Sweet.. sweet... sweet memory..

Thursday, 4 August 2011

Diari Ramadhan 2011-3

Setelah kecewa dengan berbuka puasa pada hari pertama, maka pada hari kedua saya dan suami pun decide berbuka di luar. Lagipun ada barang sikit nak dibeli. Lepas abis keja, pergi la kami shoping di Giant Central Plaza. Pilih2, bayar, then dekat pukul 6.00 bertolak la kami ke kedai makan. Malam ni kami pilih berbuka di D'Lengkuas kat Sembulan. Dulu nama kedai ni Tiara. Sekarang dah tukar. Dengarnya pentadbirannya dah bertukar. Entah betul tak saya pun tak tau.
On the way ke kedai tu, kami kena lalu Bazar Ramadhan Sembulan. Mak aii.. punya la ramai orang. Parking kiri kanan jalan penuh. Siap ada park kat divider lagi. Bila sampai di D'Lengkuas, kami pun order makan. Kami order tomyam campur, telur bungkus, ayam sweet sour dan sayur cendawan. Sebelum masuk time berbuka, fawwaz dah makan dulu. Memang favourite dia telur bungkus tu.
Kat sini jugak ada nasi campur. Banyak lagi lauk dia. Macam makan tengah hari. Nasi kerabu pun ada. D'Lengkuas ni makanan dia ada style Semenanjung sikit la, dan banyaknya Kelantan. Kat sini la nak makan nasi kerabu, nasi dagang yang best. Kalau peminat budu, kat sini la tempat nak makan budu. Kedai makan lain susah la nak jumpa. Kalau saya datang sini, antara yang saya suka makan nasi kerabu, nasi dagang, sup (daging/ayam/campur. tulang pun ada tapi saya tak berapa pandai makan tulang), telur bungkus dan lain-lain lagi. Lauk-lauk nasi campur pun ok. Nak makan kari ke, asam pedas, masak lemak, sambal semuanya ada. Kalau makan tengah hari, memang rambang mata nak pilih lauk.
Kat sini kalau minum saya suka teh c special. Teh c special ni teh susu+gula melaka. Paling famous katanya kat Kuching. Kat semenanjung saya dengar baru2 ni dah ada. Masa saya masih kat sana tiga tahun lalu, tak da rasanya.
Ni la teh c special. Lapisan gula merah, susu dan teh.
Gambar-gambar makanan lain saya tak sempat ambil. Lupa sebab sekejap lepas makanan sampai, masuk waktu berbuka. Lagipun sibuk melayan fawwaz yang nak itu ini.
Hari ketiga terasa nak masak pulak. Saya berkira-kira nak masak ayam masak beriani, tapi style simple dan pantas punya. On the way balik rumah, saya bgtau hubby nak masuk tu. Pastu dia request masak gulai (kari telur) jugak sebab masak beriani tu tak banyak kuah. Saya dengan hubby kalau makan nasi takda kuah, kurang berselera sikit. Saya tambah lagi satu menu, sayur kubis supaya menjadi makanan seimbang (konon la..). Sampai di rumah, saya dan hubby pun menggembleng tenaga memasak. Mujur fawwaz tak banyak hal. Dah besar jugak dia. Paling-paling pun minta makanan dalam peti sejuk. Setelah bertungkus-lumus sejam lebih, siap la masakan kami, ngam2 maasuk waktu berbuka. Untuk minuman, disediakan air ais krim soda susu by my hubby. Sedap tu...

Ni la kari telur rebus. Tak nampak dah telur dalam tu, sebab ada banyak kuah.

Ayam masak beriani. Sorry, i'm not good in garnishing. Takda hias-hias dah.

Monday, 1 August 2011

Diari Ramadhan 2011-2

Hmm.. awal pulak saya nak menulis ni.. saya ingat nak tulis pasal pengalaman saya berbuka semalam..
Semalam keluar dari ofis jam 5.00. Sampai rumah lebih kurang 5.20 mcm tu, selepas meredah sedikit jem. Masuk saja dalam rumah, saya terus buka langkah pendekar. Buka fridge, keluarkan barang basah untuk dimasak. Entah kenapa, saya rasa teringin sangat nak makan kensom. Kensom ni makanan Thai. Ada kata ni asam pedas Thailand. First time saya nak cuba masak ni, selepas saya mencari resepi dari dalam internet. Yang saya penah makan kat Kedah, kensom ikan siakap dan kensom ikan puyu. Tapi ternyata kedua-dua ikan tu tak available kat rumah sekarang ni. Maka saya pun fikir masak kensom ikan pari. Tu pun selepas berdiskusi secara santai dengan hubby semalam.
Saya pun terus la menyinsing lengan, memotong2 dan memblend apa yang perlu. Pastu saya pun terus letak periuk atas dapur. Kensom ni tak perlu tumis. Rebus ja (Boleh jadi makanan sihat la ni, tak pakai minyak). Bila dah mendidih bahan rebus dia tu (cili apa, bawang, serai) terbit la aroma yang agak menaikkan semangat. Pastu suami saya yang tengah menolong pun masukkan ikan. Bila dah mendidih lagi, bau yang kedua ni macam kurang sikit. Emm... sebab apa ye.. Mungkin ikan pari ni tak sesuai kot masak kensom. Takpa la. Terus saja masak.
Selepas abis memasak dua jenis lauk, nasi dan buat air, ngam2 masuk la waktu berbuka. Selepas baca doa, saya sekeluarga makan kurma dan minum air. Fawwaz pun makan jugak kurma tapi dia gigit sikit, terus buang. Tak pandai pulak dia makan kurma. Pastu kami terus makan nasi. Bila mula2 rasa kensom tu, emm.. ada yang kurang. Asam garam kot. Pastu makan ikan pari tu. Saya terasa macam pelik pulak rasa ikan pari ni, tapi tak tau tak kena tang mana. Terus saja makan, tapi saya memang macam dah terpotong selera. Makan pun slow saja. Mujur ada jugak udang goreng tepung, boleh la cover. Suami saya pun cakap, macam tawar kot, pastu tak pedas. Tapi dia makan jugak. Masuk ketul ikan yang kedua dia makan, dia buang ikan tu. "Ikan ni berbau la". Saya pun terstop makan. "Ikan ni kencing ni. Bau hancing". Oo... patut la. Pernah jugak saya terdengar sebelum ni. Ikan pari ni kadang-kadang kalau dapat yang dia kencing, memang bau tu busuk. Katanya ni salah satu self protection dia la. Sebelum ni saya tak pernah terkena. Suami saja saya pernah tau macam mana, sebab dia memang penggemar ikan pari. Hmm... patut la pelik saja rasa ikan pari ni. Ingat kan sebab kensom saya tu.  Rasa nak termuntah pun ada. (tengah saya tulis ni pun kembang lagi tekak).
Saya dengan suami terus berenti makan nasi. Meratah udang saja la. Hmm.. tak da rezeki kami di hari pertama Ramadhan tahun ni. Tak pe la, ada jugak udang tu. Fikir balik, ada orang yang lagi susah, entah2 makan nasi dengan ikan kering ja. Dalam jam 10.00, kami berdua dah lapar balik. Suami saya yang rajin tu pun goreng la nasi. Emm.. lagi sedap dari saya yang masak sampai pecah peluh. Kenyang jugak. Dapat la saya masuk tidur lepas tu. Kalau tak memang saya duk terpikir lapar ja.
Ini udang goremg tepung. Rupanya tak menarik macam kedai (sebab saya tak pakai soda kot) tapi rasa boleh diterima la. Macam cucur udang pun ada.

Ni la kensom ikan pari+kangkung. Sepatutnya jadi sebab tapi hampeh la pulak. Sudah la first try saya masak kensom, ikan pulak berbau, Hmm... mana la saya nak dapat kensom kat Sabah ni. Kiansom ada la sini (nama tempat dekat2 KK ni)..
Malam ni tak tau la nak masak ke makan kat luar (cheh.. baru berapa minit puasa dah pikir berbuka. Tak baik betul..). Tunggu petang baru bole decide. Ok la, saya nak sembahyang dah ni. Pastu tido balik. Lambat lagi nak masuk keja ni.. Sempat nyenyak lagi. Fawwaz pun terbangun gak sahur ni, Nak pujuk dia tidor lagi. Dia dah tanya kita nak pegi mana ni mak... (Sebab selalu kalau bangun awal sangat ni, nak pegi jalan).

Diari Ramadhan 2011-1

Hmm.. diam tak diam, ari ni dah masuk 1 Ramadhan. Dah lama saya tak tulis dalam blog ni. Macam takda idea mengarang. Topik2 ada jugak dalam kepala, tapi bila dah taip sikit, dah tak tau lagi nak sambung macam mana. Jadi delete saja la. Tunggu saja idea baru datang.
Kali ni buat kali kedua saya akan berpuasa dalam keadaan 'bawak perut'. Mudah-mudahan dipermudahkan olehNya. Kalau yang pertama dulu, alhamdulillah saya dapat berpuasa. Sehari saja saya tinggal. Tu pun dipaksa oleh nurse sebab nak saya buat test gula. Harap-harap kali ni dapat la puasa penuh. Yang penting mesti sahur, insyaAllah, tahan la satu hari. Baby dalam perut ni ari ni banyak betul bergerak. Mungkin dia lapar. "Sabar ye baby, ari ni kita puasa. Kan pagi2 buta mak dah makan. Jadi sekarang kena tahan la. Tak lama dah. Lagi dua jam lebih masuk la waktu berbuka". 
Bila dah puasa ni, mula la keinginan untuk makan melonjak2. Dah duk pikir ni buka puasa nak makan apa. Masak kah? Makan kat kedai kah? Keinginan nak masak pun menjadi2. Semalam saya cakap dekat husband nak masak itu ini, dia senyum saja. "Ye la tu", dia cakap. Hehe.. takpe la. Plannya ada. Jadi tak jadi belakang kira. Kalau larat dan rajin, baru masak (Mesti ada kedua2 faktor ini. Kalau larat tapi malas, tak jadi, kalau rajin tapi tak larat, pun tak jadi). Hehe.. Kalau untuk sahur selalunya takda banyak karenah. Saya dan suami makan simple2 je. Ikan pekasam, ikan masin pun boleh. Kadang2 roti pun ok dah.
Pasal makan dah pikir. Sekarang pasal beribadah pulak. Asyik makan je pikir nombor satu. Mudah-mudahan saya akan rajin menunaikan ibadah2 dalam bulan puasa ni. Masa ni la nak tambah pahala sebab pahala berlipat ganda. Bukan senang tu. Setahun sekali ja datang. Tahun depan belum tentu bersua lagi. Mudah-mudahan dipanjangkan umur.
Dalam bulan yang mulia ini juga, saya berdoa semoga saya mudah melahirkan baby ni. Saya juga berdoa saya bersalin secara normal. Tak nak la caesar. Takut saya. Banyak pengalaman kawan2 yang dah merasa kedua-duanya, cakap bersalin normal jauh lebih senang nak dijaga. Memang sakit masa nak bersalin, tapi alhamdulillah lepas tu hilang sakit.
Ok lah. Officemate pun dah bersiap nak balik. Diorang banyak minta balik 4.30. Saya dan suami malas pulak. Rasa tak rajin nak masak setiap hari. Lagipun malas nak datang ofis awal2. Hehe.. Saya balik jam 5 jugak. Balik ni, pantas ke dapur, masak apa yang patut. Selamat Berbuka!

Saturday, 18 June 2011

malasnya sayaaa...

Adui.. malasnya saya fikirkan hal ni. Esok saya kena pi kursus la pulak. Kat Port Dickson. Naik flight lagi. Benci. Pastu sekarang ni tak leh check in online. Awal lagi dah kena pi airport. Benci, benci...
Pastu teringat lagi kursus tu nanti pagi sampai malam. Adui.. kalau saya tau tentatif ni awal2, tobat saya tak nak pi. Macam mana la saya nak bertahan sampai malam. Selalu kerja, lepas maghrib pun kadang2 dah 'padam'. Ni lagi la kursus, mesti banyak benda nak kena blajar. Wargh.. bikin stres ni.. Satu hari ni saya dah sakit kepala. Tak tau la sebab fikir kursus ke apa..
Lagi satu fikirkan nak kena tinggal fawwaz. Hmm.. kesian. Walaupun dia ni kadang2 (macam selalu je) tak nak dengan saya, memanjang nak abah dia je, bila nak kena tinggal ni, sedih la jugak. Kesian jugak abah dia nak kena layan dia sorang2. Kena dia buat perangai, lagi haru. Cuma harap2 diorang sihat la masa saya tak da tu. Kalau sakit susah nanti.
Sebenarnya kursus ni cuma tiga hari. Haha.. tiga hari pun saya dah rasa macam tiga bulan. Kalau lagi lama, tak tau la saya macam mana. Boleh kurus agaknya saya. Kursus=kurus. Elok sangat la tu..

Monday, 13 June 2011

Kisah buah mangga..

Di rumah saya ada dua batang pokok mangga. Yang satu tu, dalam kawasan rumah. Tahun pertama saya tinggal di rumah ni, banyak betul pokok tu berbuah. Sampai saya dan suami tak larat makan. Banyaknya kami bagi orang saja. Kalau simpan pun buat rosak saja. Tapi musim seterusnya pokok tu macam merajuk. Kurang sangat buahnya. Sikit2 saja dapat makan. Bagi orang macam tak ada ja.  Musim lepasnya pun sikit, siap ada yang rosak2 lagi. Sampai sekarang macam tu saja pokok tu.
Pokok yang lagi satu tu, di luar pagar, sebelah rumah. Tapi tuan rumah dah cakap, "Itu pun pokok kau ar.. saya yang tanam itu pokok.." Tahun pertama saya di situ, langsung pokok tu takda berbuah. Bunga pun macam takda. Musim seterusnya, ada sikit. Tapi yang sedihnya, belum sempat saya ambil, buah tu hilang. Pernah juga saya terserempak orang ambil tu. Pagi2 lagi, siap bawak budak kecik masa tu. Tapi saya tak sempat cakap sebab saya dalam rumah masa tu. Kiranya saya tak sempat juga rasa macam mana buah pokok tu.
Baru2 ni pokok luar tu galak pula berbunga. Buah pun dah keluar sikit. Saya mula2 tak berharap, sebab chances untuk buah tu dicuri sangat tinggi. Ye la, buah tu kan kat luar rumah. Susah juga nak kawal. Takkan nak tulis kat pokok tu, 'Jangan Ambil' pulak. Tapi saya perasan kali ni, ada ranting yang masuk ke dalam kawasan rumah, dan ada buahnya. Saya pun suka la. Saya cakap dengan suami, "Kali ni dapat la kot makan buah tu. Dah sah2 dalam pagar. Kalau orang ambik jugak tak tau la". Saya pun jaga buah tu. Hari2 saya tengok, dan menunggu buah tu besar. Tapi... hari Jumaat baru ni, bila saya sampai saja dari pejabat, saya pun tengok la buah tu. Saya kehairanan. "Abang, mangga tu dah tak da la". Saya terus keluar kereta dan pergi dekat dengan pokok tu. Mana la tau saya dah rabun petang ke, tak pun buah tu jatuh ke. Huhu.. ternyata buah tu dah memang takda. Ada la kot 4,5 biji. Argh... mula la saya nak menyumpah ni. Tak cukup yang luar pagar dia ambil, yang dalam ni pun dia nak ambil. Barangkali sebab dia tengok yang dalam ni besar dari yang lain (Dah yang kat luar tu tak sempat besar kena ambil, macam mana nak besarnya).  Cheh.. kurang kesedaran sivik punya manusia. Agak2 la nak ambil pun. Ni sampai dalam pagar orang pun nak ambil.
Nak dijadikan cerita, semalam saya sekeluarga keluar jalan2. Ngam2 saya sampai, saya ternampak la ada seorang auntie ni bersama seorang budak sedang tertinjau2 di bawah pokok mangga tu. Saya pun dari dalam pagar terus pergi dekat pokok mangga tu. Kira2 saya mau sound la apa yang patut, sebab dia ambil buah tu. Sekali bila auntie tu nampak saya, dia dengan selamba baladanya cakap "Kau mau?", sambil menunjukkan beberapa biji mangga yang dalam tangannya. Saya yang nak marah rasa nak tergelak. Dalam hati saya berfikir, "Sapa tuan rumah ni? Saya ke dia?" Saya kat dalam pagar ni. Kereta pun dah ada. Saya yang terkesima tu hanya menggelengkan kepala, dan saya hanya mampu cakap "Kecil lagi oo buah tu kau ambil". Tapi dia jawab balik, "Sedap". Dan dia sekali lagi mempelawa saya ambil buah tu. Saya cakap "Nda apa lah". Selepas dapat beberapa biji, auntie tu pun berlalu dengan senang hatinya. Lalu saya pun mendekati pokok mangga tu, dan membelek2 buah yang masih ada. Dan saya pun ternampak satu biji buah mangga yang sederhana besar di celah2 mangga yang kecil. Mungkin auntie tadi tak nampak mangga tu. Lalu saya pun ambil, sebab saya pun nak rasa sedap sangat ke buah tu.
Ni la buah yang saya ambil dari pokok tu. Kecil kan. Saya dah makan. Patut la auntie tu ambil. Sedap juga rupanya. Tak masam sangat, manis2 sikit.
Saya pun dapat rasa dah sebiji buah tu. Tak tau la lepas ni dapat rasa lagi ke tak. Macam harus je nak tengok buah tu besar. Hehe.. Mungkin dah memang rezeki auntie tu. Ambil la auntie kalau kat luar tu. Cuma yang kat dalam tu, kalau boleh jangan la panjang sangat kaki dan tangan tu. Chek pun nak makan jugak. Chek dah la bawak perut ni..

Saturday, 11 June 2011

Bercuti Bersama Keluarga..

Minggu lepas, 1 Jun keluarga saya datang dari kampung. Abah, kakak, adik dan maklong saya. Ada seorang lagi adik saya tak dapat datang. Dia belajar di Yaman. Lima hari mereka di sini. Tapi saya rasa macam sekejap saja. Kalau ikutkan saya, saya mau mereka tinggal di sini at least dua minggu. Sebulan pun takpa. Hehe..
Kebiasaan mereka di sini, mesti nak pergi pasar basah. Kalau orang Kedah cakap 'market'. Speaking london pulak. Seafood di Sabah ni kan murah compare dengan semenanjung. Apa lagi, abah saya beli udang, sotong, kepah, ketam, ikan jenahak, wahh.. hampir semua jenis seafood ada. Puas betul kami makan.
Ada satu hari tu, saya bawak keluarga saya pergi jalan2 Kundasang, Ranau. Full day trip. Bertolak dari rumah pukul 7 pagi, 11 malam baru balik. Nah.. puas hati berjalan. Saya pun tak pernah pergi jalan sana lama sampai macam tu. Macam2 tempat kami pergi. Kat sini saya nak kongsi gambar2 menarik sepanjang percutian ini.
Tempat pertama yang kami singgah. Jambatan Tamparuli.


Pekan Nabalu. Berlatar belakang gunung tertinggi di Asia Tenggara (betul ke aku ni..)

Kampung Luanti. Fish Spa

Kolam Air Panas. Tapi tak mandi pun. Tengahhari weh.. mandi air panas apanya..

Kundasang War Memorial. Beautiful Garden

Salah satu garden yang ada dalam Kundasang War Memorial

Tempat paling tinggi dalam KWM. Belakang tu sepatutnya nampak Gunung Kinabalu tapi dah petang, dah berkabus, tak nampak la

Nak turun dari KWM

Sempat lagi pergi Desa Cattle. Tengok lembu susu. Time petang2 ni lembu dah beratur nak perah susu. Pandai kan..

Dua beranak bergaya di Desa
Pondok Timpohon. First start untuk sesiapa yang nak daki Gunung Kinabalu. Sejuk sangat2 time ni. Grrr... 
Inilah perjalanan saya sampai sehari. Best betul. Malam tu turun dari banjaran terus pergi Perdana Park. Tengok Air pancut bermuzik dan berlampu. Cantik sangat. Lepas makan, baru balik rumah. Memang penat sangat, tapi puas.
Fawwaz pun suka sangat wan dan keluarga ada kat rumah. Menjerit2 dia main dengan paksu dia. Maklong dengan wan pun rajin lawan dia. Apa lagi dia. Time ni la jugak dia pun tunjuk perangai dia yang macam2 tu. dari perangai bagus sampai perangai nakal dia tu.
Pada 5 Jun malam, abah dan keluarga pun balik. Huhu.. sedih.. Tinggal la kami tiga beranak kat rumah. Fawwaz berhari2 lepas tu pun dia tanya lagi. "wan mana?" Saya cakap "wan balik kedah". Ada lagi dia sambung tu. "maklong pun balik kedah, paksu pun" Kadang2 dia cakap, "wan naik kapal terbang".
Bila la lagi ada orang nak datang rumah kami ni. Terasa la meriah sikit rumah kami ni. Tidak la balik2 suara saya, suara suami dan Fawwaz..

Thursday, 9 June 2011

Adakah kami layak dimalukan?

Dua hari lepas, kami di pejabat digemparkan dengan satu berita panas yang terpampang dalam akhbar. Yang boleh mula tau berita tu, bapa saya telefon. Dia cakap dalam paper S**** ada berita pasal pegawai senior kami di ofis ibu pejabat kena tegur di mahkamah sebab tak hadir perbicaraan. Tak lama kemudian dia telefon lagi, dalam paper M**** lagi dahsyat. Detail jugak wartawan tu tulis, apa saja yang dilaser oleh hakim ditulisnya. Siap mention nama pegawai tu lagi. Saya pun bila time rehat cari la paper. Dalam paper Sabah pun ada, tapi ok lagi sebab lebih general. Saya baca pun tak da la panas. Bila saya cari paper M**** tu, cheh, kurang asam betul. Memang sakit hati apa yang dicakapkan oleh hakim tu. Maaflah, saya mungkin emosional, tapi saya rasa seperti tidak patut pegawai berkenaan menerima teguran/sindiran yang terlalu tajam demikian.  Apatah lagi, perkara berkenaan dipaparkan dalam akhbar. Saya tidak tau pulak seandainya alasan yang diberikan oleh pegawai berkenaan tidak boleh diterima. Tapi secara rasionalnya, saya rasa (mungkin saya buta undang-undang) alasan tersebut boleh diterima.
Hmm.. mungkin bagi sesiapa yang tidak tahu, percaya apa yang ditulis dalam akhbar berkenaan. Semestinya reputasi kami agak tercalar dan ada orang awam memikirkan 'standard' la penjawat awam, sebab ada orang menganggap penjawat awam ni banyak yang 'rileks', goyang kaki dan sebagainya. Dan mungkin ada yang cakap 'tu la, tak pergi lagi mahkamah', atau apa2 lagi la.
Di sini saya ingin meluahkan rasa sedih, bengang, risau hingga saya asyik terfikir perkara tu sampai hari ni. Bagi mereka yang tidak tau apa yang kami semua lalui sebelum ini berhadapan dengan mahkamah yang mulia, di sini saya senaraikan beberapa contoh peristiwa yang pernah berlaku pada kami.
1. Kami telah berada di hadapan mahkamah. Sapina tulis, 9.00 pagi. 8.30 pun ada yang dah sampai. Kami pun tunggu, tunggu. Kadang2 9.30 pun mahkamah belum jalan. Pastu mahkamah mula, tapi belum sampai turn kami. Kami pun tunggu lagi dengan berdebar2. Takpalah, kami kan ada 'banyak masa'. Tunggu saja, sampai kami dipanggil, yang kami tak boleh nak agak pun bila kami dipanggil (takda nombor giliran mcm bank dan sebagainya). Nak pergi minum, memang tak la. Toilet pun cepat2. Ohh.. penantian satu penyiksaan.. Nasib kami memang baik sekiranya dipanggil pagi berkenaan. Lega. Tapi kalau tak sempat, sambung petang, hmm.. agak baik la tu. Dan yang 'paling baik', tak dipanggil pada hari berkenaan. Pelbagai alasan diberikan. a) kes tangguh, nanti bagi tarikh lain. b) tak sempat hari ni, esok datang balik. c) tak jadi panggil. tak perlu keterangan kami pulak. d) kes tak jalan hari ni sebab (lawyer tak datang, hakim meeting/cuti). Oh.. bukankah itu masa kami atau sebetulnya masa kerajaan telah terbuang? Kalau kami travel dari jauh, duit pun dah terbuang. Tapi takpa lah, kami faham dengan mahkamah. Kita merancang, Tuhan menentukan. Paling2 pun, kami bebel dekat diri sendiri dan cerita dengan rakan seperjuangan. Setakat meluahkan perasaan. Belum la sampai masuk paper atau laser dekat orang di mahkamah.
2) Hampir setiap mingggu kami terima sapina. Sana-sini nak panggil kami. Tapi untuk sesetengah kes, bila tiba masanya, takda juga wakil polis atau mahkamah hubungi kami confirmkan kami akan dipanggil. Kadang2 kalau ada nombor boleh dihubungi, kami telefon juga tanya. Tapi banyak juga keadaan kami terima sapina tanpa nombor untuk dihubungi, dan ada juga kes tu selesai walaupun kami tak dipanggil. Kalau kami ni nak melayan terus semua sapina yang kami terima, alamatnya kerja makmal kami banyak la tertangguh. Sekarang pun dah ada complain kes kami lambat siap.
3) Kalau mahkamah dekat pejabat, kadang2 ada yang kami tak terima sapina pun, tiba2 polis telefon, 'Puan boleh datang mahkamah sekarang/esok?' Alahai.. jangan la begitu bos. Kami ni perlu jugak cari fail kes tersebut, nak baca balik. Kami ni buat baaaanyaaak kes,bukannya ingat semua. Kalau nak kena beli tiket flight lagi, bukannnya mudah.
Maaflah, saya tidak berniat memalukan sesiapa. Kita semua penjawat awam. Kita semua mahu menyelesaikan kes berkenaan. Kami pun tak nak kes berkenaan tertangguh. Apa guna kami melambat2kan perbicaraan, kalau last2 memang kami kena panggil juga. Kami seboleh mungkin akan cuba pergi mahkamah. Jika kami tak pergi, pasti ada alasan yang kukuh. Perlu juga diingat, kami bukanlah semata2 hamba kerja. Sekali sekala kami mahu luangkan masa dengan keluarga. Kalau kami bercuti dengan keluarga, berilah kami masa yang berharga. Sebab kami bila masuk pejabat, kerja, kerja, kerja. Macam dialog filem P.Ramlee, 'selagi belum tutup mata, kerja, kerja, kerja'.
Ini adalah luahan hati saya. Saya rasa sedih dengan apa yang berlaku. Pasti saya takut dengan sapina lepas ni. kepada pegawai senior berkenaan, 'Sabar lah kak. Biarlah orang nak cakap apa, yang penting kita sendiri faham. Jika saya dalam keadaan seperti kakak semasa terima sapina tersebut, saya pun akan buat perkara yang sama'..