Sweet.. sweet... sweet memory..

Monday 1 August 2011

Diari Ramadhan 2011-2

Hmm.. awal pulak saya nak menulis ni.. saya ingat nak tulis pasal pengalaman saya berbuka semalam..
Semalam keluar dari ofis jam 5.00. Sampai rumah lebih kurang 5.20 mcm tu, selepas meredah sedikit jem. Masuk saja dalam rumah, saya terus buka langkah pendekar. Buka fridge, keluarkan barang basah untuk dimasak. Entah kenapa, saya rasa teringin sangat nak makan kensom. Kensom ni makanan Thai. Ada kata ni asam pedas Thailand. First time saya nak cuba masak ni, selepas saya mencari resepi dari dalam internet. Yang saya penah makan kat Kedah, kensom ikan siakap dan kensom ikan puyu. Tapi ternyata kedua-dua ikan tu tak available kat rumah sekarang ni. Maka saya pun fikir masak kensom ikan pari. Tu pun selepas berdiskusi secara santai dengan hubby semalam.
Saya pun terus la menyinsing lengan, memotong2 dan memblend apa yang perlu. Pastu saya pun terus letak periuk atas dapur. Kensom ni tak perlu tumis. Rebus ja (Boleh jadi makanan sihat la ni, tak pakai minyak). Bila dah mendidih bahan rebus dia tu (cili apa, bawang, serai) terbit la aroma yang agak menaikkan semangat. Pastu suami saya yang tengah menolong pun masukkan ikan. Bila dah mendidih lagi, bau yang kedua ni macam kurang sikit. Emm... sebab apa ye.. Mungkin ikan pari ni tak sesuai kot masak kensom. Takpa la. Terus saja masak.
Selepas abis memasak dua jenis lauk, nasi dan buat air, ngam2 masuk la waktu berbuka. Selepas baca doa, saya sekeluarga makan kurma dan minum air. Fawwaz pun makan jugak kurma tapi dia gigit sikit, terus buang. Tak pandai pulak dia makan kurma. Pastu kami terus makan nasi. Bila mula2 rasa kensom tu, emm.. ada yang kurang. Asam garam kot. Pastu makan ikan pari tu. Saya terasa macam pelik pulak rasa ikan pari ni, tapi tak tau tak kena tang mana. Terus saja makan, tapi saya memang macam dah terpotong selera. Makan pun slow saja. Mujur ada jugak udang goreng tepung, boleh la cover. Suami saya pun cakap, macam tawar kot, pastu tak pedas. Tapi dia makan jugak. Masuk ketul ikan yang kedua dia makan, dia buang ikan tu. "Ikan ni berbau la". Saya pun terstop makan. "Ikan ni kencing ni. Bau hancing". Oo... patut la. Pernah jugak saya terdengar sebelum ni. Ikan pari ni kadang-kadang kalau dapat yang dia kencing, memang bau tu busuk. Katanya ni salah satu self protection dia la. Sebelum ni saya tak pernah terkena. Suami saja saya pernah tau macam mana, sebab dia memang penggemar ikan pari. Hmm... patut la pelik saja rasa ikan pari ni. Ingat kan sebab kensom saya tu.  Rasa nak termuntah pun ada. (tengah saya tulis ni pun kembang lagi tekak).
Saya dengan suami terus berenti makan nasi. Meratah udang saja la. Hmm.. tak da rezeki kami di hari pertama Ramadhan tahun ni. Tak pe la, ada jugak udang tu. Fikir balik, ada orang yang lagi susah, entah2 makan nasi dengan ikan kering ja. Dalam jam 10.00, kami berdua dah lapar balik. Suami saya yang rajin tu pun goreng la nasi. Emm.. lagi sedap dari saya yang masak sampai pecah peluh. Kenyang jugak. Dapat la saya masuk tidur lepas tu. Kalau tak memang saya duk terpikir lapar ja.
Ini udang goremg tepung. Rupanya tak menarik macam kedai (sebab saya tak pakai soda kot) tapi rasa boleh diterima la. Macam cucur udang pun ada.

Ni la kensom ikan pari+kangkung. Sepatutnya jadi sebab tapi hampeh la pulak. Sudah la first try saya masak kensom, ikan pulak berbau, Hmm... mana la saya nak dapat kensom kat Sabah ni. Kiansom ada la sini (nama tempat dekat2 KK ni)..
Malam ni tak tau la nak masak ke makan kat luar (cheh.. baru berapa minit puasa dah pikir berbuka. Tak baik betul..). Tunggu petang baru bole decide. Ok la, saya nak sembahyang dah ni. Pastu tido balik. Lambat lagi nak masuk keja ni.. Sempat nyenyak lagi. Fawwaz pun terbangun gak sahur ni, Nak pujuk dia tidor lagi. Dia dah tanya kita nak pegi mana ni mak... (Sebab selalu kalau bangun awal sangat ni, nak pegi jalan).

No comments:

Post a Comment