Sweet.. sweet... sweet memory..

Monday 8 August 2011

Bonus oh bonus!


Wah... ini lah berita yang paling ditunggu2 saat ini. Dalam tv, radio, surat khabar, facebook, semua cakap pasal ni. Yahoo... dapat jugak bonus. Dah lama tak dengar perkataan 'bonus' untuk kakitangan awam. Duk dengar honororium (betul ke eja ni?) saja dua tiga tahun dah. Seingat saya, sejak saya menjadi kakitangan awam, sempat rasa bonus dua tiga kali ja kot, pastu tak da lagi. Alhamdulillah, tahun ni ada jugak rezeki dapat bonus.
Walau pun sedikit kecewa sebab bukan sebulan gaji, tapi saya tetap bersyukur dan berterima kasih kepada YB PM sebab bagi jugak bonus. Sebagai kakitangan awam yang setiap bulan gaji memang cukup2 tu, asal ada pertambahan walaupun setengah gaji, sudah cukup menggembirakan dan mengujakan. Memang dah ada dah ke mana nak disalurkan duit bonus ni. Bagi saya dan keluarga, persiapan raya mungkin tak seberapa sebab kami tak balik kampung beraya. Cuti pun ikut cuti umum saja. Tapi untuk perkara2 lain, banyak yang menuntut perbelanjaan. Banyak betul perbelanjaan yang di luar kebiasaan tu. Baru2 ni kami bayar duit maintenance rumah sewa di Petaling Jaya. Pastu beli barang untuk baby yang bakal menjengah dunia insyaAllah ujung bulan 10 atau awal bulan 11. Tu pun tak abis lagi barang untuk dia. Ada lagi nak dibeli. Hujung tahun jugak road tax kereta mati. Nanti selepas baby lahir, insyaAllah nak buat kenduri cukur rambut untuk dia jugak. Lagi.. lagi.. lagi..
Heh.. kalau nak disenaraikan semua, alamat panjang lagi la tulis ni. Memang tak cukup pun bonus tu. Kami suami isteri bukan la dari golongan yang bergaji besar. Tapi daripada tak ada, bagus dah ni. Kalau tak mesti kena korek duit simpanan yang tak berapa tersimpan pun. Lagi banyak keluar dari masuk.
Apa2 pun, terima kasih la PM. Emm.. ada saya terfikir. Ni namanya "Bonus Raya", barangkali ada "Bonus Hujung Tahun" kot Dato'? Hehe...

No comments:

Post a Comment