamah hubungi kami confirmkan kami akan dipanggil. Kadang2 kalau ada nombor boleh dihubungi, kami telefon juga tanya. Tapi banyak juga keadaan kami terima sapina tanpa nombor untuk dihubungi, dan ada juga kes tu selesai walaupun kami tak dipanggil. Kalau kami ni nak melayan terus semua sapina yang kami terima, alamatnya kerja makmal kami banyak la tertangguh. Sekarang pun dah ada complain kes kami lambat siap.
3) Kalau mahkamah dekat pejabat, kadang2 ada yang kami tak terima sapina pun, tiba2 polis telefon, 'Puan boleh datang mahkamah sekarang/esok?' Alahai.. jangan la begitu bos. Kami ni perlu jugak cari fail kes tersebut, nak baca balik. Kami ni buat baaaanyaaak kes,bukannya ingat semua. Kalau nak kena beli tiket flight lagi, bukannnya mudah.
Maaflah, saya tidak berniat memalukan sesiapa. Kita semua penjawat awam. Kita semua mahu menyelesaikan kes berkenaan. Kami pun tak nak kes berkenaan tertangguh. Apa guna kami melambat2kan perbicaraan, kalau last2 memang kami kena panggil juga. Kami seboleh mungkin akan cuba pergi mahkamah. Jika kami tak pergi, pasti ada alasan yang kukuh. Perlu juga diingat, kami bukanlah semata2 hamba kerja. Sekali sekala kami mahu luangkan masa dengan keluarga. Kalau kami bercuti dengan keluarga, berilah kami masa yang berharga. Sebab kami bila masuk pejabat, kerja, kerja, kerja. Macam dialog filem P.Ramlee, 'selagi belum tutup mata, kerja, kerja, kerja'.
Ini adalah luahan hati saya. Saya rasa sedih dengan apa yang berlaku. Pasti saya takut dengan sapina lepas ni. kepada pegawai senior berkenaan, 'Sabar lah kak. Biarlah orang nak cakap apa, yang penting kita sendiri faham. Jika saya dalam keadaan seperti kakak semasa terima sapina tersebut, saya pun akan buat perkara yang sama'..

Sunday, 15 May 2011

Balik Kampung Mei 2011

Beberapa minggu sebelum balik kampung, fawwaz asyik tanya, "Mak, nak naik kapal tebang? Pegi airport?" Setiap kali dia tanya, saya akan jawab mengikut berapa kali esok, dan berapa kali lagi dia kena pegi sekolah. Tak sabar dia nak balik kampung.
Lepas kerja 29/4, kami sekeluarga terus pergi airport dihantar oleh kawan suami. Di airport, fawwaz dah makn excited. Sibuk tengok kapal terbang, sampai tak nak duduk dia. Tunggu beberapa ketika, flight delay la pulak. Hampir sejam pulak tu. Dalam flight fawwaz tak nak duduk diam. Macam2 dia buat. Main, menyanyi dan macam2 lagi. Lepas dua jam setengah, kami pun sampai di KLIA. Kami dijemput oleh adik ipar dan suaminya. Sampai di rumah dah kira2 jam 12. Punya la penat. Saya tak tunggu lama, terus tidur.
Fawwaz sibuk di airport
Esoknya, kami pergi Jusco. Nak beli barang sikit. Masa saya tengah shopping, abah fawwaz bawak dia main dekat Wonder Park dalam kompleks tu. Bukan main suka lagi dia. Macam2 dia main. Petangnya pulak pergi rumah adik ipar. Ada birthday sepupu fawwaz.
Seronok main

Naik kereta comel
Hari seterusnya, ada makan kenduri pulak. Dua hari berturut2 ada kenduri kawan suami kahwin. Tapi saya pergi yg hari pertama saja. Yg hari kedua saya dah diserang sakit kepala. Malas nak keluar rumah. Masa kt KL ni juga saya pergi jumpa kawan di Kajang. Dia bawak saya makan sate. Sedapnya. Lama saya tak makan sate cicah kuah kacang. Di KK ni susah sikit dapat. Anak saya pun bukan main lagi dia makan. Sedap dia cakap. Hari lainnya, suami saya beli otak-otak di Pasar Malam. Dapat saya makan otak2. Tu pun susah dapat di KK.
Sate ug sgt sedap

Fawwaz menikmati sate

Otak-otak  
Lepas beberapa hari di KL, kami pun balik Kedah. Di Kedah saya sibuk melawat saudara-mara. Ada satu hari tu, bapa saya bawa melawat Muzium Padi, di Gunung Keriang. Best jugak tempat tu. Tak pernah saya pergi. Di Kedah, saya makan char koew teow, pasembur, laksam. Tapi semua saya lupa nak ambil gambar. Dah tak sabar nak makan. Pastu saya jumpa la pulak sata, makanan Kelantan. Bapa saya pun tak pernah makan. Dah lama saya teringin nak makan tu tapi tak jumpa. Syukur jumpa juga akhirnya.
Sata
Seminggu bercuti memang sekejap sangat rasanya. Tak puas, dan banyak lagi perkara yang saya nak buat dan makan. InsyaAllah hujung tahun saya balik kampung, ingat nak cuti dua minggu. Bestnya...

Tuesday, 10 May 2011

Selamat Hari Ibu..

Mungkin sudah terlambat untuk saya tulis mengenai Hari Ibu di sini. Tak apa la jugak kan. Selain diucapkan kepada kawan2 atau sedara yg bergelar ibu, saya tak lupa juga kepada ibu mertua saya, tempat saya menumpang kasih selepas ibu sendiri sudah tiada. Alhamdulillah, saya mendapat ibu mertua yang baik. Bila saya dan keluarga balik kampung, beliau akan masak makanan kegemaran suami saya dan tak lupa juga makanan kegemaran saya. Bertuahnya saya..
Selain diucapkan pada orang lain, saya juga menerima ucapan sedemikian. Alhamdulillah, saya juga telah bergelar ibu. Dahulu, apabila saya ucapkan selamat hari ibu kepada ibu saya, ianya diiringi rasa sayang dan terima kasih yang tidak terhingga. Tapi kini andainya ibu saya masih ada, pastinya ucapan ini diiringi rasa sayang, terima kasih, terharu, empati dan perasaan lain yang sukar saya gambarkan. Saya sudah tahu macam mana susahnya menjadi seorang ibu. Sedangkan saya baru bergelar ibu kira-kira dua tahun setengah. Bagaimana rasanya ibu saya membesarkan saya sehingga dewasa.
Sewaktu mengandung, pelbagai rasa dan pengalaman saya rasakan. Sakit pening, letih, muntah, sukar tidur malam dan macam-macam lagi. Semua tu dilalui selama sembilan bulan lebih. Saat melahirkan, bagi saya satu saat yang amat sakit dan genting, sehingga dulu saya rasa serik nak bersalin lagi. Patut lah Datuk Fadilah Kamsah pernah cakap, kalau seorang anak lihat video seorang ibu melahirkan, pastinya dia takkan menjadi anak derhaka. Tapi alhamdulillah, lama kelamaan perasaan serik tu hilang. Kemudian menjaga anak dalam pantang juga amat memenatkan. Ditambah pula saya dan suami jauh dari keluarga, maka kami perlu berdikari. Selain bertanya kepada keluarga melalui telefon, mujur ada juga rakan-rakan di sini yang membantu serba sedikit. Segalanya saya dan suami harungi bersama. Pantang larang untuk saya dan bayi, cara-cara mandi bayi, jaga bayi dan seterusnya berjaga malam kerana anak susah tidur. Kesian suami saya, siangnya beliau perlu pergi kerja lagi.
Dan kini, bila anak makin besar, lain pulak cabarannya.  Macam-macam pulak perangai anak saya ni. Banyak betul akal dia. Kalau yang bagus, bijak memang saya dan suami gembira sangat. Tapi kadang-kadang perangai dia boleh mendatangkan marah. Sukarnya saya rasa memahami sikap anak ni hingga kadang-kadang hilang sabar saya. Dan bila saya hilang sabar, selepas tu saya akan rasa menyesal dan sedih sebab dah marah anak saya. Dan ketika ini juga saya fikir, macam mana mak saya jaga saya dan adik-beradik saya yang lain. Susahnya saya rasakan. Saya yang baru seorang anak ni pun dah penat sangat kadang-kadang melayan karenah dia.
Apa-apa pun, ini lah cabaran sebenarnya menjadi seorang ibu. Terlalu panjang lagi masa untuk saya membesarkan anak ini. Jika diberi kesempatan oleh Tuhan, saya doakan saya menjadi ibu yang sabar untuk berdepan dengan karenah anak-anak yang macam-macam, dan dapat melihat hingga anak saya dewasa.Buat ibu saya, semoga ibu sentiasa tenang di alam sana. Saya tidak pernah melupakan ibu. Anak ibu kini telah mula merasa apa yang ibu pernah rasa, dan semoga saya menjadi setabah ibu. Amin...
Selamat Hari Ibu..