Sweet.. sweet... sweet memory..

Saturday 13 August 2011

Diari Ramadhan 2011-5

Hari kelapan puasa, saya dan suami ambil emergency leave. Sebabnya fawwaz batuk+selsema+demam sikit. Tapi sepanjang malam merengek saja, tak boleh tidur. Lepas subuh kami tidur, bangun pagi rasa badan fawwaz masih panas. Kami dua pun dah tak larat sangat sebab tak cukup tidur. Jadi telefon bos, minta cuti. Tengah hari tu, saya masak kanji (orang Kedah panggil) atau bubur lambuk untuk si kecik yang masih sakit tu. Tapi dia makan tak banyak pun. Jadi rezeki mak abah dia jugak la. Untuk berbuka saya masak rendang udang (resepi bonda saya, tapi dia selalu buat daging atau ayam). Tapi rendang saya tak da daun kunyit sebab saya tak suka daun kunyit. Dulu mak saya pun tak letak daun tu sebab saya tak berapa makan. Selain tu saya goreng ikan selayang/sardin lengat dan sayur baby sawi. 
Hari kesembilan, dah keja balik. Jadi keja pun sangat banyak lepas tiga hari cuti. Jadi saya cakap dekat suami ari ni berbuka di luar. Suami pilih berbuka di Restoran Puteri Hang Li Po. Saya ok saja. Di sana kami pilih menu yang selalu dipilih. Tomyam, daging goreng mongolian style, tauhu jepun sizling dengan ikan masin. Selain tu ikan kami pilih siakap masa sweet sour. Ramai rupanya orang berbuka kat sini. Sampai kami kena duduk kat luar sebab tak book dulu.
Hari kesepuluh datang balik mood masak. Tapi simple ja. Saya dan suami masak sekejap ja. Sup siam ayam+bola daging+udang, ayam goreng kunyit, sambal kerang, dan pekasam yang diimport dari Kedah. Selain tu saya goreng samosa tuna segera.
Hari kesebelas, makan luar balik. Pagi tu saya baca paper ada iklan KFC Ole Pocketful. Jadi saya dah teringin. Petangnya berbuka la di KFC yang baru dibuka dekat rumah saya. Saya makan Ole Pocketful, hubby makan dinner plate. Dia share dengan anak saya. Fawwaz pun bila saya cakap kat dia nak makan KFC, bukan main suka dia. Senyum sepanjang jalan.
Hari kedua belas bersamaan hari Jumaat, dah ada plan berbuka dengan ofismate. Ada la dalam 10 orang termasuk kanak-kanak. Kami pilih berbuka di Restoran Choice di 1 Borneo. Ni 1st time makan kat sini. Restoran ni restoran mamak la. Semua pilih nasi beriani. Cuma beza lauk2 nya. Saya pilih ikan, hubby pulak ayam. Ada yang pilih daging, kambing dan udang. Selain tu ada member ambik extra dish puyuh goreng, rendang daging, peria goreng tepung. Bila dah berbuka dan makan tu, ada rasa upset sikit lah. Servis dia sedikit lembap. Rasa makanan pun kureng. Maybe saya tak pegi dah situ. Saya pernah makan di satu lagi cawangan dia di depan Wisma Merdeka. Yang tu puas hati makan.

Rendang udang
Ikan lengat yg digoreng. rupa tak cantik tapi rasa ok jugak.



 Fawwaz dapat apollo cake masa tunggu berbuka

Ikan siakap tiga rasa

 Ayam goreng kunyit

Sambal kerang

 Ikan pekasam paling sedap

 Samosa tuna

 Sup siam

 Di KFC. Fawwaz dah pulun dulu sebelum orang berbuka

 Nasi beriani ikan (yang saya rasa kalau masak sendiri lagi sedap)

 Nasi beriani ayam

No comments:

Post a Comment