Sweet.. sweet... sweet memory..

Sunday 7 August 2011

Diari Ramadhan 2011-4

Hmm... sedar tak sedar ari ni dah masuk ari ketujuh puasa. Alhamdulillah, saya masih dikurniakan Allah kekuatan untuk berpuasa. Saya teringat kata2 doktor masa saya check up baru2 ni. Dia tanya, "kau puasa?". Saya cakap setakat ni saya puasa la. Dia cakap dekat saya, "boleh bah tu. atas niat kau jugak tu. kalau kau mau puasa, mesti boleh. kalau kau rasa tidak larat, baru kau buka". Betul kata doktor. Lagipun kandungan saya dalam 6 bulan, dekat2 7. Masih ok jugak lagi. Kalau dah sarat sangat tu, lain la. Cuma kelmarin saya sakit kepala. Dari Jumaat malam lagi saya sakit. Jadi waktu sahur ari Sabtu tu, saya pun makan panadol. Sahur tu pun cuma makan roti cicah sup krim ayam saja. Malangnya lepas makan panadol, saya muntah. Mungkin panadol pun tak sempat menyerap dalam badan. Tu la agaknya sakit tak hilang2 sampai satu hari.
Dah lama jugak saya tak masak. Ari keempat puasa, saya berbuka di Old Town White Coffee. Tak ramai pulak orang berbuka kat situ. Saya makan nasi dengan spicy fish fillet. First time try. Tak kena la dengan selera saya. Ikan tu sedap tapi kuah dia tu masam2. Kata hubby saya nak macam kuah asam laksa. Air saya minum soya cincau gula melaka. First time jugak saya try. Memang tak mengecewakan. Hubby pulak makan nasi lemak supreme dgn air lemon madu. Fawwaz nak minum rose float pulak. Mungkin dia tengok gambar dalam menu tu menarik.
Ari Jumaat, member ofis ajak berbuka. Bincang2 nak pegi buka di mana, akhirnya decide la di Sala Thai Restoran di Harbour City, KK. Yang mengikuti aktiviti berbuka ni ada 8 orang termasuk kami sekeluarga. Sepatutnya ramai lagi tapi last2 minit ada yang cancel. Kat Sala Thai  ni ada nasi lauk dan ala carte. Tengok2 lauk, maka semua pun sepakat nak makan nasi lauk. Air kebanyakannya pilih jus buah. Sementara menunggu waktu berbuka, sembang2 la dulu. Bila dah dekat nak berbuka, baru la masing2 pegi ambik nasi dan lauk.
Ni nasi saya. Kuah gulai kawah daging. Kacang kelisa (botol) goreng, ulam raja, cencaluk.

Ni ikan kembung rebus ke kukus ntah. Dengan air asam. Isi ikan ni sangat manis.

Ni ayam percik seorg rakan tu. Besar saiz ayam ni. Semua orang dapat rasa.

Gulai kawah daging dgn umbut ntah kelapa ke pisang.

Ni cucur. Tak da jumpa udang atau bilis, sayur yang banyak. Tapi sedap. Banyak biji juga saya makan. Seorang lagi rakan belanja untuk semua.
Hubby saya makan ikan keli goreng dengan paru goreng. Saya tak sempat ambil gambar makanan dia sebab anak saya dah minta makan.
Gambar sebahagian ofismate yg join berbuka dan makanan masing2. Fawwaz pun tak ketinggalan.

Ni nasi hubby. Dia minum jus honeydew. Saya pulak carrot susu.

Fawwaz seronok dengan makcik2 dan pakcik2

Saya menunggu time berbuka
Semalam kami sekeluarga dan seorang rakan pergi beli makanan di Bazar Ramadhan Lok Kawi. Lok Kawi ni kawasan kem tentera. Jadi kat situ banyak makanan semenanjung. Tempat ni agak jauh dari KK tapi demi mendapatkan citarasa semenanjung, kami pegi jugak. Kami beli nasi kerabu Kelantan, nasi tomato, murtabak, lamb chop, laksa penang. Air pulak tebu dan kelapa susu. Selalu tiap tahun puasa di sini macam tu la. Ari cuti baru pegi bazar ramadhan, sebab ari kerja malas nak bersesak kat bazar tu.
Ari ni kat umah, saya masak pulak. Selepas berfikir2, saya decide buat masak lemak cili api daging+kentang dan kerabu mangga. Kerabu mangga tu sekejap ja. Masak lemak tu yang susah sikit, nak kena kacau selalu. 
Kerabu mangga

Masak lemak cili api daging+kentang
Sekarang dah masuk waktu berbuka. Saya pun nak pi berbuka dah ni. Tak elok melambatkan waktu berbuka. Hehe..

No comments:

Post a Comment